『 9 』

182 28 32
                                    

Langkah perlahan diatur menuju kearah sebuah pondok yang berdekatan dengan kolam

Walaupun hari sedang mengalami fenomena malam, pondok tersebut kelihatan terang akibat pantulan cahaya bulan yang terkena pada permukaan air kolam

Seorang lelaki yang kelihatan gah memakai baju rasmi istana semakin di dekati

Minju mengukir senyuman manis. Gaun yang meleret diangkat sedikit sebelum berlari anak ke sana

Lelaki kelahiran planet Asgard itu menoleh kearah Minju. Senyumnya terukir indah melihat wajah molek Minju

"Bila awak turun ke bumi? Tak cakap pun nak datang" Sapa Minju penuh teruja

Thor, Son of Odin. Pahlawan gemilang planet Asgard. Dewa kilat yang menganggotai superhero bumi iaitu Avengers

"I can't sleep because I miss you so much" Ujar lelaki gagah itu mengelus wajah Minju dengan lembut

Wajah Minju bertukar merah padam kerana malu

"Sorry for disturbing your sleep,  princess. You should sleep longer for tomorrow" Minju menggeleng kepala

"Asalkan saya jumpa awak~" Katanya lalu memeluk Thor dengan erat

"Princess, I gotta go now" Pelukan dileraikan. Sempat lelaki itu mengucup perlahan umbun kepala Minju

"Goodnight, princess"

"I love you..."

Sebut dia sebelum menjarakkan diri. Tukul besi dipusingkan lalu lelaki gagah itu terbang hingga lesap daripada pandangan

"Nado saranghae~"

Balas Minju secara tidak sengaja semasa dia sudah tersedar daripada tidur. Mata gadis itu masih terkatup. Menyembamkan wajah pada bantal yang dipeluk kerana blushing dengan mimpi sendiri

"Jumpa Thor dalam mimpi pun jadi~ argghhh~" Jerit Minju halus mengeratkan pelukan

Lama kemudian, Minju terdiam seketika. Objek yang dipeluk diraba raba seketika dengan dahi yang berkerut

Lantas matanya terbuka luas setelah sedar bahawa bukan bantal yang dipeluk dengan erat

Namun Kim Sunwoo

Lelaki itu masih lena tidur dengan sebelah tangan melingkari pinggang Minju. Sebelah tangan lagi menjadi bantal kepala Minju memastikan gadis itu selesa walaupun tangannya naik kebas

Mata Minju melilau memandang sekeliling

"B-bilik Sunwoo... tapi kenapa aku dekat sini?...-- A-ah malam tadi..." Bisik Minju perlahan

Wajah tenang Sunwoo dipandang seketika. Begitu tenang diulik mimpi dengan dengkuran halus yang comel

Perlahan lahan Minju mengangkat lengan Sunwoo daripada memeluk pinggangnya. Setelah terlepas, Minju bingkas bangun daripada katil

Selimut Sunwoo dibetulkan agar menutup tuduh lelaki itu supaya tidak kesejukan

Selepas itu, Minju lari pergi ke biliknya sepantas yang mungkin

Jantung Minju masih berdegup. Apabila dia teringat kejadian semalam, wajah mula berubah merah

"Kenapa dia sweet gila malam tadi?? Ishhh" Tilam yang tidak bersalah Minju tumbuk kuat. Mengurangkan rasa membahang akibat Sunwoo semalam

TING!

Serentak itu, telefon Minju di tepi katil berbunyi. Panjang tangan dia mencapai telefon untuk melihat siapa yang menghantar mesej di awal pagi

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐞𝐚𝐝𝐥𝐲 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 ˢᵘⁿʷᵒᵒWhere stories live. Discover now