PULANGKAN
DERAPAN kaki yang amat dikenali Daisy semakin jelas kedengaran dari luar. Pintu diketuk kasar.
"Buka! Kalau tak aku pecahkan pintu ni!"
Jantung Daisy berdetak laju. Seperti menunggu saat bom meletup.
Dahinya sudah dibanjiri titik-titik peluh. Tubuhnya pula dirasakan kaku. Kakinya sukar digerakan.
"Aku cakap buka, bukalah! Buat apa dalam tu?!"
ketukan tadi semakin kuat seperti pintu akan roboh bila-bila masa saja terus membuatkan Daisy mengigil takut. Nafasnya seperti tersekat.
'Aku harus berani. Ya! Aku harus berani.' Beberapa ayat itu diucapkan dalam hati Daisy.
Dia mulai mengorak langkah menuju ke arah pintu. Tidak sempat, tombol pintu dipulas-pulas. Pintu dikuak luas.
Baam!!!
Vincent terus mendapatkan Daisy dan menarik rambutnya.
"Dah tuli ya?! Sengaja buat aku ni naik darah lagi! Masih tak serik-serik lagi!"
"Lepaskanlah Vince. Sakitlah..." Daisy merayu agar rambutnya dilepaskan.
"Aku suruh buka pintu tu! Tapi apa yang kamu buat! Ni lah akibatnya tak dengar cakap! Aku ni suami kamu. Jadi, apa yang aku cakap, kenalah ikut. Pintu ni dikunci buat apa?!" kali ini, tanpa sedikit pun rasa belas kasihan, rahang isterinya dicengkam. Cecair pekat mulai mengalir.
"Sakit, Vince. Sakit..." Daisy cuba meleraikan cengkaman tadi. Namun, kudrat seorang wanita tidak sekuat kudrat seorang lelaki. Apalagi, kalau sudah dirasuki arak.
Setiap kali, suaminya balik rumah pasti dalam keadaan mabuk. Hampir setiap malam dia diperlaku sedemikian. Tempat melepaskan kemarahannua. Keadaan itu membuatkan Daisy pasrah. Pasrah dengan nasib yang menimpa dirinya.
Vincent langsung tidak mempedulikan keadaan isterinya saat itu. Sama ada dia dalam keadaan sedar atau tidak, hanya dia yang tahu.
"Aku kahwin dengan kamu supaya kamu boleh layan aku. Macam layanan seorang raja. Tapi, apa yang aku dapat? Tiada!"
"Tolong... Vincent..." Daisy sudah menangis teresak-esak.
"Argh!!!" pipi Daisy pula menjadi sasaran. Dua kali tamparan diberikan.
Daisy terus menangis lagi. Dia ingin berteriak. Tetapi, suaranya tersekat di kerongkong.
"Pembawa sial! Pembawa malang! Sejak aku ni kahwin dengan kamu, aku selalu bernasib malang! Apa yang aku buat, ada saja yang tak kena!"
'Abis tu kenapa nak kahwin aku juga?" Tanya Daisy dalam hatinya. Dia tahu, pasti suaminya kalah berjudi lagi. Entah sudah berapa banyak hutangnya.
"Kerana rasa simpati, aku terpaksa. Terpaksa!!!" teriak Vincent. Seperti dapat mendengar soalan Daisy tadi. Kali ini, dia melepaskan rahang isterinya. Satu tumbukan tepat pada mata sebelah kanan Daisy.
Sesaat, tubuhnya disandarkan pada dinding. Wajahnya diraup. Sesaat, dia meratap wajah isterinya. Sedalam-dalamnya.
"Kamu tak apa-apa, sayang?" Wajah Daisy diusapnya beberapa kali. Lembut sekali. Begitu cepat, dia berubah.
Daisy hanya mengangguk. Tidak berani bersuara lagi.
"Aku sayangkan kamu. Sangat sayang." Vincent memeluk tubuh isterinya. Dihadiahkan kucupan pada dahi Daisy.
Kucupan itu sedikit melegakan Daisy. Seketika, dia terlupa tentang matanya yang baru ditumbuk tadi.
"Nak air tak?" Tanya Daisy lemah. Cecair pekat di tepi bibirnya dibersihkan.
Vincent hanya mengangguk. Tanda mahu.
Lalu, Daisy meminta diri. Sampai saja di ruang dapur, dia mencapai gelas kaca berhiaskan bunga mawar merah. Diisikan air kosong.
Dia mengambil sesuatu dari almari. Perlahan lipatan kertas kertas itu dibuka. Serbuk dituangkan dalam gelas tadi.
'Patutkah aku buat macam ni?' Monolog Daisy.
"Argh!!!" teriak Daisy.
"Kamu kenapa, Daisy?"
Segera, Daisy memusingkan tubuhnya. Dia agak terkejut. Tidak sedar akan kehadiran suaminya.
"Lama juga aku tunggu air tu." Tambah Vincent sambil menunjukkan gelas ditangan isterinya. Suaranya tenang sekali.
"Aku... aku ... aku..." Ayat Daisy terputus-putus.
"Ada-ada sajalah kamu ni." Lalu, Vincent mencapai gelas dari tangan isterinya.
"Jangan! Jangan, Vincent!"
"Sayang... Kenapa dengan sayang ni?" Keningnya dinaik-naikan.
"Aku ambil yang baru. Tadi, ada lipas masuk dalam ni. Nanti sakit perut lah pula." Segera Daisy menuju ke arah sinki. Air tadi dibuang terus. Lalu, diisikan dengan air kosong.
Sedari, Vincent memeluknya dari belakang.
"Wangilah." Puji Vincent pula.
"Minumlah. Tadi cakap haus kan."
Rakus sekali Vincent menghabiskan air tadi.
"Pergilah bersihkan diri. Lepas tu, kamu bolehlah berehat."
"Baik sayang." Vincent meninggalkan isterinya.
Daisy menghela nafas. Nasib baik, dia masih boleh berfikir secara waras. Kalau tak, sudah pasti segalanya berakhir. Tetapi, bagaimana pula dengan dia dan keluarganya nanti? Sampai bila diharus hidup dalam keadaan seperti ini?
Bersambung...
ESTÁS LEYENDO
PULANGKAN
No FicciónPergolakan Rumahtangga antara Daisy dan Vincent. Munculnya seorang lelaki bernama Louis mengeruhkan lagi keadaan mereka. Siapa sebenarnya Louis sehingga sanggup masuk campur urusan rumahtangga mereka?
