Bab 1

12 0 0
                                    

"Kompang dipalu pengantin baru, duduk bersanding...." nyanyian Waheeda Wasini dan Izam EYE masih relevan untuk didengari di majlis persandingan biarpun lagu itu sudah memasuki usia 15 tahun.

Matanya singgah di pelaminan. Hari ini dia menyaksikan dua mempelai duduk bersanding. Sedang dia menyumbat nasi minyak dengan ayam masak merah tanpa memandang ke pinggan. Payahnya hendak menalan butir-butir nasi. Umpama menelan pasir yang pernah dipijaknya di Pantai Remis, saat bercanda dengan Ezzah suatu tika dulu.

Tiba-tiba, kolam matanya bergenang. Hangat. Sehangat perasaannya pada Ezzah. Pandangannya masih tertancap di pelaminan. Sama cantik sama padan. Pandai kan kerajaan buat pilihan? Sindirnya sendiri. Tak guna punya kerajaan!

Punyalah lama dia menganyam perasaan dengan Ezzah alih-alih dicantas oleh kerajaan. Masih terngiang-ngiang lagi suara Ezzah beritahunya gadis itu bakal berkahwin setelah dapat surat seruan kerajaan.

"Bun. Ezzah dah nak kahwin."

Lembut suara Ezzah sudah tidak lagi seperti hembusan bayu di telinganya. Kata-kata gadis itu umpama guruh di langit menyentap tangkai jantungnya.

"Kenapa tiba-tiba je?"

"Ezzah dah terima surat daripada kerajaan suruh kahwin. Surat tu dah sampai bulan lepas lagi di kampung. Tapi, mak baru je beritahu semalam."

"Tapi, Ezzah baru 26. Boleh buat bantahan". Batu besar di persisir Pantai Remis sepatutnya sejuk tiba-tiba terasa panas. Kini dia seperti duduk di atas longgokan bara. Panas bontot.

"Jom. Esok kita ambil cuti pergi ke Putrajaya. Kita buat rayuan penangguhan." Dia sendiri pun pernah dapat panggilan kerajaan suruh kahwin tapi, dia terus buat rayuan minta tangguh. Tiga tahun lepas dia baru 27. Muda lagi. Masih belum bersedia.

"Mak dah setuju. Ezzah pun tak berani bantah."

"Siapa pilihan kerajaan tu?"

"Tengku Joeseri." Beritahu Ezzah. Terkelip-kelip mata memandang Kojie yang berwajah suram.

"Macam pernah dengar nama tu." Gumam Bun.

"CEO Kumpulan Asiatica." Perlahan suara Ezzah. Anatar keluar tak keluar apabila Kojie jegilkan mata.

Anak Tan Sri Tengku Abdullah. Antara jutawan negara. Patutlah kau tak bantah mak kau Ezzah. Anak orang kaya yang memang kaya. Aku ni pembancuh kopi je.

Angin laut Selat Melaka tika itu terdengar seperti sedang menyanyikan lagu Hakikat Sebuah Cinta. Cinta tu tak berharga wahai pujangga. Kalau lawannya emas dan permata. Betullah pepatah sekarang, yang berjuang akan kalah dengan yang berwang.

"Aku adalah insan yang tak punya. Cuma rasa cinta membara. Lalu tercipta rinduku padanya. Kerana cinta bahagia."

Sebulan sudah berlalu, sejak perbualan terakhirnya dan Ezzah. Lagu yang didendangkan oleh penyanyi jemputan itu membawanya ke alam realiti.

Dia pandang ke pinggan. Tak kuat nak terus pandang wajah bahagia Ezzah. Sekarang dia betul-betul insan yang tak punya apa-apa. Hatta cinta sekalipun.

"Tulah. Aku dah pesan. Jangan bercinta. Buat penat je jaga jodoh orang."

Dia terkenang kata-kata kakaknya yang juga orang undang-undang. Tahu yang perbuatan menyintai Ezzah itu akan jadi sia-sia. Tapi, dia anak jantan. Pantang menyerah sebelum berperang. Lagipun, undang-undang dibuat oleh manusia untuk dilanggar oleh manusia juga. Sayang, yang berjuang cuma dia seorang. Ezzah awal lagi sudah berpatah arang.

Baki nasi dalam pinggan ditinggalkan. Hanya suku yang mampu masuk ke perut. Dia bangun tinggalkan tempat duduk. Goodie bag pun dia tinggalkan di kerusi. Sengaja. Buat apa hendak simpan. Ingatan yang ada pun dia mahu tanam.

"Awak!"

Dia tak jadi terus melangkah. Terasa lengan baju melayu cekak musang berwarna biru yang dipakainya ditarik seseorang. Pandangannya jatuh di kaki yang menyarung sepasang sepatu tinggi berwarna krim.

"Awak tertinggal barang."

"Oh, tak perasan. Sorry." Dia capai googie bag, berjalan terus tanpa memandang ke wajah makwe yang tegur tadi. Malu kalau-kalau makwe tu perasan matanya yang bergenang.

Dia keluarkan telefon dan hubungi kakaknya, beritahu dia tunggu di depan pintu masuk hotel.

"Cepat sikit, Fara!" Pesan Bun sebelum putuskan talian. Tak sanggup berlama-lama di situ.

Selepas tinggalkan hotel nanti dia perlu tinggalkan perasaan terhadap Ezzah. Apa yang dia boleh bawa balik cuma kenangan.


Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Jun 12, 2022 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

Majnun ke?Donde viven las historias. Descúbrelo ahora