Prolog

20 0 0
                                    

Pada 3 Disember tahun 2021, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan laporan Perangkaan Perkahwinan dan Perceraian, Malaysia, 2021 yang membentangkan statistik perkahwinan dan perceraian bagi tahun 2019 & 2020 mengikut ciri-ciri demografi di peringkat nasional, negeri dan daerah pentadbiran. Statistik ini merupakan input penting kepada perancangan dasar sosial bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan di Malaysia. Statistik ini juga berguna sebagai sumber rujukan kepada penyelidik dan akademik.

Mengulas laporan tersebut, Ketua Perangkawan ketika itu berkata, "Bilangan perkahwinan yang direkodkan pada 2020 menurun 9.4 peratus berbanding 2019. Umur penengah pengantin perempuan menurun daripada 27 tahun (2019) kepada 26 tahun (2020). Manakala umur penengah bagi pengantin lelaki kekal pada umur 28 tahun. Penurunan bilangan perkahwinan ini disumbangkan oleh penurunan 1.8 peratus bilangan perkahwinan Orang Islam pada 2020 berbanding 2019.

Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan juga memberi impak pada statistic perkahwinan dalam negara. Atas dasar itu kerajaan memandang serius akan perkara itu.

Bermula pada 1 Januari 2025 kerajaan akan memperkenalkan aplikasi Soul Mate, sebuah aplikasi padanan jodoh bagi semua warganegara yang masih bujang. Semua warganegara bujang boleh memohon bantuan mencari jodoh dengan menggunakan aplikasi berkenaan.

Perdana Menteri bersetuju dengan had umur mewajibkan perkahwinan di negara adalah pada 30 tahun. Setiap warganegara perlu berkahwin sebelum atau pada umur 30 tahun. Jika didapati warganegara melanggar arahan kerajaan bakal dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

(Statistik diambil di web Jabatan Perangkaan Malaysia)


Majnun ke?Where stories live. Discover now