BAB 30 DILEMA

1.9K 76 1
                                    

Stella mahu tidak mahu sahaja mengurus anaknya yang tidak seberapa manusia itu. Dia menepuk perlahan punggung anaknya untuk tidur. Kekadang boleh dikatakan cerewet juga anaknya kerana serba serbi tidak kena. Hari-hari menangis kerana menginginkan belaian dari sang ibunya.

"Patutkah aku membencinya tetapi mengapa pada masa yang sama aku mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anakku?" Stella bermonolog sendiri.

Dia menatap wajah anaknya yang sedang nyenyak tidur dalam raut menakutkan. Tiada langsung rupa comel seperti bayi lain. Mahu tidak mahu Stella terpaksa menjaga anaknya dibawah arahan suaminya. Bukan bayi seperti ini dia mahukan. Apa yang dia mahukan adalah bayi normal seperti bayi yang lain. Dan bukannya bayi pelahap daging!!

Apabila anaknya merengek sedikit dalam tidur, Stella bergegas mencari botol susu kepunyaan bayi tersebut lalu disumbatkan pada mulutnya. Bayi tersebut menghisapnya dengan penuh khusyuk lalu dalam beberapa minit dia tidur kembali. Stella menghembus nafasnya dengan perlahan. Dia memandang ke arah botol susu yang sudah separuh susunya. Tidak, itu bukan susu. Itu adalah darah! Anaknya sekarang tidak menggemarkan susu kambing. Apa yang harus diisi dalam perutnya adalah darah!

Hades juga semenjak kebelakangan ini ramai orang telah menjadi mangsanya. Bukan untuk eksperimennya. Tetapi untuk mengumpulkan darah manusia sebagai susu anak mereka. Hades juga menjadi orang yang sangat menggerunkan hampir memegang jawatan sebagai pembunuh bersiri.

Stella tidak mahu kalau ramai orang menjadi mangsa darah oleh anaknya. Kalau dibiarkan lama begini, lama kelamaan anaknya akan menjadi semakin aggresif apabila sudah besar nanti.

Dia harus berbuat sesuatu...

══════════════════════════════


Cassablanca cuba memasuki bilik makmal milik abangnya. Akhirnya berjaya. Itupun masuk secara senyap ketika abangnya sedang menuju ke arah hospital. Cassablanca juga ingin mengambil tahu apakah eksperimen yang sedang dijalankan oleh abangnya.

Setelah dia memasuki ke arah bilik tersebut. Dia ternampak sesusuk tubuh seolah olah robot yang diolah seperti manusia. Dia teringat wajah robot ini di sesuatu tempat. Ya betul tu! Bukankah ini adalah robot yang dibawa oleh abangnya sewaktu membuat uji kaji di dewan hari itu?

Dia mendekati ke arah robot itu. Robot itu sedikit tersentak dengan kehadirannya lalu membuka mata. Cassablanca membelangi sedikit kerana terkejut apabila robot itu tersedar secara tiba-tiba.

Cassablanca melambai kehadapan robot tersebut untuk memberi respon. Tetapi mata robot tersebut tetap melekat ke arah matanya.

"Hello...hello?" Cassablanca menegur robor tersebut.

"Cass..." Akhirnya robot tersebut membuka mulut. Cassablanca tersentak dan hairan bagaimanakah robot tersebut boleh mengetahui namanya. Sebelum ini dia mana pernah berkenalan dengan robot ini.

"Awak kenal saya?" Soal Cassablanca dengan hairan. Robot tersebut menganggukkan kepalanya.

"But how?" Soal Cassablanca lagi.

"Sebab aku selalu jenguk kau waktu kau kecil dulu." Ujar robot tersebut. Cassablanca semakin mengerutkan dahinya. Biar betul robot ni?

"Saya tak faham.." Ujar Cassablanca.

"Cass, takkan kau dah lupa. Aku dulu kawan rapat abang engkau. Aku selalu belikan engkau gula-gula waktu aku jenguk engkau. Kau kan suka makan gula-gula." Ujar Robot tersebut. Cassablanca cuba mentafsir apa yang dikatakan oleh robot tersebut. Memang betul dia gemar akan gula-gula. Tetapi untuk menggingati siapa yang selalu memberinya gula-gula pada masa dahulu. Memang sukar untuk diingat semula. Tetapi satu sahaja lelaki yang pernah dikenalinya dahulu. Dia sangat rapat dengan abangnya. Iaitu abang Ken. Abang Ken sangat mesra dengannya sewaktu dia trauma dahulu.

"Siapa awak sebenarnya?" Soal Cassablanca.

"Ken. Aku adalah Ken, Cass." Ujar robot tersebut dengan penuh sayu. Cassablanca seolah-olah tidak percaya akan situasi tersebut.

"Tak, awak bukan Ken. Awak tu robot lagipun awak ini adalah perempuan! Abang Ken lelaki dan awak langsung tak sama seperti dia!" Ujar Cssablanca.

"Cass..tsk..tsk..percayalah. Aku ini adalah Ken dan telah ditipu oleh abang kau semata-mata nak jayakan projek dia. Dia ubah segala-gala rupa fizikal aku sehinggalah aku menjadi seorang robot yang berwatakkan perempuan. Badan aku dah lama mati Cass, cuma roh aku yang masih kekal kat sini. Kau kena tolong aku Cass. Aku tak boleh hidup macamni!" Ken merayu sambil menangis teresak-esak. Robot juga boleh menangis?

"Tak..tak..tak mungkin. Mana mungkin abang Hades begitu kejam dengan kawan rapat dia." Ujar Cassablanca.

"Percayalah Cass, aku ni Ken. Abang kau kejam Cass. Dia ubah orang di sekeliling dia sebagai tikus makmal. Ramai orang sengsara disebagai eksperimen bodohnya! Kau juga hampir dijadikan mangsa dia dahulu Cass!" Ujar Ken. Cassablanca menangis teresak-esak sambil menganggukkan kepalanya.

"Mahu tidak mahu kita kena hapuskan dia sebelum jadi melarat. Kita kena bunuh dia untuk hentikan semua kegilaan ini!" Ujar Ken. Cass menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

"Walaupun saya benci dengan semua yang Hades sudah lakukan. Tapi kasih sayang saya terhadap abang saya tak pernah padam abang Ken. Dia sangat mengambil perhatian sewaktu saya dilanda penyakit dahulu. Tidak tipulah kalau saya tidak sanggup untuk membunuh abang saya sendiri." Ujar Cassablanca sambil menangis. Ken menghembuskan nafasnya perlahan.

"Beringatlah Cassablanca. Kasih sayang itu bila-bila masa boleh jadi racun." Ujar Ken.

Cassablanca semakin buntu dengan situasinya sekarang ini.






𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 3: 𝑪𝑨𝑺𝑺𝑨𝑩𝑳𝑨𝑵𝑪𝑨 (COMPLETE)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu