Bab 1

0 0 0
                                    

Jam menunjukkan 2300 malam. Aku masih membuka mata melihat skrin televisyen di hadapanku. Cd filem paskal yang dikeluarkan pada tahun 2018 itu dikeluarkan dari kotak. Cahaya di skrin mencerahi wajahku.

    Watak Arman menarik minat ku. Cekal nya dia menjalankan operasi menentang penjahat. Aku tilik wajah selebriti itu dan terus terlintas di fikiran ku akan wajah si 'M'.

    Habis sahaja movie ditayangkan, aku terus terbayang wajah si dia. Ya, aku perempuan mana mungkin luah padanya bulat-bulat. Pasti, maruah ku sedikit sebanyak calar balar akibat perbuatan yang memalukan.

    Luahan hatiku tidak dapat dipendam. Aku luah. Tapi, bukan pada si dia. Namun, pada dua orang rakanku. Seminggu kemudian, kantoi juga rahsia ku ini. Surat layang telah pun melayang satu sekolah.

    Air muka ku jatuh rebah ke dasar bumi. Kini, dia tahu akan perasaan ku padanya. Dia mula menjauhkan diri dari ku.

    Harapanku jatuh mendadak tatkala dia cuba menolak untuk bertembung denganku. Bukan aku nak ngorat dia, tapi aku cuma mahu menjelaskan apa yang berlaku.

    Aku sedar aku tak sejelita dan tidak sepadan dengan dia. Namun apakan daya perasaan ini tak dapat aku halang...

tentang diaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن