Hak Milik Karyaku, Dipelihara Tuhan.

45 12 0
                                    


TDP DITULIS PADA TAHUN 2019, DAN BUKANNYA PADA TAHUN 2022.

Menulis bab ini, saya hendak berterus terang bahawa saya tidak suka akan tindakan memplagiat- idea-idea yang sendiri diperah oleh para penulis di dunianya Wattpad. Ada sesetangah dari kami ialah penulis-penulis muda dan tua. Ada yang masih berada di bangku sekolah, masih berada di dalam jangka masa mencari pekerjaan tetap mahupun pekerjaan sementara, dan ada juga di antara kami yang telah berkahwin, dan ada yang sudah merangkul gelarannya sebagai seorang ibu ataupun ayah sekalipun kepada beberapa orang anak.

Namun, para ibu, pekerja, dan para anak-anak murid ini menjadikan Wattpad sebagai sebuah platform untuk meluangkan masa, tenaga dan bakat mereka sendiri dengan menaip karya-karya yang hebat-hebat belaka,

Dan anda.

Yang hendak menjadi seorang pengkarya-

Tiada hak untuk meragut, mencuri, ideanya hak milik di antara kami yang digelar sebagai penulis. Terus terang, ia adalah sebuah tindakan yang bodoh dan tiada moraliti.

Sila lukiskan sebuah garisan antara kamu, dan kami semua yang sudah meletakkan usaha dan segalanya dalam melahirkan sebuah karya.

Saya juga TURUT SERTA mengambil inspirasi dari beberapa buah novel yang saya amat minati, namun saya tetap memberikan kredit walaupun saya sendiri tahu penulis-penulis tersebut tidak akan membaca kredit yang ditulis. Akan tetapi, sebagai tanda penghargaan, saya tetap selitkan nama mereka sebagai sumber inspirasi dan sertakan tajuk novel mereka agar pembaca tahu akan kewujudan penulis-penulis yang hebat belaka di dunia Wattpad ini.







Hak Cipta Novel Saya, Dipelihara Tuhan.

Dan Tuhan Sahaja.

Dan Tuhan ialah Al-Muntaqim. Maha Pembalas. Dan Dia akan memberikan balasan yang setimpal buat para mereka yang telah menganiaya KAMI, PENULIS, yang sudah makan dalam, dalam diam.









God protects us from the evil eye.

Aamiin.

Tidak Dikenal PastiWhere stories live. Discover now