BAB 2

204 29 1
                                    

"ZILA, betul ke ni kampungnya?" Mikayla yang sejak tadi memandang ke luar kereta mengajukan soalan kepada pemandu peribadinya, Azila. Dia memang tidak suka lelaki bekerja dengannya. Sebab itulah dia ambil pemandu peribadi wanita.

"Kalau ikut peta, memang betul dah ni. Kampung nilah. Cuma dusun durian dengan homestaynya tak tahu kat mana."

Mikayla angguk kecil. Entah kenapa, dia rasa tenang saja memandang pemandangan kampung itu. Kereta pun, tidak perlu buka penghawa dingin. Buka tingkap saja, angin luar dah masuk. Sejuk dan nyaman. Jauh beza betul dengan kota Kuala Lumpur. Di KL, buka tingkap kereta, habuk yang masuk. Dengan bau entah apa-apa. Bunyi bising lagi. Sesak. Bikin tertekan.

"Cik Kayla nak apa-apa tak? Saya nak singgah warung depan tu. Nampak kat kain rentang tu ada tulis cendol durian. Tekak pun haus ni. Nak tak?" soal Azila, memandang bos mudanya itu melalui pantulan cermin pandang belakang.

Mikayla pandang warung yang dimaksudkan oleh Azila. "Boleh juga. I pun haus juga ni."

"Okay. Saya turun. Cik Kayla tunggu dalam kereta tau." Azila berhentikan kereta tidak jauh dari warung cendol itu. Tanpa mematikan enjin, dia buka pintu kereta dan melangkah keluar.

Mikayla sandar tubuh pada kerusi. Matanya memerhati Azila yang sudah pun berada di hadapan warung cendol itu. Mesra betul pemandu peribadinya itu. Dengan orang tak kenal pun elok je berbual. Bunyi deruman enjin motosikal membuat pandangan Mikayla beralih. Toleh ke kanan, sebuah motosikal elok saja berhenti di sebelah keretanya itu. Pada mulanya Mikayla malas nak kisah. Tetapi apabila gerangan yang duduk di atas motosikal itu mula buka topi keledar di kepalanya, Mikayla terpaku sendiri. Ya Allah, indahnya ciptaanMu... Sedang ralit memandang gerangan itu, tiba-tiba gerangan itu menoleh. Senyum dan melambai tangan ke arahnya.

Bagaikan baru tersedar, Mikayla cepat-cepat larikan pandangan ke arah lain. Dia berdehem kecil cuba menghilangkan debaran yang tiba-tiba hadir di hati. Sebelah tangannya dilekapkan ke dada. Kelopak mata dipejam rapat. Ya Allah, perasaan apakah ini. Jantungnya berdegup sama seperti ketika dia jatuh cinta dengan Nazran dulu. Ya Allah, cukuplah... Cukuplah sekali dia jatuh cinta, dan pengakhirannya dia dikhianati. Dia tak nak lagi. Dia rasa serik.

"Cik Kayla..."

Mikayla tersentak apabila namanya disebut. Buka mata, seraut wajah Azila menyapa pandangan.

"Tidur ke?"

Mikayla laju geleng kepala menjawab soalan Azila. "Mana cendol?"

"Nah, Cik Kayla punya. Special sebab saya minta pak cik tu letak durian lebih. Cik Kayla kan suka durian," ujar Azila, menghulurkan plastik berwarna maroon kepada Mikayla.

"Terima kasih," ucap Mikayla. Tidak menyabar, mangkuk jernih di dalam plastik maroon itu dikeluarkan. Aroma durian yang menusuk rongga hidung buat dia kecur. Terus dibuka penutup mangkuk jernih itu.

"Cik Kayla..."

Mikayla yang sedang asyik menjamu cendol durian itu kerling ke arah Azila yang berdiri di sisi kereta. Keningnya terjongket sedikit, memberi isyarat menyoal.

"Tadi, saya ada tanya orang kat warung pasal dusun durian yang kita nak pergi tu. Lepastu ada seorang lelaki tu, dia kata dia boleh tunjukkan kat mana dusun tu," jelas Azila.

"Ooo... Okaylah tu. Tak payah kita susah nak cari nanti," ujar Mikayla.

"Tulah. Tapi kena tunggu sekejap. Dia pun beli cendol juga. Nanti dia tunjukkan kat mana dusunnya."

"Okay." Hanya itu yang keluar daripada mulut Mikayla. Dia sambung menjamu cendol durian miliknya. Habis semangkuk cendol durian itu dimakannya. Setelah itu, dia masukkan mangkuk yang sudah kosong itu ke dalam plastik maroon tadi. Sapu tangan yang berada di dalam beg tangan dikeluarkan lalu dilap pada mulutnya yang sedikit comot dengan sisa cendol. Usai itu, sapu tangan disimpan kembali. Bebola mata Mikayla melilau mencari kelibat Azila sehinggalah dia terpandangkan wanita itu sedang berbual dengan seseorang di warung cendol. Entah bila wanita itu pergi. Tadi elok je berdiri di sisi kereta.

Sementara menunggu Azila, Mikayla bermain sejenak dengan telefon bimbitnya. Boleh tahan juga rangkaian internet di kampung itu. Laju pun laju. Fikirnya kalau di kampung macam ni, rangkaian internet susah dapat. Ternyata ia meleset sama sekali. Laju macam air je geraknya. Tiada sangkut-sangkut. Buka Facebook, dia lihat bahagian chat terlebih dahulu. Riak wajahnya berubah apabila melihat satu nama pada ruang chat Facebooknya itu. Nazran lagi... Hebat betul. Kat WhatsApp dah kena sekat, kat senarai kenalan pun dah blacklist. Eh, tiba-tiba lelaki itu mencarinya di Facebook. Tidak putus asa langsung. Bagus. Semangat tinggi. Tapi sayang, dia sudah tawar hati. Jangankan hendak balas chat Nazran, baca pun dia tidak mahu. Keluar daripada aplikasi Facebook, Mikayla beralih pula ke aplikasi WhatsApp. Melihat kalau-kalau ada chat penting.

Sayup-sayup suara orang berbual membuat tumpuan Mikayla beralih. Kelihatan Azila sedang melangkah ke arah kereta bersama seorang lelaki. Mata Mikayla mengecil. Bukan ke lelaki itu...

"Cik Kayla, kita boleh gerak dah." Azila yang baru masuk ke dalam kereta berkata.

Kata-kata Azila itu bagaikan angin lalu saja di telinga Mikayla. Matanya asyik melihat lelaki yang sedang duduk di atas motosikal di sebelah keretanya itu. Seperti ada magnet yang menarik bebola matanya untuk terus memandang lelaki itu. Haih, jangan cakap dia jatuh cinta pula dengan lelaki itu. Naya!

BABY GIRL MR DAIYAN ( TERBIT PBAKL 2022 )Where stories live. Discover now