apa salah aku
aku hidup seperti mati
mungkin inilah takdir
dipandang tetapi tidak didekati
aku penat
ramai yang ku kenali tetapi tiada yang mengenaliku
hidupku ibarat tiada apa
salah aku
salahkah aku terasa
salahkah aku berbicara
aku cuba
seteruk apa pun aku mencuba
aku tetap dibuang
sampai satu tahap aku rasa give up
tapi aku masih cuba
tanpa mengingatkan kisah lama
namun tetap saja dibuang
aku cuba senyum
dan tiada siapa tahu
sampai sekarang aku tetap senyum dalam kepahitan
salah aku sebab
aku jahat
semakin lama aku sedari
orang hanya anggap aku latar belakang hidup mereka
aku tidak pernah berada dihadapan hidup mereka
aku dianggap begitu
jadi aku terus berkhayal
kerana walaupun imaginasiku tidak akan menjadi kenyataan
tetap saja aku masih mampu bermimpi
aku manusia biasa
jauh dari sempurna
ibarat kata sempurna itu tidak akan pernah dikatakan padaku
aku termenung
cuba untuk mengira dengan jariku
berapa ramai sahaja orang yang masih ingat padaku
hilanglah ketawa ikhlasku
senyum ku bukan lagi keikhlasan hatiku
aku minta maaf
aku tidak kuat
aku mengaku aku kalah
kerana aku tidak mengerti erti bertahan
cukup sahaja aku jalani hidup tanpa perasaan
aku sedar
aku bukan sesiapa
aku hanya hiasan
sekuat apa pun aku kasih dan sayang pada sahabat
aku tetap sahaja kawan dan jauh dari kata sahabat pada mereka
aku ditahap menangis yang tiada kata
sudah tidak mengganggap aku sebagai seorang yang akan disayangi
jiwa aku separuh hilang
aku sedar tiada yang perasan
aku sedang menangis didalam hati
kerana aku bukanlah sesiapa
sedarlah aku hanya latar belakang semua manusia yg ku kenali
tiada siapa yang betul ikhlas mencariku
aku bukan meminta
kerana aku juga bukanlah manusia yang mencari
tapi jika aku tidak memulakan langkah
aku amat yakin tiada yang akan menyapa
aku introvert
bukanlah alasan
tapi itulah realiti diriku
tapi kenapa aku banyak berbicara tanpa kenal erti berhenti
kerana aku sedang mencuba
merasakan aku juga berharga
tapi aku sedar aku tidaklah berharga
dalam erti kata lain
tiada siapa yang ingin mendengar
inilah takdirku
aku mempunyai imaginasi tinggi
kerana aku mampu menutup hati yang terluka
kata-kata ku hanyalah gambaran
dulu seseorang pernah mengatakan aku seorang lebih kepada feeling
sekarang aku sedar betapa feeling nya diri ini
aku menangis hanya dengan satu jelingan
hanya dengan satu tidak peduli daripada seseorang mampu membuat air mata ini menitik
jadi aku berhenti
aku tahu aku sudah tidak mampu
aku berhenti mencari
hidup aku kosong
tiada sebarang kata
berbaring seorang manusia diatas katilnya
itulah diriku
aku bukanlah diriku
kerana hati sudah penat menjadi latar belakang
aku selalu mengatakan diri ini tidak cantik, tidak pandai
sebab itu tiada yang pernah memandangku
namun aku sedar
sekarang aku bersyukur seadanya
jikalau aku memang tidak pandai
aku masih mampu mencari ilmu
Allah masih beriku kehidupan
jikalau aku mati
aku tahu aku kehilangan peluang
aku hidup untuk Allah
terima kasih kepada sesiapa yang pernah memandangku
aku tahu
aku masih bersyukur walaupun hanya latar belakang
aku tidak pandai membenci
kerana seteruk apa pun aku cuba membenci
aku akhirnya akan membenci diri sendiri
kerana untuk aku membenci seseorang
biarpun layanan yang diberi seteruk mana
kerana aku tahu aku tidak sempurna
aku manusia
dan inilah diriku Diana Emelda.
YOU ARE READING
No One Remember
Romancetiada kata diungkap. itulah kehidupan seorang Diana Emelda. kekuatannya terhenti setelah berkali-kali disakiti. kini, dia memilih jalan yang berbeza. hidupnya berubah tatkala bertemu dengan seorang jejaka yang ikhlas memandangnya.
