"Soalan itu terlalu mudah tuan puteri untuk patik. Semestilah jawapannya, buah mata kucing"

Puteri Bunga Sari menjeling tajam pada Tuan Awang Purnama. Eh, dia ini memang tidak reti mengalah dengan wanita kah?

"Mengapa tuan puteri pandang sebegitu pada patik? Patik ada salah kata ke?" Sengaja dia mengapikan suasana itu.

"Sebelum kamu membuat beta mengeluarkan keris beta, baik kamu keluar,dari kamar ini" ugutnya. Tuan Agung Purnama ketawa kuat.

"Ugutan itu terlalu seram untuk patik hingga membuatkan patik rasa hingga ingin membuang air seni" dia ketawa lagi.

"Okay baiklah. Bolehkah patik tahu mengapa tuan puteri amat benci dengan permaisuri?"

Matanya memandang tepat pada mata Puteri Bunga Sari.

"Beta tidak membencinya"

"Maka buktikannya wahai Puteri Bunga Sari"









Permaisuri Atma Kartika memandang sayu pada potret lukisan yang besar. Lukisan itu cukup indah kerana memaparkan empat beranak sedang tersenyum manis pada potret itu.

Alangkah baiknya dia dapat menjadi salah seorang ahli keluarga ketika itu. Dapat kasih sayang malah dapat melihat senyuman dari Puteri Bunga Sari.

"Mengapa Permaisuri Teja Baiduri memberikan tanggung jawab ini pada saya? Saya sudah gagal untuk menjaga ahli keluarga ini bahkan membuatkan satu - satu puteri permaisuri membenci diriku ini..."

Lemah dia kata dengan air mata pelahan jatuh.

"Puteri... Puteri Atma Kartika... boleh kamu menunaikan hajat terakhir beta?"

Senyuman yang sudah layu diukir oleh Permaisuri Teja Baiduri. Anggutan lemah diberikan oleh Permaisuri Atma Kartika ketika itu. Air matanya mengalir kerana sebak.

"Kahwinilah dengan suami beta dan bahagiakan keluarga beta dengan kasih sayangmu, Puteri Atma Kartika... hanya kamu sahaja yang beta boleh harapkan..."

Kata - kata itu bermain di kotak mindanya. Kata - kata itu diucapkan oleh permaisuri asal Helang Merah sebelum mangkat. Rindu dan perasaan pilu pada rakan karibnya itu masih tidak hilang hingga kini.

Air matanya makin jatuh dan perasaan sedih yang tertanam di hatinya sudah tidak mampu menahan. Akhirnya air mata yang menahan hampir lapan tahun akhirnya jatuh.

"Dinda... mengapa kamu menangis?" Raja Dharma Angkasa memandang pelik pada isterinya. Terus dia menghapuskan air matanya itu.

"Ada habuk masuk di mata dinda... mengapa kanda berada di sini?" Dia pula bertanya.

"Jangan berahsia dengan kanda, dinda Atma... beritahulah apa yang kamu simpan di dalam hati pada kanda. Mungkin kanda boleh bantu?" Dia tersenyum manis pada isterinya.

"Adakah... adakah dinda gagal menjadi ibu? Sebab itukah andinda bunga membinca dinda?" Nadanya sayu berkata pada suaminya.

Usapan lembut dihadiahkan pada permaisuri Atma Kartika. Usapan penuh kasih sayang berikan padanya untuk melegakan perasaan sedih dan bersalah.

"Tidak... dinda tidak gagal... andinda Bunga tidak benci pun padamu dinda. Dia hanya terkilan kerana kanda mengahwini dinda... mungkin dia fikir... kanda perlu setia pada dinda Teja Baiduri... walaupun dia sudah mangkat..."

"Dia masih tidak matang bahkan dia tidak faham dan mengetahui cerita sepenuhnya hal ini... dinda janganlah bersedih. Rupa dinda sangat buruk bila sedih... macam nenek!" Usiknya.

Terlepas terus ketawa Permaisuri Atma Kartika apabila rupanya seperti nenek. "Hahaha... pandau sungguh kanda berjenaka! Kanda ayuh kita berjalan di sekitar taman itu sambil berborak ye?" Lembut dia mengajak.

Raja Dharma Angkasa hanya angguk dan menuruti hasrat isterinya. Permaisuri Atma Kartika berjalan dihadapannya dengan penuh riang.

Matanya secara tiba - tiba kabur apabila pandangannya yang tadi memandang Permaisuri Atma Kartika berubah pada Permaisuri Teja Baiduri.

Langkahnya terhenti dan air matanya mengalir tanpa mengeluarkan suara tanggisan. Hanya air mata jernih jatuh tanya henti.

"Kanda fikir... kanda sudah berjaya mengubati perasaan rindu pada dinda Teja... tapi kanda silap... kanda masih rindu pada Teja..." pelahan dia bersuara dengan air mata dibiarkan mengalir.

Dia hanya fikir bahawa jika dia mengahwini dengan Permaisuri Atma Kartika, wanita itu akan hilangkan perasaan rindu dan duka pada isterinya pertamanya. Tapi dia silap.

Perasaan rindu yang dia mahu buang itu kembali menyerangnya semula.

'Oh tuhan, aku tidak kuat dengan perasaan rindu yang kamu berikan padaku secara tiba - tiba ini. Ia bagaikan penyakit yang aku tidak mahukan... ya tuhan biarkanlah perasaan duka dan rindu yang terusan ini berlalu pergi... nascaya aku percaya kau akan memberikanku sesuatu yang jauh lebih dari yang sebelum ini...'

Rabu, 18 mei 2022

 Hikayat Dewi Silat √Where stories live. Discover now