BAB 10

19 3 0
                                    

                Keesokkannya, Luna sudah bersiap untuk berjumpa 'bakal mertua'nya Luna hanya memakai baju kurung biasa yang berbunga, rambut bertoncang satu dan natural makeup "fuhhh gadis melayu terakhir betul aku harini mesti mak mertua aku tengok sejuk perut dia hehehehe" kata Luna dalam hati sambil mengambil gambar mirror selfie 

sudah saja Luna siap terus dia ke dapur untuk menolong wan dan ummi nya " wan ummi ada apa apa una boleh tolong  "boleh tak una pergi kedai cik ros belikan wan gula boleh? wan tak perasan gula habis takleh buat air untuk tetamu nanti" kata wan Gayah

" mestilah boleh untuk wan kesayangan" balas Luna dia terus mengambil dombet dan keluar dari rumah

Sampai saja dikedai cik Ros terus dia pergi ke rak dan mengambil gula terus menuju ke  kaunter dan letak gula diatas meja "cantiknya una harini" kata cik Ros  "terima kasih cik ros, untungkan ummi dan wan dapat anak cucu secantik una ni" balas Luna bersahaja cik ros hanya mengelengkan kepala " berapa ni cik ros?" tanya Luna " gula dua semua Rm 5:00" jawab cik ros dan terus Luna bagi duit berwarna hijau "terima kasih cantik" kata cik Ros " sama-sama cik ros yang lagi berseri-seri" terus Luna keluar dari kedai 

tengah jalan balik ke rumah telefon Luna berbunyi dia melihat nama siapa yag menelefon dia 'HAIKAL' terus dia mengangkat panggilan itu "assalamualaikum kal awak okay? kepala awak macam mana? awak ingat tak saya lagi?" tanya Luna yang melambak 

"waalaikumusalam miss luna saya tahu miss risau kan saya tapi banyak nau soalan harus saya menjawab takpe saya jawab  pertama alhamdulillah saya okay kedua kepala saya pun dah nak baik ketiga kalau saya tak ingat saya tak call miss" jawab Haikal dengan tenang

"alhamdullilah semua okay, ni bila awak sedar kal?" tanya Luna "baru je semalam saya tidur lama juga miss mimpi indah" jawab Haikal sambil gelak kecil "ey orang risaukan dia boleh bergurau yer awak" balas Luna dengan bernada berajuk 

"alololo miss Luna yang cantik dan saya sayang maaflah dah buat miss risau lepas ni saya pakai topeng besi kat kepala kalau orang pukul selamat sikit" jawapan Haikal membuatkan Luna tergelak "ada-ada jelah awak ni tak jadi marah saya dekat awak" kata Luna dengan baki gelaknya 

"miss saya call sebenarnya nak cakap something ni" kata Haikal muka Luna terus jadi serius "apa dia kal" balas Luna "semasa saya lawan dengan lelaki-lelaki topeng tu saya perasan something kat tangga diorang ada tulis 'F-CT' dan saya cuba siasat tapi takde keluar apa-apa" kata Haikal "hmm okay nanti saya cuba cari apa maksud dia dan awak kal jangan lah kerja masa sakit ni semua kena pulihkan diri tau" kata Luna dengan nada tegas " sorry miss sekarang juga saya rehat bye miss"

"bye,nanti apa-apa saya update kat awak" jawab Luna dan dia meletak panggil itu terus dia sambung jalan balik ke rumah 

Sampai saja di depan rumah dia nampak ada sebuah kereta Audi "mana aku pernah tengok kereta ni eh" fikir Luna tiba-tiba "eh diorang dah sampai ke" bisik Luna dalam hati terus dia rasa berdebar 

Naik saja tangga Luna membuka pintu dengan sopan nya maklum lah mak bapa mertua dan bakal suami dia dah sampai terus dia memberi salam "assalamualaikum " dan umminya menyapa "waalaikumusalam sini una aunty fa dan uncle dafi dah sampai" balas Puan Faizah 

terus dia jalan ke ruang tamu sambil jalan dia nampak aunty fa dan uncle dafi duduk bersebelahan sambil senyum tiba-tiba Luna toleh kepalanya untuk lihat anak lelaki aunty fa dan uncle dafi terus dia jaditerkejut dan kaku di situ mata mereka berpandangan satu sama lain "buat apa abe ni buat kat sini" kata Luna dalam hati 

"lah una asal kaku disitu?"tanya Puan Faizah pelik dengan gelagat anaknya itu "oh tak una terkaku lihat kecantikan dan kehenseman aunty fa dan uncle dafi " jawab Luna sambil menyalam " hish una ni malu mama lah" jawab Puan Fauziah sambil tersenyum malu Luna agak terkejut Puan Fauziah membahasakan diri dia 'MAMA' 

Mr & Mrs Emir: MissionWhere stories live. Discover now