ZAPP! Tepat mengenai leher si musuh.

BUKK! Jatuh terbaring tubuh itu di atas lantai marmar, cecair merah memancut keluar membasahi marmar. Haruman ferum yang menyengat merebak ke seluruh ruangan.

"ARGHHHH!" bunyi jerita kedengaran berselangan lagi.

Empat orang musuh lagi yang tersisa. Rosella mencerlungkan matanya memandang empat orang lelaki yang berdiri mengelilinginya. Cairan darah yang mengenai wajah lantas disekah, Rosella melepas tawa sinisnya.

Di kala ini seorang Rosella yang cantik memakai gaun merah sama persis dengan sekuntum mawar yang diselaputi darah pekat menyala. Ianya tampak indah dipandangan mata, namun jika kau usik durinya yang tajam─ indah pada mata itu langsung dicantas dengan luka. Lalu darahlah yang menjadi galang gantinya.

Jangan kau usik si sekuntum mawar merah ini! Kerana indah itu sedang menyembunyikan bisanya! Mawar ini tersangatlah bahaya!

Tap! Rosella membuka langkah mendekati empat orang musuhnya yang tersisa itu.

Seiring berlagunya hentakan tumit kasut merah Rosella pada marmar, seiring itu jugalah empat orang musuh terus berundur secara refleks ke belakang.

Mereka sendiri pun tidak tahu apa yang terjadi pada mereka, refleks sahaja perbuatan itu seolah mereka menjadi gerun akan si mawar merah ini.

ZAPP! BUKK! Dua orang lagi telah tumpas, entah bila Rosella membuat gerakannya. Musuhnya sendiri tidak sadar, gerakan Rosella amatlah pantas sehingga mata pancaindera tidak dapat menangkap gerak-gerinya.

Inilah kemampuan sebenar seorang Red Rose,

Speed and agility.

"ARGHHH!" suara pekikan dan jeritan bererangan sekali lagi.

Rosella membuka langkahnya sekali lagi dan─

ZUPP! Satu orang lagi telah tumbang. Hanya satu sahaja musuh yang tersisa.

Rosella mengambil pisau belati yang tersembunyi di bawah gaunnya, belati yang sudah diselaputi darah dihempas jauh ke lantai. Dia membuka langkahnya perlahan cuba menghampiri musuh yang terakhir.

Penuh gaya dia melangkah, baru sahaja dia mahu menghayun pisau belatinya itu─

"I'm surrender! P-please spare my life, I─

ZAPP! Terpotong kata-kata itu apabila Rosella meneruskan serangannya tanpa belas kasihan.

Rosella menatap lima tubuh yang terbaring layu di atas marmar dengan riak kosong. Heh! Rosella melepas tawa sinisnya, entah kenapa dia berasa jijik. Jijik pada diri yang langsung tidak berhati, jijik pada jiwa yang sudah sebati dengan perbuatan kejam ini, jijik pada insan yang tidak lagi berhuni pada jasad ini.

"Stop now milady! You are under arrest!"

Suara itu mengembalikan Rosella pada realiti. Ditatapnya beberapa orang pengawal istana yang menghalakan tombak panjang pada dirinya. Dia sudah dikepung oleh imperial guard.

"Oppsie!" Rosella mengangkat kedua tangannya ke udara.

"1, 2, 3, 4, 5... 6, 7? Twelve?! Eh no! It's fifteen?!" Rosella bercakap-cakap sendiri. Sempat dipandangnya Putera Arsalan yang masih terkaku di hadapan sana, statik sahaja tubuh itu memandang padanya.

15 versus 1, dia yakin boleh menang cuma dia tidak mahu berlama-lamaan di sini. Misinya adalah untuk melawan musuh yang cuba menyerang Putera Arsalan dan bukannya imperial guard! Rosella tidak mahu membazir tenaga!

"Now follow me milady." Seorang pengawal cuba meraih lengan Rosella.

"Nah, I don't wanna tho..." Rosella membalas selamba, ditepisnya kasar tangan yang cuba menyentuhnya itu.

"What are you saying─

BUSSS! Rosella menghempas bom asap pada lantai marmar. Sekitar yang tadinya tampak jelas kini bertukar kabur, suasana dipenuhi asap putih yang menompok memenuhi awangan.

"Uhuk! Uhuk!" terbatuk-batuk pengawal yang cuba menangkap Rosella tadi.

Sementara dia mengulur waktu untuk mengalihkan perhatian pengawal-pengawal ini, Rosella dengan lantas meraih tangan Putera Arsalan lalu diheretnya lelaki itu keluar dari dewan ballroom.

"Hey, who are

Ditekupnya mulut si putera tidak mahu ada musuh yang bakal tahu keberadaannya sekarang ini. Dengan pantas dia mengheret lelaki itu cuba bergegas keluar dari istana.

Apabila mereka sudah tiba di halaman istana, Rosella meneruskan langkahnya itu menuju ke arah hutan. Ditelusurinya hutan itu tanpa memalingkan wajah ke belakang.

Sudah lebih dua puluh minit dia berlari, lariannya itu lantas dimatikan tatkala perasaan akan sekelilingnya. Dia sudah berada jauh di dalam hutan, barangkali tiada lagi musuh yang dapat menjejak dirinya dengan Putera Arsalan.

Huf! Huf! Huf!

Tercungap-cungap dia mengambil nafas, peluh yang merenyik pada dahi lantas diusap. Huh! Helaan nafas besar dilepas puas.

BUKK! Terjatuh tubuh Putera Arsalan di atas tanah.

"Oh!"

Rosella terlupa yang dia sudah mencampurkan ubat tidur di dalam bom asap yang digunakannya tadi, itulah mengapa Putera Arsalan tiba-tiba sahaja tidak menyedarkan diri.

Kenapa Rosella tidak terkena efek sampingan? Almaklumlah tubuhnya ini kan imun terhadap racun, setakat ubat tidur? Apalah sangat!








Assassin in Mission : Red RoseWhere stories live. Discover now