Haruna ( Chapter 1)

28 2 0
                                        

Tingggg.....
Bunyi pintu yang terbuka luas ketika aku hendak memasuki ruangan hospital sambil mendorong ibuku yang duduk di kerusi roda.. Aku meletakkan ibuku di tepi kerusi sementara aku mengambil no giliran.. Pada hari itu, perkarangan hospital agak sesak..Mungkin disebabkan dengan perubahan cuaca yang tidak menentu..

'Mak nak minum tak?..'Tanyaku..
Ibuku hanya menggelengkan kepalanya tanpa memandangku... Aku hanya tersenyum... Ibuku sudah begitu sejak aku masih kecil lagi.. Aku dibesarkan oleh nenekku sejak aku dilahirkan.. Kata nenekku aku dihantar dan dijaga olehnya disebabkan ibuku mengalami gangguan mental selepas melahirkanku.. Persoalan yang bermain dipikiran aku selama ini tidak pernah terjawab.. Mengapa ibuku boleh menjadi gila.. Sedangkan sebelumnya dia sihat.. Bila aku cuba bertanya hal itu kepada nenekku, entah kenapa dia selalu mengelak untuk menjawabnya berkali-kali.. Entah sejak bila aku mula melupakannya...
'Puan Anie, silakan masuk..' Panggil salah seorang jururawat..
'Baik..' Jawabku... Aku mendorong ibuku masuk ke dalam ruangan doktor..

Selepas mendengar semua perkembangan kesihatan ibu, aku mengucapkan terima kasih dan membawa ibuku keluar untuk mengambil ubat.. Tidak lama selepas itu, kami pun pulang ke rumah.. Aku membawa ibuku masuk ke dalam bilik dan memberikan ubat yang telah diberikan oleh doktor..
'Mak tidur dulu ya, nanti bila Naqi dah siap masak, kita makan ya.. ' kataku sambil menyelimutkan ibu..

Aku bergegas bersiap untuk pergi kerja memandangkan petang adalah shift ku.. Selepas aku siap masak dan makan bersama ibuku, aku pun keluar... Aku mengayuh basikal bagi memudahkan perjalanan untuk ke tempat kerja.. Sambil itu, aku memasang earphone supaya tidak bosan sepanjang perjalanan...Sudah menjadi kebiasaanku bernyanyi sambil mendongak langit..

Tiba2...Dummmm!!!..
Aku terjatuh dan aku tidak ingat ada terlanggar sesiapa..Gerak hatiku berkata itu memang salah sendiri kerana tidak berhati-hati..
'Kamu ok tak?'.. Aku memandang dan terkejut melihat ada seorang budak perempuan dalam lingkungan umur 10 tahun menyapaku..
'Ahh, akak ok jer dik.. Hehehe.. Jatuh sendiri.. ' Aku hanya ketawa.. Agak memalukan dek disapa oleh seorang budak...
'Kamu ni, kena la hati2..ni dahla bawak basikal lepastu tak tengok depan pulak tu.. Boleh pulak dongak tengok langit..tengok apa pun tak taula..'.sambil memegang pinggang nya..Entah kenapa aku rasa budak nie memang annoying sesangat..

'Ehhh budak nie... Melebih nampak.. Yess memang la kakak tau salah sendiri..tak payahlah nak sibuk..haa lagi satu nak bagitahu, kakak ni tua lagi tau dari awak tu... Kenapa pulak nak berbahasa 'kamu' dengan kakak? '..keluhku... Aku merasakan budak yang ada didepan aku ini memang annoying...rasa nak cili-cili jer mulut dia ni..
'Ehh, saya ni lebih tua tau dari kamu tu.. 10 tahun tau beza...So, kamu tu yang kena hormat dengan saya nih'.. Katanya sambil tersenyum sinis...kemarahanku terasa membuak... Budak 10 tahun mengaku dia lebih tua dari aku yang umur 20 tahun ni.. Budak-budak zaman sekarang ini memang demand punya level...Tanpa membuang masa, aku terus mencapai basikal dan meninggalkannya... Disebabkan aku berasa annoying dengan budak tu, aku langsung tidak menoleh lagi ke belakang..

'Bye.. Hati-hati bekerja ya Naqi'.. Aku terkejut dan memberhentikan basikalku.. Aku terkejut bagaimana dia boleh tahu namaku.. Aku menoleh dan budak itu sudah tiada lagi disitu.. Aku sedikit hairan bagaimana dia boleh hilang sekelip mata dari situ.... Aku berfikir mungkin dia takut aku akan memarahinya kerana memanggilku dengan cara tidak sopan... Aku mengendahkannya dan tanpa membuang masa, aku melanjutkan perjalanan tanpa menoleh lagi..

Haruna [COMPLETED]Stories to obsess over. Discover now