𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯𝟮

Start from the beginning
                                    

"Cantik." Spontan mulut Armel memuji,

Perhatian Tunku Danish juga terus teralih. Sekali lagi lelaki itu memberinya satu senyuman namun kali ini lebih manis.

"Of course, Fina give it to me for my birthday." Beritahu Tunku Danish nada cukup menunjukkan yang dia suka akan hadiah itu.

Walaupun terbit rasa cemburu dihati Armel tetap mengukir senyuman. Tak pernah dia melihat lelaki itu gembira ketika mendapat sesuatu. Baru kali ini Tunku Danish menunjukkan wajah bahagianya.

Sebegitu besarkah cinta Tunku Danish pada Fina? Sehinggakan hanya Fina saja yang mampu menerbitkan bahagia di wajah Tunku Danish.

"Mel, I dah lambat. I pergi dulu." Tunku Danish menyarungkan suit jacket pada tubuh. lalu dia memberi satu ciuman pada dahi Armel sebelum melangkah keluar dengan tenang.

Armel kaku. Perlahan tangannya naik menyentuh dahi yang dikucup lelaki itu.

Pelik. Tak pernah sekali pun Tunku Danish melakukan hal itu. Tapi untuk apa?

Dan seketika dia memandang kosong kotak hadiah yang masih dipegangan tangan. Mungkin ada baiknya dia simpan saja hadiah itu.

•••

Sudah kali-kali Armel memandang skrin telefon ditangan. Dan Tidak tahu untuk berapa kalinya mulut kecil itu mengeluh.

Sudah pukul 7:00 PM tapi dia masih tak nampak bayang-bayang kereta Tunku Daiyan.

Petang tadi, dia mendapat panggilan dari lelaki itu. Tunku Daiyan mengajak Armel dan Farah keluar makan malam bersama. kononnya itu dianggap sebagai bayaran kerana lelaki itu sudah menolong mereka.

Pada awalnya Armel terus menolak namun ketika lelaki itu menyebut Farah juga ada sekali. Dia memilih untuk mempertimbangkan. Dan sebentar tadi Farah menghubungi dia, sahabatnya itu memujuk agar menerima tawaran Tunku Daiyan. Lagipula jasa Tunku Daiyan memang tak terbalas dengan kata terima kasih saja.

Dan Untung saja Tunku Danish membenarkan dia keluar malam ini, ya dia turut terkejut juga baru kali ini Tunku Danish bertimbang rasa terhadapnya. Lelaki itu tak pernah membenarkan dia keluar dari rumah.

Tapi itulah Armel terpaksa berbohong juga. Dia memberi tahu Tunku Danish yang dia hanya keluar bersama Farah saja, dan akan balik seawal yang mungkin.

Sekali lagi dia mengeluh berat, sudah hampir setengah jam Armel berdiri menunggu tapi tiada sesiapa pun yang datang. Atau Tunku Daiyan dan Farah sengaja mengenakan dia. Laju saja tangan Armel mengeluarkan telefon miliknya dari purse bag yang dia guna.

Tidak sempat number Farah didail, bugatti chiron berwarna hitam muncul dan berhenti tepat dihadapannya.

Serta merta menarik perhatian wanita itu teralih dari skrin telefon. Dia kelihatan sedikit bingung, banyak lagi kawasan lain kenapa kena parking dihadapannya juga. Pintu kereta tersebut terbuka luas dan Tunku Daiyan keluar dari perut kereta.

Seketika Armel kaku ditempatnya berdiri setelah sedar lelaki itu segak memakai tuksedo yang berwarna hitam. Namun apa yang membuat Armel tak keruan, dia langsung tidak melihat Farah.

Dimana Farah? Bukankah sepatutnya Farah sudah bersama Tunku Daiyan?

"Sorry, saya lambat. Awak dah lama tunggu?" Soal Tunku Daiyan seraya itu kakinya melangkah mendekati Armel.

"Hmm.. Farah mana? Bukan awak sepatutnya ambil Farah dulu ke?" Soalan Tunku Daiyan itu dibiar sepi, malah Armel mengajukan soalan yang membuat wajah ceria lelaki itu hilang.

"Farah tak beritahu awak ke, yang dia tak dapat ikut sebab dia tak sihat?"

Armel kerut dahi, "tak. dia tak ada cakap apa-apa pun. Kejapla, saya cuba call dia sekarang."

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now