AMIRUL KAIRA | 02

8.9K 378 7
                                    

"Ish papa ni memang betul-betul tak boleh ambil aku ke?"

Kaira mengeluh perlahan. Mata melilar memandang sekiling airport itu. Langsung tiada kelibat milik ayahnya. Jam sudah menunjukkan pukul 4.15 petang. Sudah pasti Encik Fatih berada di pejabatnya pada waktu sebegini.

"Takkan nak naik teksi pula. Ish orang dah lah penat." Kaira menutup sekejap matanya. Cuba untuk menghilang rasa kantuk. Badannya juga masih lagi lenguh dek kerana duduk terlalu lama di dalam pesawat.

"Kaira Farhanim Mohd Fatih?" Kaira pantas mencelikkan matanya apabila mendengar namanya diseru.

"Mana encik tahu nama saya?" Soal Kaira pelik pada lelaki yang berdiri di hadapannya. Lelaki itu menggaru keningnya sebelum dia memandang ke arah Kaira semula.

"Aku abang tiri kau. Papa ada kerja dekat pejabat, jadi dia suruh aku jemput kau dekat sini."

"Abang what?!" Terbeliak mata Kaira mendengar kata-kata lelaki itu. Mata-mata yang memandang ke arah mereka langsung tidak dihiraukan olehnya.

"Woo woo jangan lah menjerit. Malu lah orang tengok."

"Tak, encik ni main-main je kan?" Soal Kaira masih tidak percaya. Lelaki itu dipandang dari atas hingga bawah. Serious lah abang tiri? Tapi bila papa kahwin. Asal tak tahu pun!

"Balik jom. Dekat rumah nanti kau tahu lah." Lelaki itu bergerak mendekati troli beg milik Kaira. Baru sahaja dia ingin menolak troli itu, Kaira pantas menghalangnya.

"Apa bukti untuk saya percaya encik? Entah-entah encik ni penculik bersiri. Ingat saya tak tahu ke taktik penculik zaman sekarang hah?"

Kaira mengecilkan matanya. Lelaki itu pula sudah menghela nafasnya kasar. Ya Allah berikanlah hamba Mu ini kesabaran untuk menghadap perangai budak kecil ni.

Tanpa membuang masa, lelaki itu mengeluarkan telefon pintar miliknya. Jari menari-nari di atas skrin telefonnya sebelum telefon itu disuakan kepada Kaira.

"Tu bukti. Gambar raya tahun lepas."

"T-tak mungkin." Suara Kaira sedikit bergetar. Masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Kenapa papanya langsung tidak memberitahunya pasal semua ni? Kenapa kena sembunyikan dari dia?!

"Tak percaya lagi? Aku ada banyak lagi gambar dengan papa." Mendatar sahaja suara lelaki itu.

Sekali lagi lelaki itu melepaskan keluhannya selepas melihat Kaira seperti dalam dunianya sendiri.

"Memang nak tercegat kat sini je ke? Tak nak balik?"

Kaira menjeling wajah lelaki itu sebelum dia bergerak ke arah troli beg nya. Dengan pantas dia berjalan meninggalkannya lelaki itu.

"Haih buat hal betul lah budak ni!" Lelaki itu menggelengkan kepalanya. Pantas kakinya dibuka, mengejar langkah gadis kecil itu.

"Sini aku tolak. Aku tahu kau penat kan. Dah jom balik. Nanti rehat dulu lepastu kau tanya lah papa semua benda."

Kaira hanya mendiamkan diri. Dia hanya mengikuti langkah lelaki itu bergerak ke arah kereta jenama Mercedes-Benz milik lelaki itu.

°•❁•°

Tok! Tok!

"Kaira, turun makan." Kaira yang mendengar suara garau itu pantas berlari mendekati pintu. Pintu biliknya dibuka luas, terpaparlah wajah milik seseorang yang sangat dirinduinya.

"Papa!" Encik Fatih tergelak perlahan apabila tubuh kecil milik Kaira sudah selamat masuk ke dalam dakapannya. Badan anak gadisnya diusap lembut sebelum dia melabuhkan ciuman pada dahi gadis itu.

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterWhere stories live. Discover now