Datin Azuna mengangguk.

"Kadang-kadang, kekayaan boleh buatkan manusia. Bila kau miskin, kau takut sebab tak ada duit. Tapi bila kau dah banyak sangat duit, kau takut pula duit tu hilang. Macam nilah Datin Azuna, aku sumbat kau masuk penjara bukannya sebab kau tu mak kepada Mamat. Tapi sebab nama kau memang dah kena blacklist daripada bank, LHDN even dalam kerajaan pun nama kau top 10 orang yang dikehendaki. Tapi silaplah sebab anak kau buat salah, lepas tu kau pula rasuah habis semua orang sebab nak tutup perangai anak kau yang jijik tu..."

"... Kau tahu tak disebabkan kaulah, dunia ni jadi kotor. Sebab apa? Sebabnya orang jahat macam kau ni yang buatkan dunia huru-hara. Kau sumbat mulut orang dengan duit haram kau. Aku tahu kau dari kecil dah hidup susah so bilah dah besar kau taknak dah hidup susah. Tapi Datin Azuna, let me tell you one thing. Lebih baik kau hidup susah daripada kau hidup dengan duit haram dan sumpah seranah orang."

Datin Azuna tertawa kecil.

"Kau tahu tak Mariam, sepanjang 55 tahun aku hidup kaulah orang yang paling sial aku pernah jumpa. Kerabat diraja konon, tapi mulut kau tu macam longkang. Busuk." ujar Datin Azuna. Mariam mendekatkan lagi wajahnya memandang Datin Azuna.

"Kenapa kau dengki ke sebab tak dapat jadi kerabat diraja macam aku? At least mulut aku je yang longkang, tapi aku tak buat perkara terkutuk. Daripada kau tu, depan macam malaikat belakang mengalahkan dajjal..."

"... By the way, aku pergi dulu memandangkan i don't want to waste my tims untuk manusia macam kau. Apa pun doa aku, kalau kau dah keluar penjara nanti harap-haraplah kau bertaubat. Itupun kalau kau sempatlah nak keluar, manalah tahu kalau kau meninggal dalam penjara. At least dah bertaubat dah." tutur Mariam lalu bangun dan keluar dari situ meninggalkan Datin Azuna sambil ditemani oleh 2 orang polis.

Buk!

"Siallah perempuan ni."

.

.

MARIAM bangun dari duduknya. Matanya naik memandang Aisha dan Amsyar yang sedang berdiri dihadapannya, lagi-lagi dengan hadiah yang mereka bawakan ini.

"Awak bawa apa ni Aisha? Ha Amsyar? Apa ni awak bawa?" Mariam membawa keluar bekas plastik yang berisikan patin tempoyak. Wow, lauk kegemaran dia ni.

"Saya minta maaf Tengku sebabnya saya tak dapat nak bagi hadiah mahal-mahal dekat Tengku. Tapi saya masak patin tempoyak dekat Tengku, Tengku makan kan patin tempoyak?" soal Aisha. Mariam mengangguk laju.

"Eh mestilah makan, ni lauk kegemaran saya ni."

Aisha tertawa kecil.

"Terima kasih ya Tengku, atas segala jasa Tengku. Saya minta maaflah Tengku sebabnya tak dapat nak bagi hadiah mahal-mahal. Saya doakan semoga Tengku sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T dan juga semoga Allah sentiasa lindungi Tengku dimana sahaja Tengku berada." tutur Amsyar lalu berlaku keluar dari situ, meninggalkan Aisha dan Tengku Mariam di dalam.

"Tengku..." Aisha berjalan merapati Tengku Mariam Atheera. Tanpa apa-apa, dia terus memeluk Mariam. Mariam cuma diam lalu membalas pelukan Aisha.

"Terima kasih Tengku sebabnya Tengku tolong saya fight balik untuk dapatkan keadilan. Saya mengaku Tengku, waktu Hakim dan peguam saya cakap yang kes saya ni dah tak boleh nak buka dan mustahil untuk buktikan Mamat bersalah tu, saya dah down. Dalam fikiran saya waktu tu saya cuma nampak kematian..."

"... Saya minta maaf Tengku sebabnya saya tak dapat nak bayar kos dan khidmat Tengku sebagai peguam saya. Doa saya supaya Allah sentiasa merahmati, melindungi dan bukakan pintu rezeki buat Tengku."

Mariam mengangguk. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh juga.

"Saya jadi peguam ni pun sebabnya saya nak tolong orang macam awak. Lagipun, sebelum saya nak selesaikan kes awak ni pun saya ada minta cadangan daripada Tuanku. Dia okay, dan dia pun dorong saya untuk selesaikan kes ni..."

"... Awak dengan Amsyar budak baik. Apa-apa pun Aisha, janji dengan saya gunakan peluang ni untuk awak bangkit dan bina masa depan awak supaya lebih cerah. Tak apa Aisha kalau tak ada lelaki yang tak nak dekat awak, awak pun boleh hidup kalau tak ada lelaki yang bela awak. Asalkan awak ada abang awak."

Aisha mendongak memandang ke arah Tengku Mariam Atheera.

"Dalan dunia ni Aisha, jangan mudah mempercayai orang sekeliling. Mempercayai orang sekeliling adalah kesalahan terbesar, nak percaya boleh. Tapi ada hadnya. Belajar untuk bangun dari trauma dan luka awak tu sendiri, ingat Aisha, bayang-bayang kita sendiri pun tinggalkan kita waktu malam. Inikan pula manusia. Jangan lupa solat 5 waktu, tutup aurat, jaga maruah kamu sebagai seorang wanita. InsyaAllah, Allah sentiasa jaga kamu."

Aisha mengangguk.

"Terima kasih Tengku, jasa Tengku saya takkan lupakan."





.

Tamatlah sudah bagi kisah Aisha. Mehlah kita jumpa Aisera pula, macam dah lama tak jumpa Aisera.

By the wayy, alang alang tu mehlahh citer sikit or maybe komen pasal Aisha. Negatif or positif its okayy, saya terima je.

Terima kasihhhh.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now