" Dahlia Azzahra ! Bangun ! Dah pukul berapa dah ni tak reti-reti nak bangun?! " Jerit Puan Hanim yang merangkap ibu kepada dua beradik dari tangga tingkat bawah rumahnya sambil bercekak pinggang.
" Ya Allah, ibu. Orang dah bangun lama dah. " Dengan berhati-hati, Dahlia Azzahra yang lebih mesra dipanggil sebagai Zahra itu merupakan anak bongsu kepada Puan Hanim dan Encik Mustafa turun tangga sambil memandang ibunya yang sedang bercekak pinggang itu.
" Ha bagus kalau macam tu ! Eh, adik. Tak sarapan dulu ke? " Puan Hanim memandang anak daranya yang laju bergerak menuju ke pintu utama rumahnya itu.
" Tak sempatlah, ibu ! Lagipun adik nak dietlah ! Kakak pergi sekolah dulu ! Ibu jangan lupa kunci pintu ! Assalamualaikum ! " Jawab Zahra yang sudah tiba di pintu utama rumahnya itu. Puan Hanim menggelengkan kepalanya lalu menjawab perlahan salam tersebut.
Zahra keluar dari rumahnya lalu mengambil kasut sekolah yang berada di dalam rak kasut luar rumahnya. Dia memakai kasut tersebut lalu berjalan meninggalkan rumahnya. Sambil sambil berjalan, Zahra sesekali menarik nafas panjang, meniup udara pagi yang segar.
" Amboi senang hati nampak, " Tegur seseorang di belakang Zahra. Dia memusingkan badannya.
" Hahaha, good morning Dhiya ! " Zahra tersenyum tatkala melihat wajah rakan baiknya itu. Gadis yang bernama Dhiya itu membalas senyuman Farhana.
" Lambat pergi sekolah hari ni, ada apa apa jadi ke? " Dhiya mempercepatkan langkahnya untuk berjalan bersebelahan dengan Zahra. Mereka berdua bersama-sama berjalan kaki ke sekolah dek kerana sekolahnya yang hanya 15 minit dari rumah. Itulah rutin harian mereka.
" Aku tertidur lepas subuh tadi. Lagipun semalam aku tidur lambat. " Balas Zahra. Dhiya menganggukkan kepalanya. Dia tahu semalam Zahra tidur lambat, begitu jugalah dengan dirinya sendiri. Mereka berdua bersama-sama menyiapkan tugasan matematik tambahan yang diberikan oleh guru mereka. Nasib baik ada Zahra yang pandai bab bab nombor ni, kalau tak memang tak siaplah kerja tu.
" Eh, kenapa ramai ramai ni ek? " Soal Dhiya hairan apabila tiba di kawasan sekolah. Kelihatan ramai pelajar sekolah lain memasuki pintu pagar sekolahnya.
" Kau dah lupa ke? Hari ni kan kelab bola sepak sekolah kita ada game dengan sekolah lain. " Jawab Zahra teruja. Dhiya mencebik. Game? Bola sepak?
" Eh? Tak ada siapa bagitahu aku apa-apa pun? Aku tak tahu pun? "
" Friendly match ! Dahlah, jom ! " Zahra menarik lengan milik Dhiya lalu berjalan pantas memasuki pagar sekolah. Kelihatan para pelajar sudah beratur mengikut kelas masing-masing di tapak perhimpunan. Zahra dan Dhiya cepat-cepat beratur di barisan kelas mereka.
" Datang dah badak sumbu... " Zahra dan Dhiya memalingkan wajahnya ke arah pemilik suara yang berada di belakang mereka.
" Sorry? Ulang balik apa kau cakap, Sufiya. " Ujar Dhiya sebaik sahaja memandang wajah pemilik suara itu. Sufiya tersenyum sinis.
" Ba-dak sum-bu, " Sebut Sufiya satu-persatu sambil menayangkan muka mengejek. Dhiya yang ingin mengangkat tangannya itu dihalang pantas oleh Zahra.
" Jangan. Aku okay. Jangan risau. " Dhiya memandang wajah Zahra dengan riak wajah terkejut. Biar betik dia ni? Zahra menganggukkan kepalanya, perlahan-lahan Dhiya menurunkan tangannya.
" Heh, korang ni. Tepilah. Tak muat nak lalu. Sorang macam gajah, sorang lagi berlagak macam gangster. " Kata seorang pelajar perempuan yang berada di sebelah Sufiya, iaitu Amani. Dia memeluk tubuhnya dengan sombong.
" Mulut kau jaga sikit eh. Tepilah apa? Kitorang sampai dulu. Kau yang lembab sampai. Beratur jela dekat belakang. " Ujar Dhiya menahan geram. Kalau bukan sebab Zahra menahan tangannya tadi, mesti dah kena lempang beruk dua ekor di depannya saat ini.
YOU ARE READING
Takdir Untukku
Romancemaleh aku nak letak description, nak baca baca la taknak baca sudah HAHAHAHAHAHA
