𝐁𝐀𝐁 7

12 3 7
                                    

"WOI! Aku nak tanya kau sikit." Zayyan menghentikan langkahnya dihadapan Medina. Medina mendongak memandang raut wajah Zayyan. Dup! Terasa ada getaran didadanya.

"Asal kau pandang aku dalam kelas tadi?" Terjungkit kening Medina. "Hah? kenapa? Tak boleh ke saya nak pandang awak?"

"Tak boleh!" Bantah Zayyan. Matanya tajam merenung seraut wajah dihadapannya.

"Kenapa?" Tanya Medina.

"Sebab haram! Kau perempuan! Kena jaga pandangan mata." Balas Zayyan. Entah kenapa dia agak beremosi. Emosinya tidak dapat dikawal dengan baik.

"Ooo. Kalau lelaki tak apalah kalau nak tenung anak dara orang sekalipun?" Bidas Medina penuh sarkastik. Well it's Anggun right?

"Apa kau merepek ini?"

"Kau tenung muka aku dekat pasar petang kelmarin tak apalah pula ye?" Merah padma wajah Zayyan apabila Medina mengungkit hal petang kelmarin.

"Ehh- itu aku tak sengaja lah wey."  Medina tersenyum sinis mendengar balasan Zayyan itu. Tak sengaja konon!

"Tak sengaja ke sengaja?" Medina tersenyum sinis. Matanya memandang wajah Zayyan dengan sebelah kening sengaja dijungkitkan. Dia menyilangkan tangan didada berpeluk tubuh. Makin menyerlah aura 'Anggun' dia.

"Engkau ini kan.. Ehh sudahlah!" Zayyan mula rimas dengan Medina. Gaya percakapan perempuan itu memang menbuatkan jantungnya berdegup tak henti. Sudahlah cantik! Lepastu suara lembut kemain. Astagfirullah! Zayyan!!

"Kau tenung aku tak apa pula ye? Aku pandang kau baru sikit itu bro!" Getus Medina.

"Diam! Aku tak nak dengar apa-apa lagi!" Nampaknya Zayyan sudah mengangkat bendera putih tanpa mengakui. Dia memang kalah teruk kali ini. Arghh malunya. Zayyan terus berlalu meninggalkan Medina yang berpeluk tubuh disitu.

Medina mengukirkan senyuman manis. Ahh bahagianya! Abe Zayyan is caring!

Medina berjalan menuju ke kantin untuk mengisi perutnya yang sudah kosong.

Sesampai sahaja dia dikantin. Dia melihat ramai yang beratur mahu membeli makanan. Keadaan agak sesak dan sempit! Berkemungkinan besar dia akan dilanggar oleh orang-orang yang berbadan lebih besar daripadanya.

Kakinya mula menapak menjauh dari kawasan kantin. Tidak jadi mahu membeli makanan di kantin. Dia memutuskan untuk membeli di koperasi sahajalah.

Sesampainya di koperasi, dia melihat tidak terlalu ramai yang membeli disitu. Hatinya berasa senang seketika.

"Nak susu Dutch Lady 2 kotak." Sesudah memesan dan membayar Medina terus beredar untuk mencari tempat dia berehat. Kakinya laju sahaja berjalan ke arah belakang sekolah.

Terdapat sebuah tempat rehat disana. Medina berjalan menuju ke sana. Lalu punggung dilabuhkan diatas geran kayu. Kakinya terjuntai-juntai dibawah kerana ketinggiannya hanyalah 150 cm sahaja. Kakinya tidak dapat mencecah tanah maka dia hanya membiarkan sahaja kaki terjuntai-juntai.

Sedang dia minum susu telinganya terdengar bunyi tapak kasut dari arah belakang. Apabila dia menoleh ke belakang terkejut bukan kepalang dia apabila melihat Zayyan dengan mukanya yang penuh dengan darah. Ya Allah apa yang sudah menimpa jejaka itu?

"Apa salah aku?" Medina kelu terdiam seketika melihat keadaan yang menimpa diri lelaki itu. Sungguh teruknya!

"Zayyan, siapa yang buat kau jadi macam ini?" Zayyan tak membalas apa-apa dia cuma diam. Matanya masih tunak memandang ke arah wajah Medina. Kerana gadis ini. Ya gadis inilah punca dia menjadi seperti ini.

"Kau." Membulat mata Medina mendengar jawapan itu.

"Apa salah aku?" Kini Medina pula bertanyakan soalan itu. Zayyan diam dulu sebelum membalas.

"Kau puncanya. Sebab kau tenung aku dalam kelas tadi. Sebab kau bergaduh dengan Jay tadi. Jay pukul aku sebab aku punca dia dilabel bodoh oleh kau. Kalau kau nak tahu Jay suka dekat kau. Dia marah aku bila perempuan yang dia suka simpan perasaan dan tenung lelaki lain selain dari dia." Medina hilang kata-kata tidak tahu hendak bicara apa. Sumpah dia rasa bersalah walaupun bukanlah salahnya seratus peratus. Tetap sahaja dia terasa.

Apa yang membuatkan Jay suka pada dia? Lelaki itu yang hampir menaparnya mengaku suka pada dia? Apakah? Lelaki itu sungguh tidak menonjolkan 'signal' yang sepatutnya.

"Kau merapu apa ini? Siapa suka siapa? Jay suka aku? Ehh dia nak tampar aku kot tadi." Zayyan geleng kepala. Dia pun tidak tahu apa yang tidak kena dengan Si Jay itu. Alih-alih dia pula kena pukul.

"Aku tak tahu. Aku tidur tadi." Medina kelu seketika. Pening. Pening dengan keadaan yang berantakan sekarang. Masalah datang satu persatu tanpa sempat dia mencernanya.

"Kau tak nak buat laporan pada cikgu ke?" Zayyan memandang wajah keruh Medina.

"Buat apa nak lapor kalau aku boleh selesaikan sendiri?" Soal Zayyan. Medina kelu tak berkutik.

Zayyan mengambil tempat duduk. Luka diwajahnya disapu dengan tuala kecil yang selalu dia bawa. Tidaklah berdarah dengan begitu teruk. Cuma lebam sahaja yang bertukar keungguan.

"Kenapa si Jay itu? Kenapa dengan dia? Aku tak faham." Zayyan memandang Medina dihadapannya. Gadis itu bercekak pinggang sambil minum susu kotak Dutch Lady.

"Dia itu gila." Tergamam Medina.

"Seriuslah? Dia gila? Ke kau saja buat cerita?" Medina memandang Zayyan tidak percaya. Was-was.

"Entah. Tapi aku rasa dia gila. Dia terlahir dari keluarga yang bijak pandai. Abang-abang dia semuanya dah genggam segulung PhD. Kakak- kakak dia? Paling rendah genggam Master. Yang lain genggam PhD dalam jurusan Electrical and Electronic Engineering, Architecture, Graphic Designer, Computer Science, Psychology dan banyak lagi. Tapi lain pula yang jadi dekat Jay ini. Dalam ramai anak yang Datin Maya dan Dato Malek ada, Jay saja yang nampak kurang cerdik sikit."

"Bila dia orang pergi hantar Jay ini dekat sekolah khas, permohonan itu ditolak. Sebab Jay menunjukkan prestasi yang kurang cemerlang dalam akademik dia yang sebelum ini. Jadi ibu ayah dia malu besar jadinya mereka melayan Jay seolah-olah Jay bukan darah daging mereka sendiri."

"Jay mula rasa sepi kerana kurang kasih sayang dan perhatian menyebabkan dia mula mencipta 'dunianya' sendiri. Waktu dia berumur 10 tahun dia telah didiagnosis dan didapati menghidap penyakit skizofrenia. Dia mula menjalani terapi jiwa dan minda secara berperingkat. Sehinggalah sekarang, rawatan itu masih lagi diteruskan. And that is why, he became so. Crazy. Is it?"

Medina menelan air liur. Simpatinya jatuh terhadap Jay. Tidak sangka lelaki itu terpaksa menghadap pelbagai dugaan.

Tbc..

Sorry tau kalau MSLP ini agak 'kaku' sebab its my first story I take seious. And MSLP adalah short story.

MY SWEET LOVE PEACHESWhere stories live. Discover now