[Fend] 1

2.7K 112 4
                                    

Februari

"THREE... FOUR..."

Tali Fender Dreadnought Acoustic yang dipetik berlagu perlahan.

Diikuti oleh deru drumstick berlari membuat rolling di atas snares Pearl drumset.

Amplifier Fender Squier Standard Fat Strat electric dan Ibanez bass kemudian berdengung bagaikan on cue.

Dreadnought menyusul.

Revival Music Studio bergegar lagi.


"GOOD." K² (disebut K-Squared) memutar drumstick di tangan.

Yang lagi empat angguk. Dengan muka antara puas hati dan penat.

"Memang terbaik la." Erdi menarik botol air mineral. Dia memandang ke kiri."Kita nak balik pukul berapa ni?" Jam di tangan dipandang.

"Aku tau balik ni aku nak lena. Tahap tak ingat punya penat." Azad dah pejam mata.

"Kau ni sakit kurang vitamin ke apa?" Pa'an sengih. "Penat semedang."

"Presentation aku tak siap lagi. Proposal untuk Puan Jasni pun tak complete lagi. Isnin kena present. Berasap kepala aku dibuatnya. Kalau tidur sekarang,malam karang aku boleh jadik Batman." Berjela panjang sekali keluar. Azad menengadah siling studio."Yok balik la. Dah lepas dah gian nak jam."

Beauty... tali Fender Dreadnought di tangan dipetik tanpa sedar."Aku tak habis lepas rindu lagi ni."

Muzik itu adalah bahasa yang ungkapannya tak perlukan kata-kata. 

Contengan JalananTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang