16. 💢 (☆⁠)

Start from the beginning
                                    

"Beomgyu?" tegur Grandma.

"Ya?"

"Tak kan tengok je? Tolong lah Ivy ni, kesian dia."

"O-ouh, okay." Beomgyu bergegas berjalan dan mengambil bawang-bawang yang di tangan Ivy.

Ivy tersenyum kecil dengan perlakuan Beomgyu. "Terima kasih,"

Beomgyu memandang Ivy sekilas dan balasnya hanya dengan senyuman.

"Ehem!" Dehem grandma yang sedang memotong daun bawang. "Bertuah siapa yang dapat Ivy, 'kan? Rajin tolong orang kat dapur."

"Hm betul lah tu," ucap Beomgyu yang berdiri di singki untuk mengupas bawang.

"Beomgyu pun baik orangnya, kalau nak ingat-ingat balik masa Beomgyu dengan Dahee masih bercinta, grandma memang dah agak Beomgyu ni baik sangat. Memang padan lah kan dengan Ivy?"

Ivy menjeling cemas Beomgyu yang terdiam di depan singki. "E-eh apa pulak, grandma. Beomgyu mestilah padan dengan Dahee, kalau tak macam mana dia dengan Dahee boleh kawin kan? Grandma ni buat lawak." Ivy ketawa canggung.

"Beomgyu dah jadi salah satu ahli keluarga ni. Kalau boleh grandma nak Ivy jadi salah satu ahli keluarga grandma tapi semua tempat dah full. Saudara-mara Dahee pun semua dah kawin, Dahee lah yang terakhir. Tapi nanti kalau tiba-tiba ada tempat kosong, Ivy jangan lupa rebut, ya?" kata grandma pada Ivy dengan penuh harapan.

Ivy meresponnya dengan senyum.

Dan datang pula bunyi tapak kaki yang datang dari tangga, dan ianya Dahee yang turun bersama botol susu di tangannya.

"Hai, Dahee!" tegur Ivy, melihat Dahee muncul. "Jom la tolong masak sekali, ramai-ramai mesti lebih cepat siap and best! Kita boleh berbual sama-sama, lama tak jumpa, kan?"

Beomgyu ke belakang sebaik saja mendengar nama Dahee di sebut.

"Takpelah, korang bertiga je lah buat. Kalau tambah saya nanti jadi tak padan pulak korang berdua." Dahee senyum pada Ivy. Lalu dia memandang grandma tetapi grabdma sama sekali tidak memandangnya, malah terus memotong daun bawang.

Dahee terus pergi ke mesin air dan mengisi air panas ke dalam botol susu.

"Tengok, Ivy. Ada ke patut orang tu perli kamu. Perangai memang tak padan dengan rupa. Muka je cantik tapi perangai tak sama cantik." ucap Grandma.

"Dahee," Beomgyu berdiri di sebelah isterinya. Dahee hanya membalas dengan senyum tanpa memandang wajah Beomgyu.

"Tapi betul lah kan, kalau ada dia korang berdua tak akan padan." sambung Grandma lagi.

"Sst! Awwh!" sibuk memasang telinga punya pasal sampai tak sedar air panas memenuhi botol sampai tumpah ke tangan.

"Dahee!" Beomgyu mengambil botol susu di tangan Dahee dan meletaknya di atas meja.

"Tengok tu, dia sengaja. Sakit kan diri sendiri demi nak dapat attention." -grandma.

Beomgyu membawa Dahee ke singki dan meletakkan tangan Dahee yang melecur kerana air panas itu di bawah aliran air. Tapi Dahee menarik semula tangannya dan berjalan meninggalkan dapur dan naik semula ke atas.

Beomgyu menghela nafas berat melihat Dahee. Dia rasa grandma dah melampau. Tak salah kan kalau dia nak rasa yang grandma dah betul-betul cross the line?


To Be Continued...

[ingatkan nak triple update tapi nanti je lah, simpan chapter ni lama ii tak boleh jugak 😗]

[ingatkan nak triple update tapi nanti je lah, simpan chapter ni lama ii tak boleh jugak 😗]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Baby!!! • Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now