Plan

1.2K 37 5
                                    

Selepas putuskan hubungan Sulaiman dengan Omar, Azim begitu sibuk sekali. Banyak pulak assignment dan group discussion. Akhirnya ada hari yang takde apa-apa aktiviti.

Time ni lah Azim boleh buat plan dia untuk merapati Omar. Tapi macam mana dia nak mulakan?

Mula-mula Azim terfikir nak mesej Omar. Tapi tak nak la Omar rasa pelik plak tetiba je dia mesej. Out of the blue.

Call pun mungkin akan jadi awkward. Dia mesti pura-pura terserempak dengan Omar somewhere. Pastu ajak la lepak borak ke...

Sulaiman plak takde. Parents dia datang amek dia. Bawak bercuti ke Cameron Highlands kalau tak silap. Kalu tak, mesti dah boleh tanya dia pasal habits Omar tu. tapi tak tau la dia nak jawab ke tak. Entah-entah meraung je nanti dia tu.

Dah makin kurus dah Sulaiman. Dia dah abaikan sukan dan exercise. Hilang dah ketak-ketak dia. Masih hensem. Cuma Omar lagi hensem. Hihi.

Tetiba Azim terfikir... mungkin dia boleh perhatikan Omar sepanjang hari. So dia akan start dengan kondo Omar. Azim pinjam kereta member untuk drive ke Setapak.

Dia mulakan dengan borak dengan guard di kondo Omar. Untuk cuba dapatkan info. Guard tu mesti bosan. Umpankan nasi lemak dan teh tarik je dah cukup. Macam-macam dia cerita pasal Omar.

Omar ni rupa-rupanya suka pegi Sunway Putra Mall. Ye lah. Dekat jugak dengan rumah dia. Dia selalu order Nando's kalau dia malas masak. Dia minat kumpul figura anime jugak.

Guard tu cerita Omar pernah mengamuk kat mamat delivery sebab pakej dia kemek. Katanya, figura kat dalam tu import dari Jepun.

Dengan info baharu tu, Azim pun terus bersedia untuk fasa seterusnya. Masa untuk mengorat.

****

"Apa yang kau buat kat sini??"

"Sulaiman! Kena kurang ajar dengan pakcik kau tu?"

Mak dia marah. Sulaiman yang patut marah. Kenapa dia tak cakap Hilal akan ada gak bercuti sekali. Kalau dia tau, dia takkan join.

"Uncle yang mintak Ibu kamu untuk rahsiakan. Uncle ada hal nak cakap dengan Sulaiman."

"TAKLEH CALL KE??"

Sulaiman dah hilang pertimbangan. Tak kisah lah siapa pun yang ada di sekeliling.

"KAU JAWAB KE KALAU AKU CALL??"

Hilal pun dah hilang sabar jugak. Terkejut Sulaiman bila pakcik dia tengking dia balik. Baru dia perasan semua orang tengah tengok mereka berdua. Cepat-cepat dia tarik Hilal keluar daripada homestay tu.

"Okay. Cakap lah apa yang kau nak cakap sangat."

"Apa dah jadi dengan kau dan Omar?"

To be continued...

Anak Saudara My ExDonde viven las historias. Descúbrelo ahora