RED BLOOD #2

7 2 0
                                    

THE ROYAL PALACE

"Your Royal Highness, would you like me to bring your breakfast here or not?"

Mikhael memandang sekilas ke arah pembantu istana sebelum menggeleng. Matanya masih melekat di telefon pintar miliknya. Sebenarnya sekarang ini sudah hampir pukul tujuh dua puluh pagi menandakan dia sudah lewat ke sekolah. Tetapi dia langsung tidak kisah dan hanya buat selamba. Alah, Siapa sahaja yang berani marah dia jika dia terlambat?

"Just give me a cup of coffee. No sugar."

"Baik tuanku". Balas pembantu istana itu dalam bahasa melayu sebelum menunduk hormat kemudian keluar dari bilik Mikhael.

Jari jemari Mikhael tidak henti men'scroll'  aplikasi Tiktok. Sesekali dia tergelak melihat beberapa video dan komen yang lucu. Perbuatan nya terhenti telefon pintarnya berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Nama Luqman tertera di skrin telefon. Mikhael mendengus perlahan. Kacau betul dia ni. Butang hijau diseret.

"Assalamualaikum, Mikha." Lembut sahaja suara Luqman berbunyi di dalam talian.

"Kau nak apa?" Balas Mikhael acuh tak acuh. Luqman hanya tergelak kecil mendengar balasan Mikhael.

"Kenapa kau tak ada lagi dekat sekolah ni?"

"Malas"

"Cis. Aku tahu kau itu putera raja tapi tidak boleh ke kau berdisiplin sedikit?"

Mikhael hanya menjulingkan mata mendengar bebelan Luqman. Luqman memang suka memberi ceramah. Memang dia yang akan tegur jika ada yang membuat kesilapan.

"Iyalah. Nanti aku pergi. Don't worry"

"Alright. Jangan lambat sangat sayang. Bye" Balas Luqman sambil tergelak kecil kemudian panggilan diputuskan. Mikhael hanya menjuihkan bibir mendengar balasan itu. Geli geleman.

Mikhael mula bangun dan bergerak ke almari miliknya kemudian uniform sekolah diambil. Dia mula menyarung seluar hitam dan kemudian kemeja putihnya. Setelah selesai membutangkan baju kemeja tersebut dia memakai pula tali tai berwarna maroon.

"Your Royal Highness, this is your coffee"

Mikhael menoleh ke pintu biliknya. Kelihatan pembantu istana yang sebentar tadi datang membawa secawan kopi.

"Tch. What took you so long?" Mikhael berdecit. Blazer berwarna maroon yang tertera logo sekolah itu disarungkan dengan kemas.

"I'm sorry, your highness". Pembantu istana itu menunduk dengan muka yang sedikit cuak.

"Raise your head"

"Um sorry?" Pembantu istana itu masih menunduk ke lantai takut untuk bertentang mata dengan Mikhael. Mikhael mendengus perlahan.

"Tch. Nevermind. I'm going to school right now. Make sure you tidy my room."

"What about the coffee, Your Highness?"

"I'm not drinking it"

"All right. I understand, My Lord." Sekali lagi pembantu istana itu menunduk tanpa memandang langsung ke arah Mikhael. Dia melangkah keluar dari bilik dengan membawa semula secawan kopi tadi.

Memang semua orang takut untuk bertentangan mata dengan Mikhael. Itu kerana Mikhael mempunyai kuasa ajaib mind control dan mind reading yang membolehkan dia membaca dan memukau seseorang itu jika dia bertatapan mata dengannya. Mikhael sentiasa dicemburui ramai orang kerana bukan sahaja dia mempunyai kuasa yang sangat malah dia mempunyai dua kuasa berbanding orang lain yang hanya mempunyai satu kuasa ajaib. Mikhael adalah salah satu diantara kanak-kanak yang memperoleh kuasa ajaib pada usia 11 tahun.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 01, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RED BLOOD Where stories live. Discover now