"Ah, dah, dah! Korang pergi balik! Eii, tak jalan cerita ni dibuatnya!" Ais menolak Nobita dan Doraemon untuk pergi dari situ.

"Doraemonnnn buatlah sesuatu! Jahatlah diorang niii!"

"Haih awak ni Nobita... Sebenarnya saya bukan Doraemon, saya adalah Ipin yang menyamar! Hahaha! Betul betul betul!'

"Isy, dahlah! Bisinglah korang ni!"

Tanpa teragak-agak, Taufan menghasilkan pusaran taufan dan dalam sekelip mata, kelibat Ipin, Nobita dan Author hilang, telah terbang dibawa pergi dengan hati yang masih berduka~

"Apa salah aku~" Author menangisi nasibnya.

"Tapi best jugak terbang macam ni," Ipin mengibas-ngibaskan tangannya yang tidak bersayap :v

Gelagat mereka di langit hanya diperhati oleh pasangan kembar elemental.

"Haih, tak jalan cerita ni..," Halilintar menggeleng-gelengkan kepala.

"Tulah. Dah, sambung!" Solar berdehem. Alhamdulillah, dia sudah move on daripada kekejaman dunia :v Mungkin sementara sahaja? Hehehe :3 Jangan harap boleh hidup aman-

Reader : *Hempuk Author pakai niat* Sudah-sudahlah tu merepek =3=
Author : Erk-

Maaf :'v

"Hmm... Betul-betullah. Apa korang akan buat kalau jadi kucing?" Halilintar mengulang kembali persoalan. Dia rasa tiada masa untuk main dalam keadaan itu. Si abang telah menjadi kucing dan hilang sepenuhnya daripada pandangan!

"Mengaum,"

"Rawrrr," Taufan dan Thorn serentak buat gaya dinasour mengaum.

Halilintar memandang mereka dengan tatapan 'korang-ni-biar-betul'. Sebelah kening diangkat ke atas.

"Hmm... Aku dapat rasakan... Gempa bukan larikan diri. Dia dilarikan oleh orang lain..," gumam Solar sambil mengusap dagunya. Yelah, kucing comel dan gebu macam tu, siapa je tidak suka? Boleh jadi Gempa diculik, kan?

Krik... Krik...

"Kau ni... Jangan buat panik boleh tak?" Ais menggeleng-gelengkan kepalanya pantas dengan dahi yang jelas kelihatan kerutan.

Solar memasang riak serius.

"Aku bukan tengah nak buat korang panik. Ni betul firasat aku mengatakan dia kena culik,"

Semua orang terdiam sebentar.

"Hmm... Logik jugak..," gumam Halilintar.

"Habistu macam mana ni? Takkan nak buat siasatan kat rumah semua orang kat sini? Ramai kot penduduk Pulau Rintis!"

"Hek eleh. Salah kaulah. Kau yang memandai letak Gempa kat luar," Blaze menjeling Ais yang sudah mengembungkan pipi, tidak puas hati.

"Eh, mana aku tau! Dah Solar tak bagitau awal-awal. Bukan salah aku," Ais menafikan tuduhan ke atas dirinya. Betulkan? Bukan salahnya! Hmph! ತ_ತ

"Aku dapat rasakan aura maut bila kita jumpa Gempa nanti..," Solar meneguk air liur.

"Hmm... Kita ada enam orang kat sini. Kita akan berpecah secara individu dan tanya orang di setiap rumah kalau diorang ada nampak Gempa kat mana-mana," putus Halilintar setelah berfikir masak-masak. Meskipun dia seorang yang tidak suka bersosial, tetapi dalam hal darurat seperti ini, komunikasi amat penting.

"Huh? Seriuslah?" serentak sang adik-adik memandang Halilintar. Biar betul dia ni?

Halilintar menganggukkan kepalanya. Rasanya itu adalah jalan yang paling cepat untuk menemui Gempa.

"Tapi... Macam mana kita nak tau kalau kucing tu adalah Gempa?" soal Blaze. Dia nampak Gempa dalam bentuk kucing tadi pun tidak sampai berapa minit. Jadi dia hanya ingat-ingat lupa. Apa yang dia ingat, Gempa mempunyai bulu lebat berwarna coklat kekelabuan gelap dan berkaki pendek- Pfft- Jap saya tergelak jap-

"Gempa ada bulu lebat gebu warna coklat gelap gelap sikit. Bulu muka dia warna putih. Kat perut dengan tangan dia pun ada tompok-tompok putih. Bawah telinga dia ada sikit tompok warna oren kecoklatan tak silap aku," jelas Solar sambil memandang atas, cuba ingat semula rupa si bulus tersebut. Dia ingat tangan Gempa putih kerana dipukul oleh abangnya itu tadi :v


"Ah... Okey, okey," sempat Taufan dan Blaze mencatat ciri-ciri yang disebutkan oleh Solar itu.

"Bulu gebu coklat gelap, bulu muka, perut dan tangan putih, bawah telinga ada tompok oren kecoklatan... Siap!"

"Dan yang paling penting, kaki pendek. Tu jangan lupa," Solar tersenyum senget.

Gempa : APA KAU KATA-
Solar : Apa? Betullah kan? *Tahan gelak*
Gempa : *Tampar muka Solar dengan tangan kucing kecil dia*

"Okey. Kita akan sambung cari petang nanti. Aku akan agihkan tempat untuk korang cari dia. Sekarang aku ada hal sikit kat rumah Tok Aba. Jangan nak buat hal lagi eh," tegas Halilintar memberi amaran.

"Erk... B... Baik!"





-Saya terlalu malas dan takut untuk semak semula jadi harap maaf kalau ada kesilapan TwT-

Best Ke Jadi Meow? 💀Where stories live. Discover now