1

21 4 0
                                        

Kafe di University Canive agak padat dengan kehadiran para pelajar tidak kira sama ada dalam pelbagai jurusan .

Dahlia duduk diatas kerusi yang disediakan oleh pihak kafe . Dia merenung kearah hadapan . Sambil mulutnya mencicip air kopi yang ditapaukan dia tadi . Pahit . Macam hidup dia . Dari bulan lepas tanam azam nak kurangkan kaffine . Tapi azam pun tak nampak muka .

Dia sibuk mengingati berapa lagi tugasan yang perlu dia lakukan sebelum cuti midsem . Argh , tak sabar betul . Stress betul dia dengan sem ini . Dapat pula pensyarah yang skema . Sikit-sikit deduct markah .

Rambut lurus milik Dahlia berwarna ginger itu ditarik lembut dari arah belakang oleh seseorang . Ini kalau gurau kasar ni tak ada orang lain dah . Mesti si Camelia .

"Hi kembar ku." Sapa Camelia lalu duduk dihadapan dia . Biadap betul budak ni , sebat air kopi aku .

"Kau tak payah nak kembar-kembar eh . Nama Lia je pun yang sama belakang ." Jeling Dahlia .

"Ok lah tu . Tukar lah nama panggilan kau . Biar orang panggil kau Lia pula."

"Tak koser lah aku . Baik orang panggil aku Dah." Dahlia merampas kembali air kopi yang dihijack oleh Camelia . Lima ringgit setengah dia beli . Sedap-sedap makcik dia je minah ni minum .

"Um Kak Dah?" Serta merta butang ketawa milik Camelia di on kan . Bingit suasana kafe ini ditambah pula dengan gelak perempuan ni . Sudah lah ketawa tak ada nak cover -cover punya . Main lepas je . Macam mana lah Adam boleh sangkut dengan minah ni .

"Ei dah la kau . Aku nak masuk kelas Sir Gabriel . Kau tuang sirap ke tak hari ni ?" Soal Dahlia . Bukannya dia tidak tahu perangai Camelia yang tidak suka hadir kelas Sir Gabriel. Bosan katanya .

"Kan dah cakap ,,,"

"Ye ye . Tak ada final tapi kau sedar ke tak final project kita tu tengah merayu nak suruh kita sentuh dia . Kau jangan buat-buat lupa eh . Perangai jangan jadi free rider . Single tak apa . Sekali kau jadi free rider . Hauk kau makan penampar aku.." Dahlia menayang telapak tangannya yang kecil molek . Bukan boleh diajak berbincang minah Camelia ni . Nak-nak soal Sir Gabriel . Boleh bawak gaduh .

"Cis. Jumpa cicak putus ekor pun melalak macam tak boleh ais krim . Lagi nak bagi aku makan penampar. Moga kau kahwin dengan Sir Gabriel. Fuhh." Camelia meniup angin kearah muka Dahlia . Ibarat mahu doa nya tadi tercapai .

"Siot lah kau ni . Yang bukan-bukan aje . Doakan lah aku nikah dengan Lomon ke ." Ujar Dahlia . Amboi , masih sempat demand ya . Ini akibat cerita All Of Us Are Dead lah ni . Lomon hensem nak mampus . Nilai yang tak berapa murni yang dia dapat adalah shibal . Kuangsam betul . Kalau dialah , better jadi zombie . Dia dahlah lemah kalau bab-bab berlari .

"Lomon pun boleh jadi zombie kalau nikah dengan kau. 24 jam asyik membebel sahaja kerjanya. Meluat ."

pap

Dahlia melempar sebatang pen kearah kepada Camelia . Tak kuasa dia mahu layan loyar buruk perempuan itu . Lantas dia berlari menuju ke kelas FAC1146 .

"Woi!" Sayup-sayup kedengaran suara Camelia . Mampos lah dia balik nanti.

"Dahlia , awak dah siap ke tutorial yang saya bagi semalam." Soalan yang keluar dari mulut Sir Gabriel berjaya membuat Dahlia berdebar seperti mahu pengsan . Pucat lesi muka dia . Ditoreh pun tidak berdarah .

Macam mana dia boleh lupa tutorial yang diberi oleh Sir Gabriel semalam . Cuai betul . Tutorial itu langsung tak muncul dalam kepala dia . Ingatkan dah tak ada tugas .

"Um , er .."

"Lepas ini jumpa dekat bilik saya , Dahlia . Ok kelas bersurai . Jumpa next week ." Gabriel mengemas buku yang ada diatas meja dan dimasukkan ke dalam beg .

Matanya memandang kearah Dahlia . Mahu pastikan gadis itu tidak melarikan diri . Dahlia hanya menayangkan senyum kambing . Bersalah lah tu ! Subjek lain ingat pula nak hantar bila-bila .

"Adoii sakitnya." Kedengaran suara seorang gadis sebaik sahaja pintu bilik Gabriel dibuka dari luar . Siapa lagi kalau bukan Dahlia .

"Sakit apa pula kali ini Dahlia oi ." Gabriel berhenti menulis dan menutup buku . Selepas mengajar haruslah tulis nota-nota sikit . Takut dia lupa , ajar pula banyak kelas . Tertukar nanti kan haru jadinya .

Tumpuannya teralih kepada Dahlia . Gadia itu mengenakan baju kemeja hitam dan kain pencil skirt berona khaki . Simple macam Dahlia . Tak banyak songeh tapi entah kenapa tutorial kali ini dia boleh lupa . Gabriel amat gemar mengusik Dahlia . Padahal tutorial itu tidaklah berapa penting sangat .

"Lutut saya ni ha Sir , luka sekerat rasa."

"Ish , teruk tu rasanya kena pergi emergency . Pastu nak guna alasan ni sebab tak buat tutorial ke macam mana ? Stock alasan awak masih banyak ke tak tu ?"

"Boleh eh sir ?" Tanya Dahlia , selamba . Kalau Gabriel nak berloyar buruk dengan dia . Apa lagi , dia boleh bagi seribu kali loyar buruk .

"Baru tahu awak taip guna lutut ya ." Gabriel menongkay dagu menggunakan kedua-dua belah tangannya . Banyak pula masa dia nak melayan kerenah Dahlia . Dia suka , rasa macam nak sumbat Dahlia dalam beg lepastu bawa balik rumah .

"Bukan , kan nak berjalan kan guna kaki . Pastu kaki luka ni , tak boleh jalan la nak pergi dekat meja study kat bilik . Sebab sakit. "

"Banyak la loyar buruk awak Dahlia . Ei . Geram betul ." Gabriel tersenyum dibuat-buat . Makin dia layan , makin sama pula perangai dia dengan si Dahlia .

"Aik lain macam geram dia ni . Sir jangan , nanti saya jatuh cinta dekat sir macam mana ? Sir dahlah tak suka saya . Nanti kena hadap saya 24/jam sehari bersamaan 7 hari seminggu macam mana ? Sir ni dah la bosan . Tak mau saya , hadap sir dekat U dengan kat rumah . Haru saya sir ."

"Amboi sedap ya mulut awak cakap saya bosan . Cubalah kahwin dengan saya dulu baru tahu saya ni bosan ke tak . Silap-silap awak yang tak mahu keluar bilik sebab saya ni terlampau menyeronokkan ." Ugut Gabriel . Dia memandang muka Dahlia . Putih betul budak ni . Dengan rambut berona Gingernya . Terserlah lagi kecantikkan .

"Ei Sir ni ! Tadi Camelia dah doakan saya jodoh dengan sir . Kan jodoh betul-betul parah kan."

"Aaminn." Ucap Gabriel lalu berjalan keluar daripada biliknya . Dia sempat mengerlih kearah Dahlia . Bengang budak tu . Seronok betul dapat usik Dahlia hari ini . Gabriel mengukir senyuman kecil . Dia betul maksudkan . Haih Dahlia . You're so addictive.

Hi jangan lupa vote kalau awak suka hehe❤️ inshaallah will update more chaps doakan tau 💡 Love u guys

DAHLIACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang