𝟬𝟬 :: 𝗣𝗥𝗢𝗟𝗢𝗚

401 53 692
                                    

Seorang budak lelaki yang berusia 7 tahun sedang melukis dan mewarna kertas lukisan yang terdapat di bilik bacaannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Seorang budak lelaki yang berusia 7 tahun sedang melukis dan mewarna kertas lukisan yang terdapat di bilik bacaannya. Usai sahaja dia siap mewarna, dia bergegas ke bilik ibu bapanya untuk menunjukkan kertas lukisannya.

Ketika dia sibuk bergegas ke bilik ibu bapanya, jay terdengar perbualan ibu bapanya di dalam bilik yang sibuk mengemas barang pakaian untuk bersiap pergi outstation.

"Yeobo, lagi beberapa minggu kita terpaksa outstation dekat Brunei, anak kita tu macam mana? Siapa nak jaga jay ? " kata ibu jay atau dikenali sebagai puan park yang sedang berdandan dekat meja solek.

" Chagiya...pasal jay itu jangan risau nanti saya hantar dia dekat rumah halmeoni. Halmeoni boleh jaga dia lagipun pandai-pandailah halmeoni tengok-tengokkan dia. Yeobo jangan risaulah jay dah besar pun pandailah dia jaga diri lagipun dia tak buat perangai nakal-nakal pun dekat sana" panjang lebar tuan park bercakap ataupun membebel sambil mengemas barang pakaian untuk bergerak outstation ke Brunei.

Jay yang mendengar perbualan ibu bapanya berasa sedih dan empangan air matanya jatuh di pipi mulusnya. Sampai hati ibu bapanya membuatnya hidup begini hanya terlalu sibuk bekerja dan mementingkan harta kekayaan sehingga tidak ada masa terluang untuk anak tunggal mereka.

Dia juga perlukan kasih sayang dari seorang ibu bapa. Tetapi hidupnya seperti orang asing apabila mereka tidak memberinya sepenuh perhatian sehingga jay banyak berdiam diri sejak dari dahulu lagi.

Tambahan pula, ibu bapanya sering terlalu manjakan anak mereka dengan kekayaan dan kemewahannya sehingga membentuk anak mereka menjadi berlagak sombong.

Sehingga jay berusia 20 tahun, jay dan keluarga berpindah ke Korea selepas berbelas tahun duduk di Amerika atas urusan kerja di sana. Sepanjang itu juga jay semakin lama semakin liar apabila hidupnya kacau bilau dengan sering keluar pergi ke club malam dan balik pada pukul 3 pagi dengan keadaannya yang mabuk dan pakaiannya yang kelihatan kusut masai.

Dan bermula dari situlah jay menjadi seorang badboy and berlagak poyo di sekolah.

✧ ▬▭▬ ▬▭▬ ✦✧✦ ▬▭▬ ▬▭▬ ✧

Seorang gadis yang berusia 5 tahun sedang duduk di buaian sambil bermain dengan anak patung dengan rambutnya yang berikat pony tail di tepinya. Sedang sibuk dia bermain buaian dengan anak patung yang berada di ribanya, datang beberapa orang budak perempuan dalam lingkungan umur 7 hingga 9 tahun untuk mahu membulinya.

Patung yang berada di genggamannya turut dirembat oleh seorang budak perempuan yang berusia 9 tahun itu lalu memijak-mijaknya sehingga anak patung itu kelihatan kotor dipenuhi pasir yang berdebu. Yoora yang melihat anak patungnya dipijak-pijak itu berasa terkedu dan ingin menangis apabila anak patungnya menjadi kotor.

"Oops sorry aku tak sengajalah pijak anak patung kau. Kesian aku tengok anak patung kau ni jadi kotor. Balik rumah nanti cuci eh anak patung kau yang jijik ni." ujar seorang senior perempuan yang berusia 9 tahun yang membaling anak patung itu ke arah yoora.

[ 𝙎𝙐 ] 𝘽𝘼𝘿𝘽𝙊𝙔 𝙑𝙎. 𝙏𝙊𝙈𝘽𝙊𝙔 • 𝙋𝘼𝙍𝙆 𝙅𝘼𝙔 Where stories live. Discover now