Bab 28

34.7K 247 12
                                    

"Nurin, ada orang nak jumpa kau" Hanna bersuara sebaik sahaja tangannya memulas tombol pintu. Salam diberikan.

"Siapa?"

"Mana lah aku tahu.. kau pergi lah.. dia ada kat cafe. Macam urgent je"

"Jap jap.. student sini ke?"

"Entah.. tak sempat tanya. Ish pergi jelah.."

Tasha mengerutkan dahinya memikirkan siapakah gerangan orang yang hendak berjumpa dengannya.

"Tak payah nak kerut sangat dahi tu. Aku tepuk nanti"

"Ish.. yelah.." Tasha mencapai tudung sarung di besi kepala katilnya dan disarungkan ke kepalanya. Dengan malas dia berjalan keluar dan menuruni anak tangga. Dalam sambil berjalan, otaknya ligat memikirkan siapa gerangan tersebut.

Sesampainya di cafe. Matanya melilau mencari kelibat orang yang mencarinya. Dalam asyik matanya melilau. Ada suara garau yang berdehem di belakangnya.

Tanpa menunggu masa Tasha memusingkan badannya ke belakang tetapi malang tidak berbau, kerana orang di hadapannya itu berdiri terlalu dekat dengannya menyebabkan Tasha terkejut dan hilang pertimbangan diri. Dalam beberapa saat sahaja Tasha akan jatuh terduduk.

Disebabkan kecekapan orang yang di hadapannya itu yang memegang pergelangannya, Tasha dapat mengimbangkan badannya semula.

Kepalanya diangkat untuk melihat gerangan manusia di hadapannya yang ingin berjumpa dengannya bagai tiada hari esok.

Mata bertentang mata. Tasha rasakan bagai ada aliran elektrik apabila mata mereka bertemu. Lengannya yang masih di dalam genggaman orang itu segera di rentap kasar dan dia mengundur beberapa langkah.

Kepalanya ditundukkan menekur lantai. Walaupun kepalanya ditundukkan, dia dapat merasakan dirinya sedang dipandang oleh manusia yang berdiri di hadapannya. Sunyi, tiada satu suara pun.

"Bu-buat apa kat sini?" Akhirnya Tasha bersuara memecahkan kesunyian.

"Kenapa tak pernah cakap?"

"Penting ke?"

"Nurin Natasha.." cukup lembut suara itu menyebut namanya.

Tasha menggigit bibirnya. Rasa sebak datang menyinggah di hatinya. Namun dia tidak mahu menangis, perasaan sebak itu dihalau jauh-jauh.

"Macam mana tau Tasha kat sini?" Kepalanya masih ditundukkan.

"Penting ke nak tau?" Nahhhh soalannya tadi dibalikkan kepadanya.

"Tasha naik dulu" kakinya berura-ura mahu melangkah. Namun tangannya disambar kembali.

"You're not going anywhere untill you answer me"

"Lepas lah.. tak malu ke orang tengok" balas Tasha mengetap bibir. Tangannya ditarik untuk melepaskan diri namun tidak berjaya. Genggaman kali ini lebih kuat dari sebelumnya.

"Answer me"

"Fine! Let me go first"

"Tak boleh jadi. Jum" tangannya ditarik untuk membuntuti langkah manusia itu.

Kakinya ditahan-tahan untuk melepaskan diri. Tetapi masih tidak berjaya"

"Let. Me. Go or atau Tasha jerit"

"Scream and i'll lift you in my arms"

Tidak ada pilihan Tasha terpaksa membuntuti langkah manusia tersebut. Setelah sampai di kereta pintu tempat duduk penumpang di buka.

"Run and you'll know" bisiknya di telinga Tasha.

"Ugut!" balas Tasha sebelum badannya disumbat ke dalam perut kereta tanpa kerelaan.

Paksa Atau Rela?Where stories live. Discover now