Bab 21

42.2K 233 27
                                    

Tasha mengurut-urut lehernya yang tegang sedari tadi menunduk menghadap komputer ribanya. Sengaja dia membuka komputer ribanya setelah mandi dan solat isya'.

Harini masanya banyak di habiskan di dalam biliknya. Dia hanya keluar bilik untuk mengemas rumah dan ke bilik air sahaja. Harini dapurnya juga tidak berasap, dia hanya memesan makanan di aplikasi Food Panda sahaja.

Memandangkan tiada lagi aktiviti yang sepatutnya dia lakukan, dia mengambil keputusan untuk membuka komputer ribanya dan mencari maklumat tentang perkara yang mengganggu fikirannya saban hari.

Tasha sengaja membaca tentang course-course yang disediakan di universiti-universiti tempatan.. siapa tahu ada yang menarik minatnya. Tetapi apakan daya, dia tidak rasa tertarik pun dengan semua itu.

Entah kenapa minatnya untuk menyambung pelajaran tidak menonjol seperti orang lain.

Rakan-rakannya kelasnya sudah teruja untuk menyambung pelajarannya walaupun keputusan peperiksaan SPM belum keluar.

Ikutkan hati, mahu sahaja dia bekerja. Tetapi memikirkan nasihat Abahnya tempoh hari dia tidak sampai hati hendak mengecewakan hati tua itu.

'Haih.. Di luah mati emak, di telan mati bapak' keluh Tasha di dalam hati.

Komputer ribanya ditutup lalu tangannya mencapai telefonnya. Aplikasi instagram dibuka dan jarinya laju menscroll feednya. Tetapi tiada apa yang menarik padanya. Butang HOME ditekan lalu skrin telefon dimatikan.

Punggungnya di angkat bergerak ke katil sebelum menghempaskan badannya ke atas katil. Matanya cuba dilelapkan tetapi gagal. Tasha duduk kembali. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

Sesungguhnya otaknya sangat serabut memikirkan tentang hal tersebut. Setelah beberapa minit dia termenung, akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar dari biliknya.

Langkahnya menuju ke bilik Hazeem. Niatnya adalah untuk meminta pendapat abangnya tentang perkara yang mengganggu fikirannya saban hari. Sampai di hadapan pintu bilik Hazeem, tangannya di angkat dan mengetuk pintu bilik abangnya.

"Angah.."

Tok! Tok!

"Angah? Tidur ke?"

Senyap

Tangannya cuba memulas tombol pintu tetapi gagal kerana pintu bilik abangnya dikunci dari dalam.

'Awal betul tidur' omel Tasha tidak puas hati sambil mencebik bibirnya.

Seterusnya langkah kakinya diatur menuju ke bilik Ameer. Perkara yang sama dilakukan.

Tok! Tok! Tok!

"Along.."

"Hm.."

Mendengar suara sahutan dari dalam, tangannya memulas tombol pintu perlahan sebelum kepalanya dijengukkan ke dalam bilik.

"You sleep?"

"Tak.. kenapa?"

Tasha menggaru kepalanya yang tak gatal.

Melihatkan adiknya yang gelisah itu sudah pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran seorang manusia bernama Nurin Natasha.

"Tasha ada problem ke? Come.." Ameer menepuk-nepuk katilnya sebagai isyarat memanggilnya adiknya duduk di hadapannya.

Tasha menggigit bibirnya. Bukan dia tak nak masuk, tapi sebaik sahaja terpandang katil abangnya itu automatik dia teringatkan perkara malam hari itu yang semuanya berlaku di dalam bilik abangnya ini, berpunca dari dirinya..

"Termenung apa? Meh lah sini.. Tasha nak share apa-apa ke?"

Kakinya dihayun perlahan menuju ke katil Ameer. Punggungnya berlabuh perlahan di atas katil empuk itu.

Paksa Atau Rela?Where stories live. Discover now