Satu Minggu Di Kampung

1.8K 6 3
                                    

Dalam pada tidak sedar sudah 1 minggu aku dikampung. Dan ketika inilah perasaan bosan aku mula timbul. Remote control tv sudah berapa kali aku mainkan namun tiada apa yang menarik perhatian. Akhirnya aku tutup terus. Aku perhatikan jam, dah jam 4 langsung aku capai biskut dan milo kosong untuk minum petang.

Selepas minum petang dengan berseluar pendek paras peha dan baju t-shirt aku sarungkan kasut sukan untuk beriadah. Aku menyusuli setiap tempat di kampung dan sempatlah aku singgah sebentar kat rumah Mak Uda untuk bertanyakan khabar.

Bila hampir magrib barulah aku beransur pulang. Ketika aku melintas dihadapan rumah Pak Wan aku tengok dia sedang membakar sampah lalu menegurnya.

"Hai Pak wan bakau sampah ke tu?".

Dia menoleh kearah aku..

"Ha ah". Dalam hati Pak Wan terdetik ish budak ni kemain pendek seluar.. Tertelan air liur.

Aku terus ke rumah dan bersiap-siap untuk mangrib.


***********************************************************************************************

Pagi dikampung dengan suara ayam berkokok beserta suasana yang dingin berserta kabus membuatkan penduduknya tidak sedar bahawa mentari sudah tegak berdiri diatas dikepala.

Wap asap didalam cawan bagaikan menari-menari diruang udara dapur itu. Sambil menghirup sedikit demi sedikit air tongkat alinya, mata pak wan tak lepas daripada memerhatikan susuk tubuh yang berada diluar jendela. 

Kelihatan susuk tubuh lelaki yang sedang leka dan teliti menanam pokok.

"Rajin budak ni, pandai kemas & kemas laman, kalau perempuan aku pinang dia ni". Terdetik dihati pak wan ketika itu.

Selepas memerhati pak wan keluar daripada sarang rumahnya untuk menyapa aku. Aku menyeka peluh didahi. Tak terasa sudah hampir tengah hari waktunya. Ada beberapa lagi anak pokok yang belum aku tanam. 

Aku tersenyum puas melihat laman rumah aku semakin berseri dengan tanaman seperti waktu ibu bapa aku masih ada ketika itu. Ada hikmahnya aku balik kerumah kampung, mungkin inilah masanya yang tepat untuk tidak pulang ke bandar.

"Cantik dah kawasan rumah kamu, bila kamu pergi beli pokok ni semu". Tegur pak wan kepada aku.

Aku mengangkat muka ketika pak wan menegur aku.

"semalam pagi, pergi beli barang terus singgah jup beli pokok. pak wan dah breakfast belum?". Tanya aku ramah.

"dah, baru lepas tadi. weekend santai-santai je tu yang lambat keluar rumah".

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 24, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NeighbourWhere stories live. Discover now