BAB 4

68 35 6
                                    

SENARAI pesanan itu Hawa scroll. Mana nama lelaki itu ini. Satu-persatu senarai pesanan di dalam komputer itu dia scroll Tiba-tiba, dia teringat yang lelaki itu memesan minuman Noir Ozul. Terus dia memeriksa nama-nama yang memesan minuman itu buat tiga puluh minit yang lepas. Nampaknya tak terlalu ramai.

Scroll, scroll. Jumpa! Senang saja untuk jumpa kerana seorang saja nama lelaki yang memesan minuman itu. Tidak lain tidak bukan, mestilah lelaki tadi. Nama lelaki itu dibaca.

Aezra Baseer.

Wah, itulah nama lelaki tadi. Aezra Baseer. Aezra. Hawa menyebut nama lelaki itu berkali-kali sampai naik muak. Senyuman di wajah semakin melebar.

Tugas pertama, selesai. Sekarang, dia nak pergi balik ke tempat duduk Aezra. Sebelum itu, sempat dia berpesan kepada salah seorang pekerjanya untuk membuatkan dirinya jus lobak merah.

Sebenarnya, sebarang jus memang tiada dalam senarai pesanan kafe miliknya. Tapi, dia suka jus. Pelik kan.

"Hai, Aezra. Hehe, jangan marah. Saya tengok nama awak di senarai pesanan tadi. Anyway, nama saya Hawa Aralyn. Panggil Hawa je," terang Hawa walau tiada yang tanya.

Aezra hanya mengangguk. Minumannya sudah habis. Dia bangun dan bergerak ke kaunter pembayaran.

Dia lihat Hawa yang mengekornya dari belakang. Dah kenapa, dah la pendek. Tergedek-gedek, macam itik dah. Kepalanya digeleng. Comel.

Lelaki itu mengeluarkan wangnya untuk membayar tetapi ditahan oleh Hawa. Hawa menarik hujung lengan baju milik Aezra dan menggelengkan kepala.

"Tak payah bayarlah. Saya belanja."

"Maksud kau? Is this cafe yours?"

"Yelah, takkan jiran awak pulak. Tak tengok ke semua pekerja ada name tag except me? So, saya la tuan kafe ni." Hawa menerangkan sambil tersenyum bangga. Tanda nama di baju para pekerjanya ditunjuk dari jauh.

"Mana tahu kau tu tukang basuh pinggan mangkuk ke, tak ada baju tetap. Who knows, " kata Aezra selamba sambil mengangkat bahu.

"Eh, biadap eh?" Jari telunjuk dituding ke muka Aezra. Mukanya berkerut tidak senang dengan kata-kata Aezra.

Lelaki itu buat tak tahu saja. Kejam!

"Apa-apa jela labu, thank you belanja. Nanti aku datang lagi, kau belanja lagi." Wangnya disimpan kembali. Dia meletakkan kad namanya di atas kaunter tanpa dilihat oleh Hawa lalu tersenyum senget. Kemudian, dia menapak keluar dari cafe itu.

"Tunggulah dulu, woi," jerit Hawa.

Kurang asam, dia baru saja nak minta nombor telefon lelaki itu. Keluhan dilepaskan. Melepas saja.

Dengan hati yang lara, dia kembali ke bilik pengurusan dan mencapai barangan serta beg tangannya sebelum berlalu keluar dan mengunci pintu bilik itu. Baik dia pulang makan aiskrim.

Sebelum keluar, Hawa sempat memesan para pekerjanya untuk menjaga dan menutup kafe itu dengan baik pada pukul lima petang nanti. Barangannya diletakkan di atas kaunter seketika untuk berbual dengan para pekerjanya.

Selepas itu, barangan diambil semula dan dengan tidak sengaja, satu kad jatuh ke lantai kerana terheret sekali dengan barangannya yang lain.

Dia menunduk untuk mengambil kad itu. Keningnya dikerutkan. Kad apa pula ni? Dibelek-belek kad itu sebelum isinya dibaca perlahan.

"Penyiasat pesendiran, Aezra Baseer Bin Azman." Setelah kad itu dibaca, rahangnya jatuh serta-merta. Hawa melompat-lompat di tempat yang sama kerana terlalu gembira. Aezra tinggalkan kad dia untuk Hawa!

"Oh my, yes. His number." Dia membelek kad itu untuk mencari nombor telefon lelaki itu.

Ada!

Argh, excited nya!

Cepat-cepat kad itu disimpan di dalam beg tangan kemudian dia keluar dari kafe itu dengan senyuman lebar. Enjin kereta dihidupkan lalu dia berangkat pulang. Sempat dirinya bernyanyi kecil semasa membuka penyaman udara kereta.

"Gembiranya dalam hati, dapat nombor lelaki hensem. Hei," nyanyi Hawa.

Nampaknya lenalah tidurnya malam ini. Mungkin boleh bermimpi indah lagi. Alahai, gembiranya.

Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah SWT sangat membenci setiap orang yang suka bercakap kasar, biadap, sombong, menjerit-jerit, bermusuh ketika berurusan, kuat tidur (seperti bangkai reput) di waktu malam (tidak ban...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah SWT sangat membenci setiap orang yang suka bercakap kasar, biadap, sombong, menjerit-jerit, bermusuh ketika berurusan, kuat tidur (seperti bangkai reput) di waktu malam (tidak bangun berzikir), berkerja kuat seperti keldai pada waktu siang, hanya mengetahui urusan dunia sahaja dan jahil dengan urusan akhirat."

𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 : 𝐀𝐞𝐳𝐫𝐚 & 𝐇𝐚𝐰𝐚 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now