𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟮𝟵

Börja om från början
                                    

"Macam tu ke? Tapi Akak tengok Tunku selalu dinner kat rumah kan. Sebab lauk yang akak masak sebelum balik tu sentiasa habis je."

"Yup. Kalau dia nak keluar, biasanya dia makan dulu." Ya, Armel tak nafikan setiap malam mereka akan makan malam bersama. Lagipula selepas pulang dari shanghai, Tunku Danish sudah jarang keluar malam.

"Lah, patutlah meehoon goreng akak ni tak terusik. Mel mesti tak ada selera kan, iyalah selalu makan dengan Tunku tapi hari ni Tunku tak ada pula." Sengaja Kak Sab mengusik, saja nak buat Armel tersenyum. Rasanya suasana sudah semakin suram kerana topik bicara mereka tadi.

Armel kerut dahi namun bibirnya mengukir senyuman kecil. Dia tahu Kak Sab sengaja mengusiknya. "Apalah Kak Sab ni boleh pula cakap macam tu. Tak maknanya, Tunku ada ke tak adake. Selera saya ni tak pernah mati lagi." Semenjak mengandung selera Armel semakin menjadi-jadi. Nasib tak gemuk lagi.

"Eh, Kak Sab duduk la sekali, jum kita makan. Takkan nak biar Mel makan sendiri." Melihat Kak Sab mula menganjak ke dapur laju saja Armel menghalang.

"Mel makan la dulu. Kak Sab nak pergi dapur kemas apa yang patut." Kak Sab beri alasan, yang sebenarnya dia agak segan. Selama menjadi pembantu keluarga Tunku Dehra sekali pun dia tak pernah menjamu selera dimeja yang sama dengan keluarga itu. Jadi dia tak biasa walaupun Armel sudah jelas mempelawanya.

"Tak payalah, nanti je semua tu. Nanti Mel tolong Kak Sab kemas. Sekarang ni better Kak Sab duduk sekali. Makan berdua lagi selera." Pujuk Armel. Dia bangun dari duduk lalu menarik Kak Sab memujuk wanita itu melabuhkan duduk dikerusi sebelah kanannya tadi.

Terpinga-pinga Kak Sab namun kemahuan Armel itu dia turuti juga. "Dah agak ni. Mel tak ada selera sebab Tunku tak ada kan. Iyalah selalunya Encik suami tula yang peneman waktu makan." Kak Sab masih dalam mood mengusik.

Armel garuk kepala yang tak gatal. Ingat satu usikkan dah habis, rupanya tambah lagi. "Dah la Kak, tak payahla cakap pasal dia lagi. Nanti selera saya betul-betul hilang pula."

"Amboi, dia nak merajuk pula. Iyalah, iyalah. Tak ada cakap pasal Tunku da. Kita makan dulu ye."

Armel tersenyum manis sambil itu menyendok meehoon goreng ke dalam pinggan lalu diserahkan pada Kak Sab. "Macam tula. Ni untuk Akak."

Namun, tanpa Kak Sab sedar. Senyuman Armel itu perlahan-lahan menghilang. Entah kenapa kebelangan ini, dia agak sedikit sensitif dengan usikan yang berkait Tunku Danish. Bukan menyampah, tak dia tak ada rasa menyampah. Namun setiap nama lelaki itu dipetik jantungnya akan berdekup laju, nafasnya juga akan sedikit sesak. Rasa macam tak tenteram. Takkan la dia dah jatuh cinta kot.

• • •

Tunku Danish membuntuti langkah  seorang wanita yang kemas memakai baju kurung merah dihadapannya. Aron seperti biasa, dia akan setia berada di belakang majikannya itu.

Tika ini, mereka sedang menuju ke bilik pejabat Puan Sarah. Ya kini mereka sudah berada di Kelantan.

Wanita itu berdiri tepat dihadapan sebuah bilik pejabat yang berpintu kayu. Secara langsung langkah Tunku Danish dan Aron juga terhenti.

Tunku Danish berdiri, hanya jarak semeter dari pintu tersebut. Dia dapat melihat nama Puan Sarah elok tergantung dihadapan pintu bilik itu.

Kawasan rumah anak yatim ini tak lah seteruk yang dia sangkakan. Kawasan lebih luas dan lapang tak banyak kereta yang lalu. Dua buah rumah batu yang besar dijadikan tempat tinggal para anak yatim. Dan sebuah rumah kayu yang dijadikan pejabat. Not bad, nampak teratur.

Unseen Love | OG (EDITING)Där berättelser lever. Upptäck nu