Patutlah menyotong tak tentu pasal! Rupanya tengah main mata dengan syaitan di belakangku!

Helok sangat kedua mereka ni kalau bersatu! Boleh garu sesama sendiri kalau gatal sangat!

" Ehh, dahlah! Aku nak rehat. Kau dengan oppa kau boleh berhambus! Aku sakit otak layan perangai masing-masing!" aku tepis kasar tangan Yuna sebelum membaringkan tubuh.

Aku tak menipu kepala aku tengah sakit sekarang. Berdenyut lain macam! Sambil memicit pelipis, aku membetulkan posisi tubuh sehingga menjumpai kedudukan terpaling selesa.

Telinga dapat menangkap derap kaki keluar dari wad. Selang beberapa tika, aku tenang semula. Mata kian memberat, tetapi ada satu persoalan aneh berlegar di dalam kepala.

Kenapa aku dengar hanya sepasang tapak kaki sahaja yang melangkah?

Buka saja kelopak mata, satu susuk maskulin sudah bertenggek di birai katil. Penuh minat matanya menjelajahi serata wajahku. Terkejut punya pasal aku terinjak ke belakang. Tangkas tangan kekarnya merangkul bahuku. Penuh dominan. Aku terkaku. Takut.

" Just for a moment."

Berjeda, hanya sepasang mata sepetnya berbicara. Tangan yang pada mulanya melingkar pada bahu dialih perlahan. Banyak persoalan sedang membelenggu, tetapi aku tak mampu untuk muntahkan satu pun.

Lee Juyeon, dia punya aura aneh yang mampu mengawal aku. Aku jadi patuh dengan tiap arahan yang dia lontarkan.

Tapi sayangnya, dia pervert.

Mungkin aku kena telefon polis tiap kali duduk berdua dengan Juyeon.

" Kau nak apa lagi? Aku sakit kepalalah." acuh tak acuh aku menyoal.

" Sakit? Nak aku panggilkan dokter ke beautiful?" lembut suaranya mengetuk gegendang telinga.

Again dia panggil aku beautiful. Muaklah!

" Just leave me alone. Tak payah nak buat kesian sangat. Hipokrit. Kau pun takde beza dengan keluarga aku." aku pusing badan membelakangi Juyeon. Selimut ditarik hingga leher. Mata dipejam rapat.

Keluhan berat dapat kudengar. Menjadikan aku curious untuk tahu apa yang bermain di fikirannya. Nak tanya, tetapi aku ego. Akhirnya aku kekal dalam posisi membelakangi Juyeon.

Sedikit lega kerana perangai miangnya sudah surut sedikit.

" I'm not what you think, beautiful. I know it sounds weird sebab kita baru je kenal but trust me Yura." jeda. Aku dapat rasakan selimut sedang dibetulkan. " I would never let you down, beautiful. I trust you, with all my heart."

Dia bangun dari birai katil.

" Rest well." sejurus itu pintu wad ditutup.

Barulah aku celikkan mata semula. Hairan pula dengan perubahan tingkah secara mendadak Lee Juyeon. Tadi menggeletis kronik sampaikan ulat bulu pun insecure. Sekarang jadi posesif extra caring pula. Mana satu personalitinya ni? Hmmmph!

Aneh.

Ataupun, dia jatuh kasihan dengan aku. Tengoklah! Keluarga kandungku sendiri tak percaya denganku. Papa pula tak teragak-agak nak buang aku kalau aku ditangkap buat perangai lagi. Wah, rasa macam anak buangan!

Tetapi aku tak peduli! Aku sudah immune dengan perangai toksik darah daging sendiri. Tambah pula selepas papa berkahwin baru, memang menjadi-jadi perangainya melebihkan Yuna dan bini barunya tu.

Semua kehebatan Yuna akan dibanding denganku. Yuna cermelang dalam pelajaran, aku pula dikatanya corot. Yuna cantik dan sering tampil fashionable, aku pula dikata kolot. Semua yang baik baik, pasti pada Yuna.

Baru dua minit Juyeon blah. Lekas aku mencapai telefon yang berada di bawah bantal. Kantuk hilang entah ke mana lepas kena tenung dengan mata hantu Juyeon. Lincah jemari memeriksa notifikasi. Hmh, tiada yang menarik. Rakan-rakanku seperti tak tahu aku sedang terlantar di hospital.

Jadi aku angkat tinggi telefon sebelum selca peace kepala berbalut diambil. Aku send ke dalam group chat khas untuk para sahabat yang kekurangan kromosom. Kelakar pula lihat reaksi dramatik masing-masing.

Ralit berbalas mesej, satu mesej dari Yuna masuk ke notifikasi.

--❦︎--

babyuna
kenapa tak mampus terus?
menyusahkan hidup orang je

slayura
🖕

•••

bad.Where stories live. Discover now