PKDU : Teaser 2

59 10 1
                                    

"Eh, Maya?" Riak Harith berubah terkejut apabila melihat aku. Aku pula hanya mendiamkan diri cuba menutup rasa sakit dikepala.

"Maya, kau kerja sini?" Soal Harith lagi membuatkan aku menjatuhkan kepala perlahan menjawab pertanyaan dia. Mungkin bila dia tahu aku bekerja menjual pisang goreng, dia tidak mahu berkawan dengan aku lagi.

"Wah! Boyfriend kamu ke Maya?" Usik abang Khai yang sejak tadi memerhati gerai kami. Bibir lelaki itu mengukir senyuman nakal membuatkan wajah aku mula berona merah.

"Cuaca panas sangat ya Maya sampai merah wajah tu?" Suara usikkan dari kak Aisyah digerai sebelah pula kedengaran membuatkan aku ingin saja merendam kepala aku ini diminyak yang sedang panas ini.

"Bukan boyfriend Mayalah! Maya yang single mingle sejak azali ni dituduh mempunyai boyfriend? Wah! Jadi berita hangat nanti." Balas aku dengan kaki yang sudah

melangkah kearah mak Mah yang sejak tadi hanya diam sambil mengukir senyum. Mungkin juga mak Mah sedang menahan tawa apabila menyangka Harith adalah teman lelaki aku.

"Tak adalah bang, kak. Saya dengan Maya kawan sekelas je." Akhirnya Harith bersuara membuatkan usikkan abang Khai dan kak Aisyah terhenti.

"Yeke kawan ni? Nanti tahu-tahu je dah jadi isteri, memang pakcik hentak kepala kauorang berdua dengan tong gas ni." Pak Saad pula mencelah bersama tangan yang laju membungkus nasi ayam.

Get ready!😍

Pinjamkan Dia Untukku (ebook/Terbit) √ Where stories live. Discover now