PKDU : Teaser 1

88 15 0
                                    


"Dekat sini bukan tempat kaulah perempuan!"

Aku yang sedang me mejamkan mata sambil menghirup udara segar itu perlahan-lahan mencelikkan mata kembali. Pandangan aku lilarkan sekeliling mencari arah suara tersebut.

Nyaring sehingga mengganggu telinga aku untuk berehat. Tanpa sedar aku mendengus perlahan sambil mendekati beberapa orang gadis yang terpekik terlolong seperti orang terkena sawan. Eh?

Orang sawan macam tu ke?

Apa-apa jelah!

"Excuse me, miss? Boleh perlahankan sedikit suara anda?" Aku mengeurnya dengan nada yang terselit kedinginan. Dapat dilihat riak wajah gadis itu berubah terkejut.

"Maaf.." ucap gadis itu bersama senyuman. Senyuman yang membuatkan aku ingin mengoyakkan mulutnya!

"Apahal kecoh-kecoh ni? Kau fikir ni rumah kau ke nak menjerit macam langsuir?" Soal aku sambil tangan aku masukkan kedalam kocek seluar. Mata tidak lepas dari memandang tubuh langsing gadis itu.

"Dia ni you! Dia tak layak belajar dekat sini! Dahlah selekeh! Miskin!" Hambur gadis itu sambil jarinya menunjuk kearah seorang lagi gadis yang sedang duduk diatas kerusi batu itu.

"Dia guna duit mak bapak kau ke untuk beli pakaian?" Soal ku sarkastik.

"Apa maksud you?" Soal gadis yang dikenali sebagai Qaseh itu. Aku menjegilkan mata menyampah. Mengapa gadis ini terlalu lembab?

"Tak payah fahamlah." Aku terus saja berjalan meninggalkan mereka. Malas mahu berlama disitu. Lebih baik aku memerhati bakal kakak ipar aku. Ada juga faedahnya. Duit pun masuk.

Pinjamkan Dia Untukku (ebook/Terbit) √ Where stories live. Discover now