Bab 1 : ❤️

164 12 1
                                    

2021

Your location has been detected. Tit! Tit! Tit!”

Bunyi itu terus-terusan berbunyi. Eiffel yang terlena turut terjaga. Mata digosok sedikit. Tangan pula naik untuk menutup mulut yang sudah menguap besar. Masih mengantuk memandangkan sekarang masih awal pagi.

Skrin laptop di hadapannya di pandang. Matanya yang kecil kini sudah terbeliak besar!

“Papa... I found you!” Ujar Eiffel dengan nada seperti berbisik. Setitis air matanya turun.

“Papa...papa. Eif jumpa papa. Akhirnya, aku dapat located lokasi papa aku. Terima kasih Ya Allah.” Kini bertitis-titis air matanya jatuh berjuraian.

Empangan mata yang kering tadi tiba-tiba menjadi penuh dan pecah dengan sendirinya.

Setelah hampir tiga tahun Eiffel Daneen bertungkus-lumus mencari lokasi atau apa-apa maklumat tentang papa mereka, jumpa juga! Allah makbulkan doanya. Dan dia amat-amat bersyukur. Terima kasih Tuhan.

“Perlu bagitahu kak Esh. Mesti dia happy.” Eiffel sudah teruja. Terukir senyuman lebar di bibir merah delimanya.

Mereka hanya hidup berdua sejak papa mereka menghilang. Sudah tentu kakaknya, Eshal Daniyah juga teruja.

Eiffel Daneen terus bangun dari duduknya. Novel yang ada di atas riba jatuh ke lantai. Sakit pinggang kerana tidur lama di atas kerusi dihiraukan begitu sahaja. Dia dah melompat keriangan. Kesah apa dia, sekarang pukul 4 pagi sekalipun. Janji hati seorang Eiffel Daneen tengah gembira.

Terlalu!

“Kejap, kejap. Macam mana aku nak jumpa papa. Patut ke aku sambung belajar dekat sana? Memandangkan papa ada di luar negara sekarang.” Eiffel sudah tersengih dengan idea bernasnya.

Seronok juga kalau dapat sambung belajar di luar negara.

“Tapi,  bagaimana kalau papa memang dah tak nak jumpa kami. Sia-sia ke usaha aku selama ini?” Eiffel tiba-tiba terasa tidak sedap hati.

Serentak itu, senyuman gembiranya tadi pudar serta merta.

2024

Eiffel Daneen jalan beriringan bersama kakaknya, Eshal Daniyah. Destinasi dia kali ini, semestinya festival buku!

Hari ni bakal diborong buku sebanyak yang boleh. Doakan kakaknya murah hati mahu belanja. Jika tidak terpaksalah dia berpuasa bulan ini.

Eshal pula hanya ikut dengan hati yang terpaksa. Nak biarkan adiknya pergi seorang diri, risau pula.

Sudahlah waktu malam. Di negara orang pula tu. Terpaksalah dia tinggalkan suami tercinta dan anaknya di hotel.

Padahal mereka datang untuk honeymoon.

“Kak Esh, cepatlah jalan. Lagi lambat akak jalan, lagi lambatlah kita boleh balik.” Bebel Eiffel.

Sebenarnya bukan itu yang dirisaukan. Bagaimana kalau buku yang seronok semuanya telah habis dibeli orang?

No no no, I will not let that happen.

Never!

Laju Eiffel melangkah. Kakaknya ditinggalkan di belakang.

Pandai-pandailah mereka bertemu semula nanti. Lagipun telefon kan ada.

“Eh, eh Eif. Tunggu! Haish, budak ni.”
Eiffel menghiraukan panggilan kakaknya.

Dia dengar, Cuma entah kenapa otaknya tiba-tiba kosong untuk memberi reaksi. Fikirannya hanya dipenuhi dengan buku.

“Wah! Ni mesti cerita pasal mafia. Eh, ni pun pasal gangster la.” Ceria Eiffel membelek buku novel yang ada. Hampir semua buku bahasa Inggeris. Tetapi itu bukan penghalang untuk dia tak beli buku.

[EDITED] ENCIK MAFIA & GADIS BIBLIOPHILE  Where stories live. Discover now