"Tapi Thorn laparlah... Takde sesiapa boleh buatkan makanan?" soalnya dengan anak mata yang sudah membesar dan bulat seperti saiz guli :v

"COMELNYA YA AMPUN! SUAMI AKU TU!" seorang pembaca perempuan berambut paras bahu terjerit-jerit kegilaan. Teruja dia apabila dapat membayangkan wajah comel dan polos Thorn.

"WOI! TU SUAMI AKULAH!"

DUMM!

"ASSALAMUALAIKUM JODOH!" laung seorang lagi pembaca perempuan yang baru sahaja lepas mengisi perut sebaik sahaja merempuh masuk pintu rumah elemental. Habis tercabut dan terpelanting pintu itu nun jauh di atas sana.

"I believe I can fly~ I believe I can reach the sky~" pintu yang sedang terbang jauh itu menyanyi sambil menangis dengan sendunya. Ingatkan kereta Myvi je boleh terbang :v

Terkejut kembar-kembar elemental itu apabila diserang sebegitu.

"THORN AKU PUNYA!"

"AKU PUNYALAH, BIJAK!"

Maka, berlakulah sesi tarik-menarik dan humban-menghumban antara kedua-dua gadis itu.

"Meowwwww!"

Tiba-tiba muncul seekor kucing sedang berlari hanya menggunakan dua kaki dan memegang kuali jenama IOS dengan tangannya. Jelas kelihatan marah pada wajah kucing itu.

(Lebih kurang macam nilah tapi kakinya pendek, badan gemuk, kat tangan dia pegang kuali dan dia berlari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Lebih kurang macam nilah tapi kakinya pendek, badan gemuk, kat tangan dia pegang kuali dan dia berlari. Fikir-fikirkanlah mengikut imaginasi sendiri 😂 Sumber dari Mr. Google)


"Meowww meowww! (Rumah aku woii!)"

"Wei! Wei! Lari! Ada kucing pelik lari ngan dua kaki sambil bawak kuali!" salah seorang pembaca tadi sudah melompat dan melekat di dinding seperti Spiderman- Eh taknaklah. Cicakman la. Barulah Melayu sikit.

"Lahh ghisau!"

"Gempa?! Kau ke tu?! Abangku~!" Taufan yang dapat mengenali kucing itu kelihatan sungguh terharu.

"Meow! Hisss,"

"Eleh, kau tu kucing je. Ingat aku takut?" sengih pembaca perempuan yang sesat itu sambil membuat jari peace.

Gempa rasa tercabar. Terasa aset kucingnya dipermainkan.

Namun belum sempat mahu menunjukkan ketidakpuashatiannya, tiba-tiba Author pun muncul dengan muka terkejut.

"Ya Allah, studio aku!" Author menjerit sebelum pengsan dengan mata terbeliak untuk seketika. Pengsan mengejut pulak 😂

"Korang ni kan..,"

"Alamak!'

Baru sahaja mahu melarikan diri, author sudah menarik bahu gadis berambut paras bahu tersebut.

"Nak lari mana hah? Insaflah kau, wahai insan bermata dua,"

Kemudian, author melompat dan melekat di dinding-

Jap-

HAHAHAHA TAK DAPAT BRAIN-

WEH DAHLAH BANYAK DAH MERAPUNYA NI 😭 TERUS JELAH CERITA NI 😭


Halilintar, Taufan, Blaze, Ais dan Solar tersentak. Mereka terus berpandangan sesama sendiri.

"Errr... Haahlah... Aku pun dah lapar sangat ni..," Blaze bangun dari pembaringan.

Kini, semua mata memandang ke arah Halilintar yang asyik berpeluk tubuh dan memasang riak dinginnya seperti kebiasaan.

"Apa?"

Mereka tersenyum penuh makna.

"Hali... Boleh kau masakkan?"



886 patah perkataan. 60% adalah disebabkan kemerapuan di atas 😭 Maaflah... Ingatkan dah lama tak on ni otak dah sembuh sikit... Rupa-rupanya makin kronik 💀

Btw, saya terlupa yang majoriti korang tengah menjalani sesi persekolahan bersemuka hari ni... Saya minta maaf 🤦🏻‍♀️ Saya budak asrama penuh jadi saya PdPR. Salahkan Wattpad sebab bagi balik akaun saya waktu dah habis cuti T^T

Again, minta maaf sebab banyak merepek dan tak serius. Maaf jugak kalau ada buat hati korang tersinggung 😢

Best Ke Jadi Meow? 💀Where stories live. Discover now