Bab 1

3.9K 108 5
                                    

"Ariaaaaa.." suara manja Mia menyergah dari belakang. Tangannya dililit di leher Aria.

"hey girl, what's wrong" Aria bertanya sambil tersenyum. Dia turut memutarkan badannya dan memeluk Mia.

"Kau free tak petang ni? teman aku jom.. " matanya memandang terus ke Aria.

"Eh.. lagi? Berapa banyak kali nak pergi? "

"Alaa.. pleasee.. Aria.. I love you babee. Kaulah sahabat , kekasih aku. "

Aria ketawa kecil. "haa.. yelah tu. Kimi kau dengar ni kang ingat aku sailang awek dia" . Hakimi atau Kimi, Boyfriend si Mia adalah kawan rapat Aria sejak kecil.

Namun meningkat dewasa ni, sudah masuk sekolah menengah, entah mengapa jarang sekali Kimi hendak menegurnya. Paling ada pun cuma melalui Mia.

Entahlah. Tidak mahu dipanjangkan masalah, Aria tidak mempersoalkan perkara itu. Lagipun, itu bukan masalahnya.

"Ariaaaaa.." Panggilan Mia mematikan lamunan Aria. Aria mengeluh seraya mengangguk.

Muka Mia bertukar ceria. "Yeayyyyy! dating dengan Aria yahoooo! dating dengan miss paling perfect iaituuu bestfriend sayaa "

"Oi oi hahaha, dari mana datangnya miss perfect tu" Aria menggeleng. Ada-ada saja Mia ini.

"Ehh.. satu sekolah panggil kau macam tu. Face kau tu haa lawa sangat. Sampai aku pun boleh jatuh cinta.. Cia Cia "

Memang benar mukanya boleh dikatakan cantik. Putih kulit menggebu. Pipi tidak terlalu chubby. Mata bulat bersama bulu mata lebat dan melentik.

Boleh dikatakan, Aria terkenal di sekolah kerana kecantikannya. Satu persatu lelaki ingin berbalas pesan dengannya. Tidak kurang juga, ramai kaum wanita suka menegur sapa dengannya.

Jika ditanyakan rahsia, mah tiada rahsia. Rahsianya cuma gen mama dan ayah hahaha.

"Tapi tengoklah, yang dapat Kimi hensem tu pun kau kan, Mia? " Aria membalas kembali. Mia memuncungkan mulut. "Babe, thats a different things. Kau tu standard tinggi sangat, huh!"

"Tak adalah tinggi mana standard aku, aku rasa. Aku suka lelaki yang sayang aku tanpa henti. Tak pandang perempuan lain walau digoda macam mana sekalipun" Aria mulai berangan.

Angannya seorang lelaki tinggi lampai, berwajah tampan dan memiliki sifat overprotective dan posesif terhadapnya.

"Kan seronok ada lelaki yang terlebih ambil berat pasal kita. Penyayang. Setia. Mudah cemburu"

Mia menjulingkan matanya. Tinggi lah tu taste nya. Ada ke macam tu?

"Kau ni babe, tah siapa siapa lah wujud dengan sifat macam tu. Kau nanti terkonkong je, tahu? itu tak boleh ini tak boleh"

Aria menggeleng. "I just wanna see how a man can be simply jealous over small things. Awww.. it must be so cute"

Mia menggeleng. Dia menarik tangan Aria untuk bersamanya pulang balik rumah. Aria tersengih dan mengikut jejak Mia.

××××

"Maa, im going first. Byebye, Muahh" Aria mencium kedua belah pipi ibunya, Puan Alia. Puan Alia senyum. "Take care dear. Ingat, jangan dekat dekat dengan stranger"

Aria sengih. "Ma, how old am I do you think? "

"10? 12? " usik Puan Alia

"Aishhh.. im 17" Aria mengembungkan pipinya tanda protes

"I know I know" ketawa Puan Alia.

Possesive or Obsessive ? [✓]Where stories live. Discover now