Aku menepis kasar tangan Jay.

Jungwon:Kau ni kan takde benda lain ke kau nak kusutkan?Asyik asyik rambut aku je,penat penat aku sisir.

Aku membebel bebel di hadapa Jay tapi boleh pula...mamat ni buat muka macam tak bersalah.Bangang punya kawan haish!

Jay:Kau buat apa kat sini?

Jay menanyakan soalan kepadaku sambil menyisir nyisir rambutku yang kusut itu supaya kelihatan kemas kembali.

Jungwon:Takdelah.

Jay:Okay dah.

Jay mengeluarkan telefon pintarnya.Dia menghalakan ke arah ku.

Jay:Okay tak rambut kau?

Aku membulatkan mataku.

Jungwon:Yang hyung belah tengah kenapa?Haish!

Jay ketawa kecil lalu mengusutkan kembali rambutku.Aku mengetap bibir geram.Dia ni nak rasa tumbukan kucing daripada aku ke macam mana?

Jay mengambil tali rambut dari poket seluarnya.Rambut depanku di tarik lembut.

Rupa rupanya Jay hendak mengikat rambut depanku.Usai dia mengikat,sempat lagi dia bermain main dengan rambut aku.

Jay:Nah,okay tak?

Aku segera membuka ikatan tersebut.Jay mengerutkan dahi.

Jay:Oik kenapa buka?Penat penat aku ikat.

Jungwon:Uwon tak nak macam ni.

Aku menari beberapa helai rambutku ke belakang untuk diikat.

Jungwon:Ha,kan okay macam ni?Macam abe Hyunjin.

Jay segera membuka ikatan itu.

Jay:Kalau macam ni baik tak payah ikat.Kau kalau ikat macam tu tadi,dah macam perempuan dah aku tengok.Dah lah,tepi aku nak pergi kelas.

Jay berlalu pergi.Aku melihat belakang tubuh Jay lalu jelirkan lidahku.

Wapa(Author) p.o.v

Hana sekarang berada di dalam kelas.Kawannya,Sua menyapanya.

Sua:Hana.

Hana:Hm?

Sua:Aku dengar kan...Haruto curang dengan kau.

Hana membulatkan matanya,tangan kawannya dipukul.

Hana:Ish,kau jangan macam macam ya.Mustahil lah dia curang dengan aku.

Sua:Betul Hana,aku dengar.

Hana:Kau dengar je,bukannya kau nampak kan?Lagi satu,Haruto pernah cakap yang aku seorang je perempuan yang dia sayang.Kau jangan nak buat cerita.

Sua menjeling Hana malas.

Sua:Kalau kau tak percaya,takpe.Kau akan menyesal nanti.

Sua berdiri lalu melangkah keluar.Hana mendengus kasar.

Hana:Patut ke aku percaya?

Dia menggeleng geleng kepalanya laju.Pipi ditampar berkali kali.

Hana:Eyyy tak tak,mustahil mustahil.

???:Apa yang mustahil?

Tersentak Hana di saat ada seorang pelajar mendekatinya.Pelajar itu tersenyum.Hana sudah mula rasa gelisah.

Hana:Takde apa apa lah.

???:Hana.

Hana:Hm?

Secara tiba tiba pelajar itu melabuhkan punggungnya di sebelah Hana.Hana terkejut.

Pelajar itu menayangkan senyuman menggoda.Tsk,menggoda lah sangat!Kalau Heeseung takpe juga eh-

Hana:Kau nak apa?

???:Awak nak tau apa perbezaan awak dengan...lantai ni?

Hana:Apa?

???:Lantai ni untuk kaki,awak untuk saya.

Pelajar itu tertawa sendiri.Hana sudah pun menayangkan wajah yang jijik.

???:Lagi sa-

Belum sempat pelajar itu mengatakan sesuatu,pipinya ditampar oleh Hana.

Hana:Dah lah pengotor ada hati nak bagi pickupline kat orang.Humph!

Hana melangkah keluar.

-

Waktu balik pun tiba.

Hana sedang menunggu Haruto untuk keluar dari kelasnya.Hana menarik senyum di saat dia melihat kelibat Haruto.

Hana melambai kecil ke arahnya.Haruto lantas berlari anak untuk mendapatkan Hana.

Haruto:Dah lama tunggu?

Hana:Eh taklah,baru je.

Hana melepaskan tawa kecil.Mereka berdua pun berlalu pergi.

Dalam perjalanan pulang,mereka berdiam diri sahaja.Tidak berbual antara satu sama lain.

Hana memberanikan diri untuk menanyakan soalan kepada Haruto.

Hana:Haruto..

Haruto:Hm?

Hana berhenti melangkah diikuti dengan Haruto.Lelaki itu melihat Hana dengan pelik.Kenapa pula gadis ini tiba tiba berhenti.

Haruto:Awak kenapa?

Hana:Saya nak tanya satu soalan ni...

Haruto:Seribu soalan pun saya sanggup jawab.

Haruto tersengih kecil.Hana memukul lembut tangan Haruto.

Hana:Ish Haruto jangan main main,ni serius ni...

Haruto berhenti tertawa.

Haruto:Ye lah ye lah.Awak nak tanya apa?

Hana:Betul ke...awak curang dengan saya?

Haruto mematikan senyumannya.Soalan Hana itu tadi membuatkan dahi Haruto berkerut.

Haruto:Siapa cakap?

Hana:Itu semua tak penting,sekarang ni saya cuma nak dengar jawapan awak tentang soalan saya tadi.Betul ke...?

Haruto menghembus nafas berat.Tangan gadis itu digenggam,pipi gadis itu ditekup.

Haruto menayangkan senyuman manis ke arah Hana.

Haruto:Saya tak pernah curang dengan awak.Awak tak ingat ke?Yang saya cakap,awak sahaja lah perempuan istimewa dalam hidup saya.

Hana:Tapi...manalah tau kan...

Haruto:Tak,saya tak pernah curang pun.Awak jangan risau ye.

Hana menatap mata Haruto.Perlahan lahan dia mengangguk.Haruto senyum gembira lalu mengusap kepala Hana.

Haruto:Dah jom,pulang.

Hana mengangguk.

Bersambung...

ENEMY TO LOVER - YANG JUNGWONWhere stories live. Discover now