[ Prolog ]

21 9 2
                                    

! ( 15+ ) (?)

◉◉

Bunyi guruh berdentum beberapa kali dan tiada bintang kelihatan di langit malam menandakan hari akan hujan. Bulan pula hanya kelihatan separuh sahaja oleh kerana diselimuti awan mendung.

Hospital Deajoon. Salah satu hospital yang paling mewah. Beberapa jururawat di hospital itu masih lagi mundar-mandir di sekitar pintu masuk dan kaunter. Jam menunjukkan hampir tengah malam.

Seorang jururawat lelaki memasuki sebuah lorong di tingkat tiga untuk memasuki sebuah bilik. Dia membawa sebuah dulang yang berisi ubat.

Cklek!..

Pintu bilik VIP itu diketuk beberapa kali sebelum dibuka dan menampakkan seorang gadis yang elok menyandarkan badannya di kepala katil dan seorang jejaka yang sedang bermain telefon di atas sebuah sofa bilik itu.

Jururawat itu berjalan lurus menuju ke katil itu dan berhenti tepat dihadapan katil itu. Lelaki itu berdiri menuju ke arah jururawat itu.

"Saya ada bawakan sedikit ubat untuk dia makan sebelum tidur. Dia perlu makan dua biji untuk tahan sakit." ujar jururawat lelaki itu. Jejaka itu mengangguk dan melemparkan senyuman kepada jururawat itu.

Jururawat itu tidak membalas sebaliknya menundukkan sedikit kepalanya dan terus keluar dari bilik itu. Sebaik sahaja jururawat itu keluar, lelaki itu memusingkan badannya membelakangi katil.

"Apa kejadah makan ubat tengah tengah malam?" gumamnya perlahan. Dia menilik ubat itu sementara. Gadis itu memandangnya.

"Bak sini ubat tu." katanya. Dia menadahkan tangannya bagi mengambil ubat itu.

Lain yang dibuat lelaki itu. Dia berjalan ke arah meja kecil ditepi katil itu. Gadis itu menjeling lelaki itu lalu mendengus.

Dia mencapai jag yang berisi air kosong itu lalu dituangkan di dalam gelas. Dia kemudian mendudukkan dirinya disebelah gadis itu.

Plastik yang berisi ubat ditangannya diberikan kepada perempuan itu. Ubat itu bertukar tangan. Dia mula membuka plastik ubat itu mengambil dua biji ubat didalamnya lalu menelannya sebiji.

Dahi jejaka itu sedikit berkerut melihat jenis ubat itu. Dia cuba membuang fikiran negatifnya, menghulurkan gelas ditangannya kepada gadis itu. Dengan rakus dia meneguk air kosong itu. Begitu juga seterusnya.

"Huh, pahit." katanya lalu meneguk air kosong itu sehingga habis.

Guruh berdentum kuat. Gadis itu memandang ke arah tingkap. Hujan lebat mula membasahi bumi. Kilat juga kelihatan beberapa kali.

Dia menghiraukannya. Pandangannya dilarikan dari tingkap dan terpandang jejaka itu. Jejaka itu dari tadi memandangnya.

Gelas dan plastik ubat ditangan gadis itu diambil lelaki itu. Dia meletakkannya diatas meja. Dia bergerak mendekati perempuan itu.

"K-Kau..pehal?" tanya gadis itu. Tangannya menolak bahu jejaka itu agar sedikit menjauh.

Jejaka itu diam sambil menatap kedua-dua mata bundar perempuan itu. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah gadis itu lalu,

Chup...

Mata gadis itu terbuntang luas saat jejaka itu tiba-tiba mengucup bibirnya. Jantungnya berdegup kencang. Pandangannya teralih kepada jejaka dihadapannya yang mengucup bibirnya lama.

Kucupan itu dilepaskan. Mata bertentang mata. Jejaka itu memandangnya sedikit terkejut.

Plak!

Bilik itu dengan tiba-tiba sahaja gelap gelita. Cahaya dari tingkap bilik itu sahaja yang menerangi bilik itu.

"Huh..." Lelaki itu menghela nafas.

"M-Mian..." ucap lelaki itu. Dia menunduk ke bawah.

Lampu bilik itu berkelip-kelip sebelum kembali cerah. Gadis itu memandang jejaka itu dengan pandangan tidak percaya.

"I'm sorry." ucap jejaka itu lagi sebelum berdiri dan berjalan masuk ke dalam tandas di bilik itu.

Blam!..

Jejaka itu menghempas pintu tandas menyebabkan gadis itu sedikit terkejut. Tangan kanannya perlahan-lahan naik menyentuh bibirnya kemudian turun memegang dada kirinya. Dia tertunduk ke bawah.


———————

Hi! Fyi...this is my first story...so..I hope you enjoy this!

Once We Get Married



✿Lee Minho✿

✿Choi Min-Ah✿






Once We Get Married  |  LeeKnow SKZWhere stories live. Discover now