𝐏𝐫𝐨𝐥𝐨𝐮𝐠𝐞

507 59 60
                                    

┌──────═━┈┈━═──────┐

𝐞𝐧𝐨𝐥𝐤𝐢𝐦 𝐩𝐫𝐞𝐬𝐞𝐧𝐭𝐬

-𝐭𝐡𝐞 𝐤𝐢𝐬𝐬 𝐚𝐝𝐝𝐢𝐜𝐭|𝐤𝐭𝐡-

└──────═━┈┈━═──────┘


══════ ∘◦❁◦∘ ══════


Terhuyung-hayang badanku melangkah masuk ke dalam lorong gelap itu. Mabuk sangat ke aku ? Aku rasa hanya 20 kali teguk alkohol aku minum. Hahahaaha...

Dadaku yang terasa sesak aku tumbuk perlahan. Rasa macam nak termuntah. Terus aku berpaut pada tiang lampu yang terdapat di situ dan tanpa menunggu lama, aku memuntahkan segala isi perut aku.

Kepala yang masih berpinar aku pegang. Bibir yang mempunyai sisa muntah tadi aku lap menggunakan lengan baju.

Tengah aku stabilkan badan aku untuk berjalan, terasa tubuh tegap aku ditarik seseorang, masuk ke dalam sebuah ruang aku tak dapat kenal pasti di mana.

Aku cuba untuk melihat susuk tubuh manusia di hadapanku ini. Berdasarkan bau haruman minyak wangi yang dipakainya, aku cukup yakin bahawa orang menarikku tadi adalah seorang wanita.

"A-apa yang kau nak, huh ?" Aku mengecilkan mata untuk melihat wajah gadis tersebut, tapi langsung aku tak nampak. Yang hanya aku dapat lihat hanyalah samar-samar sahaja.

Ludah ditelan apabila aku terasa tubuh gadis tersebut makin mendekat kepadaku. Apa yang dia cuba lakukan ?

Jari-jemari runcingnya bermain di sekitar leher aku. Tanpa apa-apa amaran, terasa ada sesuatu benda yang lembut melekap pada bibir merah aku.

G-gadis asing ini c-cium aku?

Tapi yang peliknya, aku langsung tidak terasa ingin menolak ciuman mengejut ini. Perlahan-lahan aku mula membalas pautan bibir gadis itu tanpa segan silu.

Pinggang ramping gadis tersebut aku paut sehingga tubuhnya melekap dengan tubuh aku. Gosh, ciuman dia...

Begitu menggoda. Gerakan bibir yang amat lembut itu membuatkan aku makin bernafsu. Tengkuk gadis itu ditarik untuk memperdalamkan ciuman ghairah tersebut.

Tak sampai beberapa saat kemudian, tautan bibir aku dan dia terlepas. Kepala aku juga turut berpinar, seperti dunia ini sedang berpusing-pusing.

Tanpa aku sedar, aku pengsan di lorong gelap itu tanpa ada siapa yang nampak.

Kecuali gadis misteri yang berani mencium aku tadi.


══════ ∘◦❁◦∘ ══════


WARNING !!!

✧.* Pembaca dikehendaki 16 tahun ke atas.

✧.* Terdapat beberapa scene yang agak 'cringe'. Kalau tidak selesa, jangan baca demi kesejahteraan jantung anda.

✧.* Idea : 95% from this sexy brain

✧.* 5% peratus lagi itu adalah scene bergula yang sering ditayangkan di dalam drama.

✧.* Vote wajib, comment sunnah, promote story ni harus, jadi silent readers makhruh. Okey, joke-

✧.* Baca pada waktu lapang. Jangan baca time pdpr dan sebagainya sebab saya tak nak jadi penyebab kepada kegagalan exam awak semua-


══════ ∘◦❁◦∘ ══════



Tahun depan saya update story ni. Jadi silalah add to library dulu. Okey, joke lagi. Saya pun tak tahu bila saya akan update but saya publish Prolouge dulu.


© enolkim ♡


『𝐒𝐔』the kiss addict | kthΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα