4

4.8K 158 3
                                    

Adriana berdiri kaku didalam kedai itu. Seinci pun dia tak bergerak tapi matanya membulat sambil mulutnya ternganga. Puan Mariam cuba untuk menarik Adriana agar pergi ke deretan baju haram itu namun gadis itu hanya membatu. Nak tak nak Adriana terpaksa ikutkan langkah Puan Mariam.

"Kenapa kita kena pergi sini?" Ujar Adriana ingin tahu. Butik Victoria's Secret. Deretan baju Haram menyesakkan mata Adriana. Dia lebih suka lihat koleksi wangian sahaja daripada melihat koleksi baju itu.

"Ibu nak belikan hadiah kahwin untuk kamu." Sejak malam pertemuan itu, Puan Mariam membahasakan diri dia Ibu kepada Adriana. Dia nak Adriana terbiasa dengan panggilan itu dan dia tekad nak Adriana menjadi menantunya.

"Hah?!" Adriana agak terkejut namun beriak normal.

"Ish cepat lah bantu Ibu pilih. " Puan Mariam menarik lengan Adriana. Adriana garu kepala, dia nak pilih apa?

" Pilih apa?" Soal Adriana keliru.

"Pilih baju haram ni. Nanti kamu boleh pakai depan Haqq."

Membulat biji mata Dania. Tak sangka dia , otak Puan Mariam lebih haram dari baju ini. Dia pun tak terfikir nak pakai baju haram di hadapan suami. Dia pun tahu malu sebenarnya.

" Eh?!!" Wajah Adriana terus merona merah.

"Alah nak malu buat apa, depan suami jugak nanti." Ujar Puan Mariam selamba sambil membelek beberapa helai baju yang tergantung.

" Function baju ni buat apa Ibu ? " Soalan polos keluar dari mulut gadis itu.

" Function dia supaya Haqq tergoda. Ibu nak minta tolong Adriana goda Haqq sampai dia jatuh cinta dengan Adriana."

Adriana menelan air liur . Memang itu dia inginkan tapi dia sedar itu susah untuk direalisasikan. Mengambil hati Haqq bukan mudah. Dia akan menghadapi risiko sangat besar. Bertemu sahaja sudah membuatkan lelaki itu tidak suka dengan kehadirannya.

Ya sememangnya dia inginkan diri Haqq tapi realitinya Si Haqq itu takkan pernah memandangnya walaupun sebelah mata.

Adriana menggaru kepalanya. Dia tak pasti jika dia berjaya tapi dia bet dia akan gagal.

"Ibu janji ibu akan ajar Adriana sampai Adriana dapat goda Haqq tanpa bantuan Ibu lagi."

Dalam fikiran Puan Mariam, jika Haqq tergoda dengan Adriana automatik Haqq akan melupakan Intan dan dunia playboynya itu. Harapnya Adriana akan mengubah hidup Haqq. Sakit mata tuanya melihat perangai Haqq yang menjengkelkan itu.

Adriana hanya mampu telan air liur kesat.Tanpa sedar Adriana anggukkan kepalanya.Dia juga nekad dia akan pikat Haqq sampai lelaki itu dalam pelukannya.Bukan susah pun kan cuma menggoda.

"Terima kasih sebab sudi menjadi menantu Ibu." Puji wanita itu.

"Dah cepat pilih." Puan Mariam terus menggesa Adriana memilih.

"Erm, Adriana rasa lebih baik Ibu pilihkan. Adriana ikutkan saja." Ujar Adriana lantas senyum kekok.

Puan Mariam jungkit bahu lantas tangannya mencapai beberapa helai baju yang menarik hatinya.

Terbeliak mata Adriana melihat Puan Mariam memilih terlalu banyak baju.Dia fikirkan sehelai saja untuknya.

"Eh kejap bu. Macam banyak sangat je ni."

Puan Mariam gelengkan kepala.

"Takdelah banyak sangat."

"Mahal ni bu, satu cukup lah." Tolak Adriana.

"Ni hadiah jadi terpulang ibu lah nak beli lebih dari satu."

Adriana gigit bibir lantas gelengkan kepala.Ni macam terlebih dari hadiah. Dia bukan nak kikis duit Puan Mariam.

Love, PlayboyWhere stories live. Discover now