"Nasi goreng awak..."

Bungkusan itu dibuka oleh Irfan. Hartini hanya memerhati.

"Saya suapkan awak"

Irfan sudah mula mendekatkan sudu ke arah mulut Hartini yang masih belum memberikan apa-apa reaksi.

"Awak, saya boleh makan sendiri..."

"Malam ni,biar saya suapkan awak. Boleh?"

Hartini hanya mengangguk. Irfan tersenyum. Gembira benar hatinya apabila melihatkan Hartini yang sudah kembali normal...

"Awak tak kerja Irfan?"

Hartini menolak suapan yang mahu Irfan suakan kepadanya. Dia terasa sudah kenyang apabila sudah beberapa suapan nasi goreng ditelannya.

"Kan saya jaga awak" Irfan suakan kembali sudu yang berisi nasi goreng itu kemulutnya sendiri. Entah mengapa, melihatkan Hartini makan, perut dia pula terasa lapar!

"Saya dah terlalu banyak menyusahkan awak Irfan..."

"Tini, kan saya dah janji akan jaga awak... Seumur hidup saya"

"Jangan bazirkan kehidupan awak untuk orang macam saya Irfan. Saya akan cuba menerima apa yang ditentukan dengan redha dan ikhlas"

Setitik. Air matanya Hartini tumpah.

"Tini, perasaan saya pada awak juga ikhlas.. Sejak saya kenal awak tetapi awak tak pernah yakin dengan saya. Walauapapun yang berlaku sekarang atau selepas ini, saya tetap mahukan awak!"

Mendengar ayat dituturkan Irfan, semakin lebat air matanya mengalir di pipi....

...................................................................................................................................

Hartini merenung wajahnya di dalam cermin dalam-dalam. Jiwanya kosong. Semuanya sudah berantakkan. Apa yang diharapkan lagi apabila harga diri hilang bukan kerana kerelaannya sendiri? Dunia indah milik tuhan bagaikan sudah kelam dan gelap. Hari ini sudah genap seminggu dia MC... Sakit luaran memang sudah sembuh tetapi sakit dalam hatinya bagaikan sukar untuk diubati. Bagaimana mungkin hal sebesar itu akan mengambil masa yang singkat untuk dipulihkan? Malah, kadang-kadang perasaan jijik kepada diri sendiri hadir tanpa dipinta. Berdosakah aku Ya Allah kerana tidak kuat untuk mempertahankan maruah diri? Atau terlalu daifkah aku dalam mencari redhaMU?

Air matanya mengalir perlahan. Disapunya lembut. Jangan mengangis lagi... cukuplah air mata ini mengalir untuk kesekian kalinya. Apa yang berlaku sudah tidak dapat diundurkan lagi. Mungkin hari ini dia pasrah, tetapi dia yakin satu hari nanti perasaannya akan bertukar menjadi rehda. Allah maha mengetahui apa yang tertulis buatnya. Sebagai hamba, apa lagi yang harus dia harapkan selain mencari redhaNYA?

"Along...."

Suara Ayah!

Kasar dia menyapu airmata yang mengalir. Buru-buru dia keluar daripada bilik.

"Kenapa Ayah?"

Dia bertanya lembut.

"Ayah nak tanya Along sesuatu ni..."

Dadanya bergetar hebat.

"Along ada masalah?"

Laju dia menggelengkan kepala. Mukanya dimaniskan sehabis mungkin. Simpuh duduknya makin dirapatkan, cuba untuk berlagak setenang mungkin.

"Irfan bagitahu ayah along pengsan hari tu sebab tertekan. Kenapa along? Apa yang menyebabkan along tertekan sehingga jadi teruk macam ni?"

Hartini terperanjat. Dalam diam dia juga berasa geram dengan sikap Irfan yang terlalu jujur dengan ayahnya. Apa alasan yang paling munasabah harus dia berikan? Buntu dia memikirkannya.

"Ayah minta maaf along..."

Sekali lagi dia tersentak. Pandangannya dihalakan tepat ke arah mata sang ayah. Mahu mencari sesuatu disebalik kata maaf yang telah diungkapkan. Namun, bibirnya masih terkatup rapat, tidak mampu untuk dia bersuara.

"Ayah tahu along dah banyak berkorban untuk keluarga kita. Along terpaksa lupakan cita-cita along untuk melanjutkan pelajaran... Along gantikan tempat ayah untuk menyara adik-adik. Ayah banyak terhutang dengan...."

"Ayah! Jangan cakap macam tu... ayah jangan buat along sedih. Ini tanggungjawab along, along tak pernah rasa terbeban ayah. Along tak pernah rasa menyesal sebab tak dapat sambung belajar... Along redha dengan takdir yang telah tertulis untuk along.."

"Ayah nak tengok along bahagia..."

Air matanya telah bertakung. Bila-bila masa sahaja akan jatuh berderai. Namun, dia sedaya upaya menguatkan semangat. Dia tidak boleh lemah di hadapan ayah... tidak!

"Along bahagia ayah" dia cuba mengukir senyum.

"Ayah nak tengok along kahwin dengan Irfan"

Perlahan-perlahan tangan ayah menggemgam tangannya. Dia terpaku. Tindakan ayah seperti merayu kepadanya. Ya Allah! Apa jawapan yang harus aku berikan?

"Along, ayah tahu hanya Irfan yang boleh membahagiakan along... Berkahwinlah nak, jangan halang kebahagiaan yang datang. Ayah nak tengok along bahagia.."

Ayah nak tengok along bahagia! Ayat itu diulang lagi... Ayah, ketahuilah...anakmu ini jua mahu bahagia! Tetapi takdir yang baru terjadi bagaikan menyimpangkan langkah... Tidak lagi lurus seperti dulu untuk mengapai lorong bahagia itu...

"Adik-adik juga mahu lihat along kahwin. Terima Irfan ye nak...."

Dia hanya mengangguk. Lemah. Apa lagi jawapan yang dia ada?

....................................................................................................................................

Tuhan, Izinkan Aku Menyintainyaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن