part 1

33 3 4
                                        

Hye...nama aku Vicrynce Wizra Tatharda. Semua orang panggil aku Vicrynce si Peluru Hitam. Aku berasal daripada keluarga pembunuh bangsawan iaitu Wizra Tatharda. Aku dilahirkan ke dunia yang di mana semua orang mempunyai Mana tetapi itu semua bergantung kepada latihan yang ia lalui dan tahap penguasaan mantera sihir org itu sendiri.

Ibuku bernama Vilhedra Wizra Tatharda yang merupakan seorang doktor pakar dalam bidang ubat-ubatan manakala ayah Zelharva Wizra Tatharda merupakan pakar bedah dan juga sangat hebat dalam seni tempur dan seni bela diri serta mempunyai kebolehan mata sihir, oleh sebab itu dia dilantik sebagai ketua keluarga Wizra Tatharda yang terletak di kerajaan Tatharda.

Sejak kecil aku telah dilatih oleh ayahku tentang ilmu perubatan dan seni bela diri untuk misi pembunuhan dan aku juga sering menemani ayahku menjalankan misi pembunuhan untuk mendapatkan pengalaman. Oleh kerana aku dilahirkan dengan energi Mana yang banyak, jadi ini memudahkan aku untuk melatih diriku serta meningkatkan kemampuanku dalam penggunaan mantera sihir.

Ayahku telah memanggil seorang guru untuk melatihku dalam penggunaan mantera sihir. Namanya ialah Ghea Tatre dari kerajaan Bulvaria. Umurnya berumur 15 tahun dan umurku pada masa itu berumur 12 tahun, walaupun Ghea berumur 15 tahun akan tetapi dia telah mendapat pangkat tertinggi dalam pengunaan mantera sihir dengan kecerdikan dan kecekapan Ghea dalam mempelajari ilmu mantera sihir.

Walau bagaimana pun, aku tetap lebih unggul dalam penggunaan mantera sihir daripada Ghea bahkan aku boleh mencipta sihir-sihir baru dengan kebijaksanaanku dan telah mngajar Ghea untuk menghasilkan sihir baru. Aku dan Ghea telah bersetuju untuk bekerjasama dalam menghasilkan mantera-mantera baru lalu menjadikannya sebagai senjata dalam misi pembunuhan.

Pada suatu hari, keluarga Wizra Tatharda mengadakan satu majlis makan malam bagi menyambutku sebagai sebahagian daripada keluarga Wizra Tatharda,sebelum aku boleh menjadi sebahagian daripada keluarga Wizra Tatharda, aku perlu menunjukkan semua kemampuanku dan keahlianku agar bisa diakui oleh semua orang yang berada dalam keluarga Wizra Tatharda dan itu menjadikan aku keluarga termuda yang dicalonkan sebagai ketua keluarga seterusnya selepas ayahku. Namun seorang remaja yang tidak berpuasa hati dengan keputusan itu lalu menyuarakan pendapatnya yang menurutnya dia lebih layak menjadi ketua keluarga berbanding aku lalu dengan pantas aku menunjukkan kemampuanku sehingga mematahkan bahunya dengan bersih dan hal ini juga menguatkan lagi kepercayaan angota keluarga yang terhadap ku untuk memimpin keluarga Wizra Tatharda.

Apakah yang akan terjadi selepas ini kepada Vicrynce Wizra?????

Vicrynce's The Black Bullet: An AssassinCerita yang bikin terobses. Temukan sekarang