Tengku Aisera Qafiyya dan Permaisuri Aishah Qhairina terdiam.

"30 minit. Saya letak kepercayaan dekat doktor. Do your best." Tengku Aisera Qafiyya bersuara. Tanpa melengahkan masa, doktor Ravi dan pasukannya mula masuk ke dalam wad. Mesin jangka hayat dan peralatan-peralatan yang lain mula dibawa masuk.

  Doktor Ravi mula membuka butang baju tidur Raja Arshan Imtiyaz. Defibrillator diambil dan ditekap ke dada Raja Arshan Imtiyaz berkali-kali. Doktor Ravi beralih memandang mesin denyutan nadi, semakin lama nadi Raja Arshan Imtiyaz semakin lemah. Tidak cukup dengan itu, Doktor Ravi menggunakan kaedah lain iaitu kaedah Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) .

"Raja Arshan Imtiyaz! Wake up! I believe that you can do this!"

  Tangan Doktor Ravi mula melakukan kaedah CPR manakala doktor doktor pakar mula masuk ke dalam ruang kecemasan itu. Tidak cukup dengan Doktor Ravi, doktor lain pula turut membuat CPR ke atas Raja Arshan Imtiyaz. Doktor Ravi beralih memandang jam tangannya, 30 minit yang dia janjikan kepada Permaisuri Aishah Qhairina dan Tengku Aisera Qafiyya sudahpun hampir tamat.

"David, let me try this. For the last time." arah Doktor Ravi, Doktor David yang sedang melakukan CPR terus berhenti dan memberi ruang kepada Doktor Ravi. Kaedah CPR yang dilakukan kali ini lebih kuat, dengan harapan Raja Arshan Imtiyaz akan sedar.

"King! Please, I'm begging you!"

"Wake up, Raja!"

"Wake up!"

"Doktor Ravi!" Ketua Jururawat mula bersuara. Dia berjalan menghampiri Doktor Ravi. Melihat keadaan Raja Arshan Imtiyaz, mustahil. Tiada langsung peluang untuk dia sedar kembali.

"Masukkan Raja dalam ICU." arah Doktor Ravi, tidak mahu putus asa. Baru sahaja mahu menolak strectcher, ketua jururawat tersebut menegah supaya berhenti. Wanita yang menggalas jawatan ketua jururawat itu memandang Doktor Ravi. Walaupun dia bukan doktor, tapi dia tahu apa yang Doktor Ravi rasa sekarang ini.

"Enough Doktor. There's no any chances for Raja to wake up anymore. And there's no point if you berdesak nak masukkan Raja dalam ICU. Doktor masukkan Raja dalam ICU dengan harapan Baginda akan sedar, but the reality is no. Tuhan dah ambil Raja, we need accept it. Tugas kita sebagai doktor dan jururawat setakat ini saja. Jangan seksa Raja. Jasad Raja saja di sini, tapi roh dia dah tak ada. Just declare that Raja dah meninggal. Even I'm Chinesse and non-muslim, but in Islam mati itu pasti."

Doktor Ravi diam.

Nafas diambol dan dilepas berkali-kali bagi mengumpul kekuatan. Jam tangan dipandang, 7.30 pagi.

Doktor Ravi berjalan menuju ke arah Permaisuri Aishah Qhairina, Tengku Aisera Qafiyya dan Y.M Raja Malik Arsalan.

"Macam mana doktor?" soal Aisera.

"I'm sorry Tengku, Permaisuri. Peluang untuk Raja sedar sangat-sangat mustahil. I'm really sorry but Raja don't make it." tutur Doktor Ravi. Permaisuri Aishah Qhairina mengangguk tanda faham. Aisera pula sudah mengalir air matanya.

"Doktor."

"Yes Permaisuri?"

"Kamu dah cabut dah mesin bantuan hayat?" soal Permaisuri Aishah Qhairina. Doktor Ravi menggeleng.

"Kenapa Permaisuri?"

"Saya nak lafaz syahadah dekat telinga Raja. Saya masuk dulu." Permaisuri Aishah Qhairina menarik tangan Aisera sebelum mereka berdua masuk ke dalam ruang kecemasan. Doktor dan jururawat di situ mula memberi ruang kepada Permaisuri Aishah Qhairina dan Tengku Aisera Qafiyya. Tangan Permaisuri Aishah Qhairina naik menutup mulutnya supaya tidak mengeluarkan esakan.

  Sampai sahaja di tepi katil, Permaisuri Aishah Qhairina menundukkan tubuhnya supaya jarak di antara mulutnya dan telinga kiri Raja Arshan Imtiyaz. Sebelah tangan mengusap perlahan wajah Raja Arshan Imtiyaz manakala sebelah tangan lagi memegang tangan suaminya. Sejuk. Dan Aisera yang berdiri di sebelah kanan memeluk erat tubuh ayahnya.

"Allahuakbar... Subhanalllah.. Allahuakbar..."

"Boleh mula mengucap dah Permaisuri." tutur Ketua Jururawat, tangannya bersedia untuk mencabut mesin bantuan hayat itu.

Permaisuri Aishah Qhairina berjeda seketika. Kekuatan mula dikumpul sehabis baik.

"Ashadu anla ilaha ilal-Lah..."

Dada Raja Arshan Imtiyaz yang tadinya bernafas sambil dibantu mesin jangka hayat mula bernafas secara perlahan.

"... Wa'ahadu anna Muhammadan Rasulullah..."

Teet!

  Dada Raja Arshan Imtiyaz yang tadinya turun naik seolah-olah masih lagi bernyawa mula rata. Tiada lagi denyutan nadi, nafas terhela. Permaisuri Aishah Qhairina memeluk dan mencium wajah suaminya dengan lama.

Kerana ini adalah senyuman dan ciuman terakhir.

Cinta sejati yang sudahpun Allah ambil, kerana Arshan Imtiyaz bukanlah milik Aishah Qhairina selama-lamanya.

Arshan Imtiyaz dan Aishah Qhairina berpisah mati di dunia, Insha Allah dengan Izin Allah S.W.T, mereka akan bersatu di sana kembali.

Itu doa Aishah Qhairina.

Semoga syurga buat cinta sejatinya.

"Jumaat, 7.45 pagi. Y.M Raja Arshan Imtiyaz disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung."

.

"Dunia cuma mimpi, kau akan tersedar saat kau mati."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt