bab 25 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

Começar do início
                                    

Elyana tersengih.Dalam otaknya sudah memikirkan sesuatu.Nak minta maaf eh?

"Betul ni nak minta maaf?"

Faer mengangguk.Elyana yang sudah tersengih penuh misteri itu dipandang.

"Yes, Elyana.."

Elyana mulai mendekati Faer.Bibirnya dikemam menahan sengihan.Bukan selalu dia membuli Faer kan? Kan?

So, this is the right time!

"Awak betul ni nak meminta kemaafan dari saya? Tak main - main?"soal Elyana lagi sekali.Keningnya diangkat - angkat.

Faer mengerutkan dahi.Apa lagi yang gadis itu ingin lakukan kepadanya?

"Kenapa? Kau nak apa?"

Senyuman Elyana makin lebar.Jarak antara mereka dikurangkan lagi.Tapi sikit je lah, nanti kalau banyak - banyak boleh terpeluk pula tubuh suaminya itu!

Ehek!

"Saya boleh je maafkan awak..Tapi tu lah, dalam dunia ni mana ada perkara yang free kan? Biasalah zaman dah moden katakan.."ujar Elyana yang mempunyai makna tersirat itu.

"Perkara free? Apa kaitan?"tanya Faer yang semakin hairan dengan tingkah Elyana itu.Apa yang gadis itu ingin sampaikan sebenarnya?

Elyana ketawa gedik.Kedua tangannya lantas dilingkarkan keleher Faer.Mata merenung jauh kedalam iris suaminya itu.Eleh, pura - pura tak faham pula..

"Awak nak saya maafkan tak?"

Faer mengangguk.

Elyana mengemam bibirnya.

"Boleh.."

Faer sudah mahu tersenyum.Nampak nya, perasaan bersalah tidak lagi akan terus menghantui dirinya!

"Thank-"

"Tapi ada syaratnya!"potong Elyana sekaligus menghentikan ayat Faer itu.

Ingat senang - senang je ke dia nak maafkan Faer? Memang tak lah! Ini Elyana Erika okay! Ketua persatuan perempuan - perempuan tak malu!

"What? Syarat?"seriuslah?! Minta maaf pun kena ada syarat ke? Sejak bila?!

Elyana mengangguk laju.Pipi kira dan kanan Faer sesekali dicubitnya geram.

"Haah, syarat."

Faer mengeluh berat.

"Elyana, susah ke nak maafkan aku terus? Mesti ke ada syarat - syarat macam ni?"kata Faer dengan nadanya yang sedikit lembut dari biasa.

Sedikit sajalah!

Elyana meleraikan rangkulannya dari pada leher lelaki itu.Wajahnya yang sudah tersenyum tadi, kini kembali cemberut semula.Tengok, Faer ni!

"Tak nak, sudah!"

Faer meraup rambutnya kebelakang.Nak tak nak, terpaksa juga dia menuruti segala kemahuan gadis tersebut.

Nasib kau lah, Faer..

"Okay, okay..Apa syarat kau?"akur Faer sambil menarik lengan Elyana yang sudah ingin beredar pergi dari situ.

Elyana memandang tajam wajah Faer.Jari telunjuknya dihalakan kewajah kacak lelaki tak berperasaan itu.

"Betul ni nak tahu?"

Faer mengangguk.

"Yes, Elyana Erika.."

Elyana tersenyum semula.Good job!

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKOnde as histórias ganham vida. Descobre agora