bab 22 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

10.1K 925 306
                                    

"Umi, sedapnya masakan ni!"puji Elyana dengan mulut yang penuh dengan nasi dan lauk itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Umi, sedapnya masakan ni!"puji Elyana dengan mulut yang penuh dengan nasi dan lauk itu.Ibu jarinya diangkat menunjukkan gaya thumbs up kepada ibu mertuanya.Serius sedap!

Datin Farah ketawa tersipu.

"Tengoklah siapa yang masak?"

Elyana ketawa besar.Geli hatinya bila mendengar kata - kata Datin Farah itu tadi.Lupa sedikit dia tentang masalah rumah tangganya.Ceh, masalah rumah tangga lah sangat!

Bukan masalah Faer seorang je ke? Hm..

"Ehem."

Terdiam dua wanita itu mendengar satu deheman tersebut.Garau saja suara itu memasuki halwa pendengaran mereka.

"Eh Faer! Marilah makan sekali."ajak Datin Farah dengan sisa tawanya.Wajah tidak senang Elyana sempat dikerling.

Faer melabuhkan duduk disebelah Elyana.Gadis itu tidak memandang ke arahnya langsung.Rasa bersalah semakin menebal dalam dirinya.

"Kau-"

"Okaylah, El pergi dapur dulu eh umi? Kenyang sangat dah ni.."kata Elyana sekaligus menghentikan ayat Faer.

Datin Farah dan Faer menghalakan mata mereka kearah yang sama.Elyana yang sudah berdiri dari duduknya itu dilihat.

"Tak nak tambah lagi ke El? Bukannya El kata masakan umi sedap ke tadi?"soal Datin Farah walaupun sudah tahu kenapa.Siapa saja yang tidak perasan bahawa sejak dua menjak ini, Elyana sering menghindari Faer.Nampaknya gadis itu masih lagi berkecil hati dengan anak lelakinya.Tambahan lagi Faer yang serupa tiada perasaan itu..Haih..

Elyana menggeleng kepala.Matanya dijaga daripada melirik kearah lelaki di sebelahnya itu.Dia tahu, Faer sedang memandang kearahnya.Tapi dia kisah apa? Rajuknya masih perlu diteruskan!

"Tak pe Umi..Umi makanlah dulu..El pergi dulu eh? Bye.."pamit Elyana sebelum beredar dari meja makan itu.

Nanti, kalau lebih lama dia disitu, pasti matanya akan mengkhianat.Apa lagi kalau bukan nak curi - curi tengok muka kacak Faer tu? Kalau kantoi macam mana? Dia juga yang malu nanti..

Datin Farah diam.Matanya perlahan - lahan dibawa kearah Faer.Dalam minda sudah merangka beberapa soalan buat anak lelakinya itu.Kalau tak dapat pujuk Elyana, apa kata dia pujuk Faer pula?

Mana lah tahu berjaya kan? Walaupun kadar ketidakmustahilannya boleh cecah 99.9%..Maklumlah, lelaki dingin kan?

Pantang mengaku salah!

"Ehem..Umi, makanlah."laju Faer menutup kegugupannya.Tidak mahu rasa bersalahnya pada Elyana dapat di kesan oleh uminya.Egonya masih tinggi.

Datin Farah menggeleng kepala.Yang satu dengan rajuknya, yang satu lagi dengan egonya.Haa, sesuai sangat lah tu!

Sampai kesudah tak berbaik!

✪✪

Faer sudahpun berdiri didepan cermin besar dalam biliknya yang dikongsi bersama Elyana itu.Sticker note yang melekat pada permukaan cermin itu diambilnya dengan kerutan didahi.

Apa pula itu?

"Baju ada kat almari awak."baca Faer berdasarkan tulisan tangan yang ada pada kertas berwarna ungu itu.

Dari warnanya saja, Faer sudah tahu siapa pengirimnya.Siapa lagi kalau bukan Elyana? Peminat setia warna itu!

"Dia memang dah tak tengok muka aku ke apa? Kasar sangat ke apa yang aku cakap dekat dia hari tu?"bisik Faer bersendirian.

Dia terdiam disitu.Segala kata - katanya pada gadis itu tempoh hari cuba untuk di ingat semula.Jahat sangat ke?

✪✪

Faer menghenyakkan punggungnya ditepi katil itu.Elyana yang sudah tidur berselubung dengan selimut itu diperhati lama.Dapat dia menangkap dengkuran halus daripada gadis itu.

Satu keluhan dilepaskan.Kepalanya di bawa menunduk kebawah.

"Kau buat aku rasa bersalah.."bisik Faer perlahan.Wajahnya diraup kasar.

Entah kenapa, perubahan pada gadis itu sangat mengusutkan fikirannya.Elyana yang selama ini asyik membontotinya kemana saja, kini tidak lagi.Setiap kali dirinya muncul, laju saja gadis itu akan beredar pergi dari situ.

Dia turun makan, gadis itu akan cepat - cepat menghabiskan makanannya.Dia mahu pergi kerja, gadis itu pasti akan berpura - pura menyibukkan dirinya di luar bilik mereka.Tapi, semua keperluan nya tidak pernah diabaikan oleh gadis itu.Pakaian dan makan minumnya, sempurna tanpa ada satu pun yang tertinggal.

Dan dalam sedar tak sedar, sudah genap empat hari mereka tidak bercakap antara satu sama lain.Hanya sticker note gadis itu saja yang menjadi pengantara mereka.

Elyana bercakap? Sudah lama dia tidak mendengar suara tersebut.

Faer menghela nafas berat.Matanya di liarkan keseluruh ruangan yang sedikit gelap itu.Sampai saja di satu meja, mata nya terhenti disitu.Satu kerutan serta merta terlakar pada dahinya.

"Is that.."dia bangun dari duduknya.Meja yang tidak terlalu jauh darinya itu lantas dituju.Tidak mahu berteka teki lagi.

Kotak muzik.Ya, itu ialah kotak muzik yang telah jatuh beberapa hari lalu.

"Dia ke yang baiki?"kata Faer sambil membelek kotak muzik itu.Dapat dia lihat, benda yang berada ditangannya itu sudah dibaiki sepenuhnya.Pemutarnya juga sudah disambungkan semula.

Tampak begitu sempurna, tanpa sebarang kerosakan lagi.Macam tidak pernah jatuh pun ada!

"What is this?"

Sticker note berwarna kelabu yang melekat pada bahagian bawah kotak muzik itu diambilnya.Aik, bukan warna ungu? Habis stok ke apa?

Kepada encik Faer Mahfuz,
Dah, jangan marah lagi..Kotak muzik tu dah baik dah pun..Tak pe, jangan risau..Saya tak guna duit awak pun, encik..Lepas ni, saya takkan sentuh atau ambil tahu lagi pasal barang encik..Barang encik kan? Jadi, saya nak kacau buat apa? Betul tak?

Benda boleh baik, nak juga marah!

Ish dahlah! Saya tak nak layan awak!

Faer menggeleng kepala.Tanpa dia sedar, segaris senyuman terbit pada wajahnya.

"Why you're so childish, Elyana?"

Faer meletakkan kotak muzik itu di tempat asalnya.Sticker note yang tadi berada dipegangannya itu dimasukkan kedalam poket seluarnya.

Haih, semakin lama, semakin serba salah pula dia dengan gadis itu.

What does he really need to do?

Minta maaf?

Ataupun tetap dengan egonya?














Sorry, late update 🥺

Btw, padan muka Faer HAHA!

To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now