BAB | 32

545 37 8
                                    

Sebulan selepas kejadian itu,hubungan antara Ryzen dan Arriesya menjadi renggang. Arriesya seakan-akan mahu mengelak dari Ryzen.

Ryzen pula semakin sibuk menguruskan beberapa projek di dalam dan di luar negara. Pintu bilik Ryzen diketuk dari luar dan muncullah Rayyan di matanya.

"Ryz. Kau busy?"soal Rayyan.

"Busy la juga. Kenapa?"balas Ryzen.

"Jom lepak pantri. Kalau kau busy sekalipun,rehat la sekejap. Dah macam orang mati bini je aku tengok. Busy ke sana ke sini. Visit site sana,visit site sini. Cuba bawa berehat"omel Rayyan.

Ryzen bangun dan melangkah ke pantri bersama Rayyan. Mereka berdua duduk di meja di pantri.

"Kau dengan Arriesya macam mana?"soal Rayyan.

"Macam tulah. Tapi,sekarang dia macam nak jauhkan diri dari aku. Dah sebulan aku tak contact dia"jawab Ryzen.

"Jangan-jangan kau ni dah kena sihir kot. Yelah. Tiba-tiba,hubungan kau dengan dia jadi macam ni"ujar Rayyan.

"Takkan la. Siapa je dengki dengan aku. Budak yang bermusuh dengan Arriesya tu pun dah mereput dalam tanah"balas Ryzen.

"Maybe.. Ada orang yang suka kau. Dia jealous bila kau bercouple dengan Arriesya. Dia jumpa bomoh. Dia buat korang berpisah"teka Rayyan.

"Ada lagi ke orang guna bomoh ni? Tak percaya aku"balas Ryzen.

"Aku main serkap jarang je. Tapi,siapa tahu"ujar Rayyan.

Ryzen mengeluh. "Aku tahu kau busy kan diri kau sebab nak lupakan apa yang berlaku. I knew,Ryz"ujar Rayyan.

#####

Arriesya sudahpun mula bekerja di sebuah farmasi. Sejak memutuskan pertunangannya dengan Ryzen,dia terus menjauhkan diri dari lelaki itu.

"Isya. Dulu sekolah dekat mana?".

"Promises Highschool"jawab Arriesya.

"Private school tu".

Arriesya hanya mengangguk.

"Isya ada boyfriend?".

Arriesya hanya menggeleng. "Isya pernah tunang. Malam lepas tunang tu juga,Isya putuskan. Nasib baik,dia faham"jelas Arriesya.

"Laaa ruginya. Kenapa?".

"Entah la. Rasa macam tak bersedia"jawab Arriesya.

Seorang pelanggan masuk ke dalam farmasi. "Akak duduk je. Biar Isya layan customer". Arriesya bangun dari tempat dan melayan pelanggan itu.

#####

Jam sudah menginjak ke pukul tujuh malam,Ryzen masih lagi berada di pejabatnya. Kadang-kala,dia meregangkan badannya. Kerjanya masih bertimbun di pejabat.

Telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Rayyan di skrin telefon bimbitnya. Dia menjawab panggilan itu.

"Ada apa call aku ni? Rehat la dekat rumah tu".

"Kau tak reti nak balik ke sial? Esok sambung la kerja tu". Kedengaran suara Rayyan dihujung talian.

"Risau eh kau dekat aku. Sayang aku rupanya"balas Ryzen.

MAFIA : RYZEN TAYLOR [ON GOING]Where stories live. Discover now