"... Kalau nak bercinta tanpa ada hubungan yang sah tu boleh je. Berbual seperti kawan, jaga sama jaga macam suami isteri. Tapi di akhirat sana? Selamat ke kita? Dan tujuan untuk berkahwin ni bukannya untuk mengelakkan zina semata-mata." Malik duduk di sebelah Aisera.

"Tentang hijab pula. Kalau tanya saya sebagai seorang lelaki, pakailah tudung. Ya, memang kita kena hormat setiap keputusan orang. Tapi lebih baik dipaksa masuk syurga dari rela masuk neraka. Kalau nak berhijrah secara perlahan-lahan ataupun drastik itu bergantung kepada individu tu sendiri. Ada je yang berhijrah segala drastik, Alhamdulillah masih istiqomah. Dan ada juga yang berhijrah secara perlahan-lahan, tapi janganlah perlahan sangat. Takut tak sempat nanti."

"Dan berkenaan bercouple dan ada hubungan cinta tanpa lafaz sah, pada pendapat saya tak perlulah. Benda tu sebenarnya buang masa, seronok? Memanglah seronok. Tapi, dekat sana nanti takut susah nak menjawab. Lepas tu bila putus, mulalah stress, broken apa semua. Kena ingat, tak kisahlah crush ke, bercinta ke, selagi tak ada hubungan yang sah tu lupakan je. Itu semua permainan syaitan. Syaitan sukalah, tapi Allah?"

Aisera diam.

Dia sentap.

"Satu je yang kita kena ingat, bila kamu terlalu jauh dari Allah S.W.T, maka bersiap sedialah untuk dikecewakan oleh manusia."
.

.

RAJA Arshan Imtiyaz berjalan menuju ke arah dapur, Puan Atul yang sedang mengelap meja makan dituju.

"Atul, mana Aishah?" soal Raja Arshan Imtiyaz sambil memandang kawasan dapur itu mencari Permaisuri Aishah Qhairina.

"Ouh, Permaisuri dengan Mariam keluar tadi. Katanya ada barang memasak yang tak cukup. Kenapa ya Tuanku?" soal Puan Atul kembali. Raja Arshan Imtiyaz cuma menggeleng dan beransur pergi dari.

"Oh ya satu lagi Atul, nanti minta tolong letakkan ubat saya dekat pejabat saya ya."

"Baik Tuanku." Puan Atul menundukkan tubuhnya sedikit sebagai tanda hormat kepada Raja Arshan Imtiyaz. Pergi sahaja Raja Arshan Imtiyaz dari situ, Mikail pula berjalan masuk ke dalam dapur. Gelas diambik dan diisi dengan air oren.

"Mikail nak makan apa-apa ke?" soal Puan Atul. Mikail cuma menggeleng sahaja.

"Tak apalah, kalau macam tu maktok naik atas sekejap. Ni kuih semua ada, nak makan ambil je."

"Okay maktok." balas Mikail. Puan Atul berjalan menuju ke arah biliknya. Memandangkan tiada orang di dapur, Mikail membawa keluar telefonnya dan membuka aplikasi Tiktok. Satu persatu video discroll.

  Video-video dakwah yang naik di fyp-nya sedikit sebanyak membuatkan Mikail rimas. Padahal dah banyak kali dah dia tekan not interested, tapi makin banyak pula yang naik. Bayangkan eh, setiap kali kau buka Tiktok yang keljar semuanya video dakwah. Bosan tahu tak? Itulah, bila berlebih sangat dalam agama.

  Mikail bangun dari duduknya, kuih karipap dan keria gula melaka diambil dan diletakkan di atas pinggan. Mikail duduk di meja makan kembali. Dengan bacaan bismillah, Mikail menyuap masuk kuih keria gula melaka ke dalam mulut. Sambil mengunyah, Mikail membuka aplikasi Instagram pula.

"Makan apa tu Mikail?" soal Malik sambil berjalan menuju ke arah anak sulungnya, Mikail yang sedar akan kehadiran ayahandanya terus menghulurkan pinggan yang berisi kuih kepada Malik.

"Makan kuih, nak ayah?" soal Mikail. Malik menarik kerusi dan duduk di meja makan. Dengan bacaan bismillah, Malik menyuap masuk kuih karipap. Sedap juga kuih yang Puan Atul masak.

  Sambil mengunyah, Malik memerhati Mikail yang sedang mengscroll Instagram. Tapi ada satu benda yang Malik pelik sikit dengan anak sulung dia seorang ni, kenapa bila posting yang berkaitan dengan dakwah dia tak like? Pelik.

"Ayah, nak tanya satu benda boleh tak?" soal Mikail. Malik cuma mengangguk sahaja.

"Nak tanya apa?"

"Apa pendapat ayah eh bila berkaitan dengan posting pasal agama? I don't know but bagi pendapat Mikail bukan ke benda tu dah macam melebih? Like every single day they gonna post about Islam. Ya tahu berdakwah, tapi sikit sikit sudahlah. Bukan apa, macam dah melebih. Nak berdakwah pun kena ada limit juga ayah." ujar Mikail secara tiba-tiba. Malik cuma tersenyum tipis.

"Kenapa Mikail cakap macam tu?"

"Sebabnya ayah, setiap kali Mikail buka Tiktok mesti akan ada posting dakwah. Satu dua video takpalah juga ayah, ini sampai penuh FYP Mikail. Rimaslah ayah, over tau kadang-kadang." luah Mikail lagi. Habis sahaja sesi luahan hati, Malik berdehem pula sebelum dia membrainwash anaknya seorang tu.

"Mikail, Mikail kena ingat tau yang kadang-kadang video dakwah yang naik dekat FYP Mikail tu boleh jadi hidayah daripada Allah. Mikail tahu tak, hidayah ni tak semua orang dapat tau? Lagi satu, bila ada posting tentang agama Islam, hijab dan perkara yang berkaitan dengan agama, kena ingat Mikail. Mereka tak pernah berlebihan dalam agama, cuma Mikail saja yang terlalu cintakan dunia."




.

Hai!

Sorry ya kalau this bab nampak macam rushing sikit sebabnya lately ni saya dah sibuk. Enjoy reading!

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now