Bab 8

3K 101 10
                                    

Bab 8

Hazreel POV

Semenjak kejadian semalam, aku tak nampak Mika datang sekolah untuk beberapa hari ni. Yang aku tahu, atas meja aku cuma ada surat cuti dia selama 5 hari.

Aku masih risau apa yang jadi lepas aku dihalau dari rumah neraka tu. Aku risau jika aku tak nampak bayang budak tu lagi. Surat cuti ditangan aku tatap. Tanpa sengaja aku meremukkan kertas itu.

"Wey, kau pahal!" Lamunan aku terhenti saat Airil menyapa aku. Dia ni memang suka tak bagi salam.

"Takde apa-apalah...," Aku membetulkan balik kertas itu dan lemparnya di atas meja kembali. Muka masam aku tunjukkan kembali.

"Takde apa-apa konon. Yang buat muka macamtu apahal?" senoroh Airil membuat lawak. Selama aku hidup dengan Si Airil ni, dia tak pernah nak serius.

"Bisinglah kau ni. Pegi la buat kerja kau sana," marah aku padanya. Orang tengah serabut tapi dia main-main pulak.

"Apa jadi dengan budak yang kau cerita dekat aku tu?" Pertanyaan Airil menarik diri aku untuk berbicara.

"Haih. Entahlah wey, aku pun bodoh tinggalkan dia sorang-sorang. Aku cikgu dia wey..." luah aku kesal teringat kejadian haritu.

"Tapi satu kita kena ingat. Kita bukan sesiapa, kita cuma cikgu yang mendidik. Jangan pernah campur tangan hal keluarga dia," larang Airil pada aku. Itu aku tahu, cuma takkan nak biarkan dia kena dera macamtu.

"Mika kena dera wey. Itu kes dera!"

"Apa bukti kau ada untuk kau bagitahu yang Mika kena dera? Sungguhpun betul dia kena dera. Kau takda bukti untuk ditunjukkan...," terang Airil padaku.

"Aku bukan nak larang kau, cuma buat masa sekarang cuba untuk kenal dia dulu. Tanya latar belakang dia."

"Nak tanya macam mana, bayang dia pun dah tak nampak. Inikan lagi budak tu," adu aku padanya.

"Kau ni nak kata kurang bijak. Tak. Kau pergilah rumah dia. Dah tahu kan rumah dia kat mana?"

"Yela, tapi...." Airil pandang aku pelik. Keningnya dijongketkan ke atas.

"Kau takut ke? Sumpahlah! Mamat Hazreel yang aku kenal ni penakut!" usik Airil padaku.

"Eh, eh. Mulut tu jaga eh. Aku sibuk je la 2-3 hari ni. Mana sempat nak jenguk!" bantah aku.

"Iye iye lah tu. Entah-entah tengah 'sibuk' fikirkan cara nak lepaskan buah hati dia dari rumah tu kan," lepas satu-satu usikan si Airil ni. Ada yang dihumban ke gaung kang.

"Eh, kau diam. Kau pegi masuk kelas kau! Bising je!" Airil segera mengemas barangnya untuk ke kelas. Dia merupakan guru akaun di sekolah itu. Sebelum dia pergi, sempat dia berbisik di telinga Hazreel.

"Abang selamatkan sayang. Sayang takut!"

"Ish kau ni!" Airil ketawa besar selepas menyakat rakannya.

"Dah la. Aku gerak dulu. Esok nanti kau pergi la jenguk dia. Mana tahu dia tunggu kau," kata Airil sambil keluar dari bilik guru.

"Haih~"

'Mungkin aku patut ke rumah dia...'

..............

Aku mulakan pemanduanku ke rumah dia.

'Harapnya pakcik tu takda kat rumah...' betul-betul aku berhenti di hadapan rumah dia. Aku tarik nafas dalam.

"Assalamualaikum, Mika! Cikgu datang ni," ucap aku. Namun tiada sahutan. Sekali lagi aku panggil dan jawapan yang sama aku dapat. Tiada sahutan.

"Manalah dia dengan ayah dia ni?" Aku mengusap leher aku dek panas yang melampau. Panas-panas terik macamni boleh pengsan dibuatnya.

Tiba-tiba ada bunyi motor dari belakang. Terhenti jantung aku buat seketika.

"Abang cari Hazfan ke?" Suara empunya memecah kesunyian. Huh, lega. Ingatkan bapak budak tu. Rupanya budak kawasan sini je.

"Haah, adik tahu tak dia ada dekat mana?"

"Dia ada kat Warung Pak Mat depan sana tu," ujar budak itu sambil menunding jarinya.

"Ouh terima kasih ye dik." Aku terus masuk ke dalam kereta dan menuju ke tempat tersebut.

Sampai saja aku di warung makan tersebut, nampak dia memakai apron kuning mengambil pesanan dari meja ke meja. Kata cuti sakit, tapi kenapa kerja dekat sini?

Aku mula menapak ke arahnya.

"Ouh selamat datang!"

.........

Mika POV

Terkejut aku apabila nampak kelibat cikgu aku kat sini.

'Ya Allah, dah kenapa mamat ni datang sini pulak! Kau nak apa lagi!! Aku dah bagi surat cuti kan?!' teriak aku dalam hati.

"Ouh, hmm. Cikgu... Aa... Uhmm, cikgu boleh duduk. Nanti saya datang amik order." Aku berpaling daripadanya dan ingin menyambung kerjaku. Tak semena-mena tangan aku ditarik dan badan aku dipusing menghadapnya.

"Kita balik. Jom," ajak dia sambil memegang tangan aku.

"Tak boleh cikgu. Sebenarnya saya... kerja dekat sini..." Aku melepaskan pegangngan tangannya.

"Jadi, cuti sakit tu semua tipulah? Semata untuk kerja dekat sini?"

"Tak, bukan macamtu cikgu. Cuma...," Aku mati kata. Tak tahu nak tanya apa lagi! Argh! Buntu!

"Abang, saya nak amik order!" Terdengar seorang pelanggan memanggil aku.

"Ha okay-okay! Cikgu, saya tak boleh cerita sekarang. Sekarang saya tengah kerja. Kalau cikgu nak makan, cikgu boleh duduk. Nanti saya amik pesanan ye. Uhm, saya minta diri dulu," terus aku meninggalkan cikgu berseorangan dan aku mula menyambung kerja aku semula.

...........

Normal POV

Hazreel terus mengambil tempat duduk, sementara menunggu Mika habis kerja. Dia mahu tahu kenapa Mika perlu bekerja dan macam mana dia dapat surat cuti sakit tu. Ketika Mika sibuk buat kerja, ralit sahaja mata Hazreel memerhatinya, secara langsung membuatkan Mika rasa tidak senang.

"Cikgu nak makan apa?" Sekarang sudah masanya dia perlu ambil pesanan Hazreel.

"Nasi goreng kampung dengan Teh O satu...,"

"Itu sahaja ke?"

"Boleh minta lagi ke?" Hazreel terus menatap wajah Mika dari atas sampai ke bawah dan memadang matanya semula.

Mengeringai badan Mika melihat aksi cikgunya tadi. Terus dia senyum kambing lalu bergerak oe dapur.

'Apa-apa jelah, perangai cikgu sorang tu.'

............

Masa semakin berlalu, matahari sudah menutup tirai.

'Lambat lah kerja ni nak habis, Haih~,' keluh Mika. Dari tengahari tadi sampai ke malam masih belum rehat untuk dirinya. Rehat pun sekejap untuk makan lepastu terus sambung.

Kelibat Hazreel pulak terus hilang lepas order makanan tadi. Balik la kot agaknya.

"Nah gaji untuk harini," ucap tauke kedai terus memberi RM 40.

"Terima kasih cik." Aku mengambil duit terus dan terus mengemas barang-barang aku. Ketika aku jalan sendirian, dapat aku rasakan seseorang mengekori aku dari belakang.

'Tak. Tak. Itu semua khayalan kau je.' Aku meneruskan perjalanan aku seperti biasa. Ye aku jalan kaki. Sebab bapak aku tak nak aku naik motor, dia kata sebab makan minyak. Malas aku nak lawan, tak pasal-pasal makan tangan kejap lagi.

Sampai satu selekoh kecil, aku terus membelok.

"Ya Allah!"

........

Ps : Sorry update lambat. Walaupun cuti tapi macam tak cuti. Banyak sangat komitmen nak kene buat. Jadi ini saja untuk masa ni!

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now