PART 2

19K 805 54
                                    

Raff membuka pintu rumah kondo nya. Dia sudah keluar dari rumah papanya dari semalam lagi. Malas nak hadap keluarga toxic macam tu.

Raff merebahkan dirinya atas katil dan memandang siling dengan pandangan kosong. Tanpa sedar ,Raff terlena dibuai mimpi.

"Aydan...Aydan...".Sayup-sayup kedengaran suara seseorang memanggilnya.

Raff membuka matanya dan melihat susuk tubuh yang amat dirinduinya. Tidak semena-mena air matanya mengalir.

"Ma..mama...".Panggil Raff.

Mamanya hanya tersenyum.

"Aydan...jangan hanyut dalam kebencian. Mama sedih tengok Aydan berubah macam ni sayang.." Kata Mamanya.

"Apa maksud mama?? Mama.. Aydan rindu mama...Mama jangan tinggalkan Aydan lagi."Kata Raff dengan tangisnya.

Mamanya hanya tersenyum dan semakin lama bayang mamanya semakin hilang.

"Mama...Mama!!".Tiba-tiba Raff tersedar dari mimpi.

Dia melihat sekelilingnya dan mencari mamanya.

"Mama...Mama...".Panggil Raff.

Raff menekup mukanya. Dia rindu akan belaian ibunya. Selepas pemergian ibunya Raff berubah menjadi seseorang yang lain. Bukan dirinya.

Skip

Hanania dan Sofea menikmati makanan tengah hari di rumah parents Sofea.

"Nia..3 bulan lagi Nia dah habis belajar kan??". Tanya Datin Maria , mummy Sofea

"Haah Mummy..."Hanania dah biasa dengan keluarga Sofea jadi panggilan juga agak mesra.

Hanania anak yatim piatu dan takde saudara mara jadi Sofea Dan keluarga nya lah satu ii nya keluarga yang dia ada.

"Lepas habis belajar , apa rancangan Nia?". Tanya Datin Maria

"Nia ingat nak balik kampung , lawat kubur ibu dan ayah...lepas tu baru ingat nak cari kerja."Jelas Nia.

Datin Maria mengangguk.

"Beb..nanti kalau kau nak cari kerja bagitahu aku tau.. boleh Kita apply sama-sama.." Kata Sofea bergurau.

"Aii Sofea...tak boleh nak berenggang langsung dengan Nia sampai tempat kerja pun nak kena apply sama-sama..".Kata Datin Maria.

Hanania tergelak kecil.

"Alaa mummy... Sofea gurau je. Fea kan dah janji nak uruskan syarikat Daddy. "Kata sofea.

"Tahu pun.. kamu je satu-satunya anak tunggal dalam rumah ni. Kalau bukan kamu sape lagi nak urus.".Bebel Datin Maria.

Seusai makan , Nia dan Sofea beransur pulang.

"Eh Sofea..aku lupa nak bagitahu. Esok jom kita keluar pergi Mall. Aku nak beli barang untuk buat assignment. " Kata Nia.

"Esok?? Haa ok boleh je. Lagipun dah lama kita tak keluar shopping." Jawab Sofea.

"Ok good. "

Imran masuk ke rumah melalui pintu belakang.

Kalau mama dan papa lihat dia dalam keadaan macam ni , banyak pula soalnya.

Nampaknya mama dan papanya takde dirumah. Nasib baik kalau tak dia tak tahu nak jawab apa kalau mama dan papanya lihat dia dalam keadaan macam lepas kena pukul.

Tapi memang kena pukul pun. Imran membersihkan tubuh nya. Seusai mandi dia mencapai aid kit.

Teruk juga mukanya kena tumbuk dengan Raff. Sampai lebam lebam.

" Kau ingat kau hebat sangat ke Raff.."Monolognya.

Dia tahu Raff tidak suka akan  kehadiran dia dan mamanya , Datin Salina sejak 10 tahun yang lalu.

Papanya yang menolong dia dan mamanya dari dikejar along. Arwah ayahnya meninggalkan hutang yang banyak.

Nasib baik Dato' Ghazali yang membantunya melangsaikan hutang keluarganya.

Namun dalam hati kecilnya , dia ada niat untuk menguasai syarikat ayah tirinya itu.

Dia tahu Raff tak berminat bab syarikat itu.

"Satu hari nanti , papa kau akan serahkan syarikat tu untuk aku. And waktu tu aku akan tunjuk dekat kau sape yang lebih hebat." Monolog Imran dan mengukirkan senyuman sinis.

*********************************
Raff bersiap-siap untuk keluar. Dia dah janji nak keluar dengan membernya hari ni.

Begitulah kehidupan hariannya. Duit? Dia dah kembalikan semua kad kredit dan barang yang berkaitan dengan keluarganya.

Dia dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan papanya dan keluarga tirinya itu.

Namun Raff masih ada simpanan untuk menanggung dirinya sendiri.Dulu mamanya selalu memesan untuk menabung dan simpan dalam bank.

Jadi kesan dari menabung dari sejak kecil lagi sekarang telah menolong nya ketika dia susah.

(Ehh author macam buat karangan pasal kebaikan menabung la pulak 😂 ok back to story)

Raff mengenakan baju T biasa dan beserta hood. Lebih kurang macam tu la pakaian Raff.

Kereta BMW nya meninggalkan perkarangan rumah kondominiunya

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Kereta BMW nya meninggalkan perkarangan rumah kondominiunya.
Raff mendail nombor Haris.

"Bro..10 minit lagi aku sampai. Suruh diorang tunggu jap." -Raff.

"Ok Raff.Kitorang dah sampai ni."- Haris.

"Haa ok."

Talian dimatikan.

TBC

SORRY KALAU PENDEK SANGAT. AUTHOR TAKDE IDEA DAH HUHUHU😭😭 APAPUN JANGAN LUPA VOTE AND KOMEN READES SEKALIAN🥰

#VOTENCOMMEN

Suamiku Mr.Bad BoyOnde histórias criam vida. Descubra agora