Kenyataan yang menghemtam dirinya benar-benar melumpuhkan Jihoon.

Kalau lah dia bertegas mahu menemani gadis itu.

Kalau lah dia bertegas.

Kalaulah...

Hasil siasatan polis menyatakan, Saeyoon diserang semasa sedang mencari ubatnya dirumah lama itu. Ada kesan pergelutan yang jelas di lengannya dan di leher.

Menunjukkan lengannya dicengkam kuat dan lehernya juga dicekik.

Namun, semuanya sia-sia.

Tubuhnya menerima 20 tikaman.

15 tikaman di badan.

5 tikaman di buah pinggang.

Dan semuanya dilakukan oleh ayah kandungnya sendiri. Selepas menyerahkan diri, Ahn Jinggo tidak dimasukkan kedalam penjara lagi.

Lelaki iti disahkan mempunyai penyakit mental.

Dan itu menyebabkan dia terlepas daripada tindakan undang-undang.

Jelas sekali itu menyakitkan Jihoon. Ingin sekali dia membalas perbuatan lelaki binatang itu.

Namun, dia teringat pesanan Saeyoon.

Agar selalu memaafkan orang.

Dan keluhan terlepas lagi.

" Hyung.... "

Jihoon berpaling melihat sisinya. Oh, roh seorang budak kecil.

Request terakhirnya.

" Kau tinggal satu roh je lagi kan? "

" Haah. "

" Lepas je selesai, aku pergi ya? "

Saeyoon tipu.

Kau pergi sebelum request terakhir ni selesai.

" Hyung, saya nak abang buat permintaan saya. " Pinta roh budak kecil itu.

Dan Jihoon tersenyum sebelum dia mengangguk.

Ini yang terakhir.

Dan dia perlu selesaikan.

" Okay. Jom. "

-------------------

" Kita kat mana ni? " Bingung Jihoon. Dan roh itu masih mendiamkan diri. Mengatur langkah memasuki kawasan sekolahnya.

Kenapa buat request kat sekolahnya?

Roh ini bekas pelajar sekolahnya ke?

Sehinggalah roh ini berhenti pada satu tembok.

Jihoon kenal tembok ini.

Tembok pertama kali Saeyoon menarik lengannya.

Jihoon menapak ke tandas. Baru sahaja dia mahu membelok, lengan bajunya ditarik kuat ke koridor.

" Ehh apani! " Kaget Jihoon. Dia menepis kasar tangan yang menariknya.

" Ahhh! " Jerit seseorang. Jihoon kaget. Dia kaku melihat figura didepannya.

Seorang gadis yang berbalut anduh dilengan kirinya.

Dia sedang mengusap tangannya yang baru ditepis oleh Jihoon.

" Eh maaf! Kenapa kau tarik aku?! " Marah Jihoon. Gadis itu dipandang tajam.

" Kau Park Jihoon kan? "

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now